" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Wednesday, September 26, 2007

Memorandum PAS berkaitan Zaki bakal diserah kepada Sultan Perak

Azamin Amin Foto Nasir Sudin (Harakahdaily)
Wed Sep 26, 07 9:19:19 am MYT

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - "Saya akan mengadap Tuanku Sultan Perak yang merupakan Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia dan akan majukan memorandum ini kepada baginda sewaktu pre-council Mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia nanti."

Demikian janji yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Dato' Ibrahim Engku Ngah sewaktu bertemu rombongan Pemuda PAS Pusat Imageyang hadir ke pejabat beliau semalam bagi menyampaikan memorandum berkaitan pelantikan Tan Sri Dato' Zaki Tun Azmi yang penuh kontroversi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Rombongan Pemuda itu diketuai oleh Ketua Pemudanya Salahuddin Ayub, Timbalannya Ustaz Nasruddin Tantawi, Setiausaha Pemuda Sabkly Latif dan beberapa AJK dan pimpinan pemuda yang lain dan turut hadir sama mengiringi Engku Ibrahim ialah Penolong Setiausaha Dato' Sabtu Awab.

Pelantikan Zaki sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sangat kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak termasuk pengamal undang-undang, kata Salahuddin ketika satu sidang media yang diadakan di ruang legar pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

"Lantikan secara terus Zaki yang merupakan seorang peguam menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan yang mana mahkamah tertinggi ini mengundang pelbagai persoalan kepada sistem kehakiman negara ini.

"Merujuk kepada amalan biasa pelantikan biasanya dibuat berdasarkan kepada hakim-hakim ini akan melalui proses pelantikan dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan seterusnya menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

ImageSebelum ini, beliau telah membawa usul di Parlimen bagi membahaskan pelantikan Zaki Tun Azmi itu namun ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Salahuddin berkata beliau pernah menyemak rekod-reokd prosedur pelantikan hakim di negara-negara Komanwel dan tidak pernah berlaku sebagaimana yang terjadi di Malaysia ini, malah dianggap adalah sesuatu yang luar biasa dan memeranjatkan banyak pihak.

Tambahan pula katanya umum mengetahui beliau adalah pemegang jawatan penting dalam Umno, kata Salahuddin dan dikhuatiri pelantikan beliau ini akan mewujudkan 'trend' yang kurang baik dalam amalan kehakiman di negara ini.

"Kita hantar memorandum ini supaya Majlis Raja-raja membincangkan semula pelantikan beliau yang dilihat boleh menjatuhkan kredibiliti dan integriti badan kehakiman di negara ini," katanya kepada para pemberita yang hadir di sidang media itu.

Zaki pernah langgar undang-undang?

Peguam terkemuka, Tan Sri Zaki Azmi menjadi orang pertama yang dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, dan tidak mengikuti urutan kebiasaannya di mana seseorang itu terlebih dahulu dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Zaki mempunyai rekod 'yang masih segar' terlibat dengan perbagai syarikat korporat, firma guaman, parti politik malah juga masih segar dalam melakukan kesalahan secara sedar melanggar undang-undang dalam perkahwinan beliau.

Peguam berusia 62 tahun itu, yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno - pernah menjadi penasihat undang-undang parti itu - menerima watikah perlantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara 6 September lalu.

Zaki, anak kepada Tun Azmi Mohamed yang menjadi Ketua Hakim Negara dari 1966 hingga 1974, merupakan perunding kepada sebuah firma perundangan terkenal sejak September lalu.

Beliau juga pernah dilantik menganggotai Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis pada 2004. Zaki juga merupakan Penasihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Sukan Negara.

Zaki juga pernah menjadi pengerusi jawatankuasa disiplin Umno, setiausaha jawatankuasa pemilihan Umno dan timbalan pengerusi lembaga rayuan disiplin Umno.

Kontroversi perceraian

Bagaimanapun, Zaki melepaskan jawatan tersebut pada 2005 ekoran tercetusnya kontroversi berhubung perceraiannya dengan isterinya keduanya yang berusia 30-an.

Zaki mengahwini Nor Hayati Yahaya, 32, pada bulan Mei 2005 dan mereka berpisah selepas tiga bulan mendirikan rumahtangga.

Pasangan tersebut dikahwinkan oleh seorang kadi dari Thailand di Perlis dan kedua-duanya bersetuju untuk membakar sijil asal perkahwinan mereka bagi menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan isteri pertamanya.

Mereka juga mencapai persetujuan sebelum perkahwinan itu bahawa jika hubungan mereka bermasalah, mereka bersetuju untuk berpisah.

Sejak itu, Zaki mendakwa beliau menerima pelbagai ugutan dari Nor Hayati, termasuk dakwaan meminta RM10 juta daripadanya.

Nor Hayati juga didakwa mendesaknya supaya mendaftarkan perkahwinan mereka, jika tidak, Norhayati didakwa mengugut untuk mencemarkan reputasi Zaki. - mks.


No comments:

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH