" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Monday, September 17, 2007

Kes Batu Burok: PAS sedia jumpa Majlis Raja-Raja


Sabtu 18 Jun 2005 | 11 Jamadil Awal 1426 Hijrah
Awang Harun | Foto Nasir Sudin
Sat | Sep 15, 07 | 4:01:12 pm MYT

MARANG, 15 Sept (Hrkh) - Tragedi berdarah 8 September yang berlaku di Batu Burok, Kuala Terengganu, kembali menghangatkan pentas politik serta sokongan rakyat terhadap PAS serta Barisan Alternatif (BA) di Terengganu. Ceramah Badan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO pada malam tersebut telah menjadi sasaran konspirasi jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Meskipun pihak pasukan keselamatan yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi mereka dilihat bertindak sebagai ‘pencetus’ kekacauan serta huru-hara.

PAS disalahkan

Dalam masa sama, media arus perdana akhbar dan tv saban hari menyalahkan PAS serta parti pembangkang kononnya bertindas ‘ganas’ merosakkan harta awam dalam kejadian tersebut.

Berikutan itu, PAS terpaksa mengatur agenda tersendiri bagi memberi penjelasan serta kefahaman kepada seluruh rakyat terhadap isu berkenaan kerana laporan media dibuat secara ‘berat sebelah’ dan berniat jahat.

‘Road Show’ pertama penjelasan Peristiwa Batu Burok itu bermula di Marang Terengganu, malam tadi, bertempat di Masjid Rusila, dan siri penerangan akan diadakan di seluruh negara dengan penglibatan badan-badan yang bergabung di bawah Bersih, antaranya, PAS, KeADILan, dan NGO terbabit.

ImageMajlis malam tadi bermula dengan solat Isyak, solat hajat serta solat tarawih berjemaah telah mengundang ribuan rakyat dari seluruh negeri yang sama-sama bermunajat kepada Allah SWT.

Pentas ceramah terpaksa dipindahkan ke dalam Masjid Rusila apabila hujan ‘rahmat’ mula turun dengan lebat ketika solat tarawih hampir selesai.

Masjid Rusila sesak dan hadiran melimpah

Namun begitu, tinjauan Harakah mendapati ribuan manusia memenuhi ruang-ruang yang ada dalam masjid dua tingkat itu serta melimpah ke luarnya.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS serta rakan-rakan dalam gabungan Bersih akan berjumpa Majlis Raja-Raja.

Katanya, ekoran peritiwa tersebut PAS telah mengadakan pertemuan dengan Suruhan Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadu tentang peristiwa di Batu Burok itu.

“PAS sebaik sahaja berlaku peristiwa di Batu Burok, kita telah menghantar rombongan yang mewakili bukan sahaja PAS tetapi juga rakan-rakan yang bergabung dengan Bersih. Kita berjumpa dengan Suruhan Hak Asasi Manusia (Suhakam), kita berjumpa dengan pelbagai pihak dan insyaAllah, akan berjumpa Imagedengan Majlis Raja-raja dan seterusnya rujukan yang paling tinggi sekali kita mengadu kepada Allah Taala,” jelasnya ketika berucap dalam Majlis Penjelasan Peristiwa Batu Burok itu.

Pada majlis tersebut, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah melancarkan Tabung Mangsa 8 September yang akan digunakan bagi membela nasib mangsa-mangsa Tragedi Batu Burok termasuk kos rawatan dan perbelanjaan guaman.

Sehari sebelum itu (Khamis), tabung berkenaan juga dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Mangsa tanpa jari ditangkap kerana baling batu!

Ketika di pentas, orang ramai berpeluang melihat dari dekat setelah diperkenalkan seorang demi seorang mangsa-mangsa tangkapan dalam kejadian di Batu Borok itu, termasuk seorang mangsa tembakan polis iaitu Muhamad Azman Aziz.

Malah lebih menghairankan bagaimana salah seorang mangsa berkenaan adalah pemuda kurang upaya dengan kedua-dua tangannya tidak mempunyai ‘jari’ tetapi ditangkap kononnya bertindak membaling batu ke arah polis.

ImageAntara penceramah yang mengambil bahagian pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim serta di pengerusikan oleh Bendahari PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Pada malam 8 September lalu, Mohamad Sabu, Mustafa Ali dan Khalid Ibrahim dijangka turut berucap dalam majlis anjuran Bersih di Batu Burok.

Dalam majlis malam tadi lebih 5,000 orang hadir bagi mendengar penjelasan isu berkenaan dari pemimpin parti PAS dan KeADILan yang sama-sama terlibat pada malam Tragedi Batu Burok itu. - mns

No comments:

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH