" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Thursday, November 29, 2007

MB Pahang makin bercelaru,'cakap pusing-pusing'

Basiron Abdul Wahab Thu Nov 29, 07 6:43:29 am MYT
KUANTAN, 29 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakub mungkin menghadapi masalah 'kecelaruan pemikiran' berikutan kenyataannya yang sering berubah-ubah sejak kebelakangan ini. -->

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Md Saad berkata, dalam masa beberapa hari sahaja kenyataan Menteri Besar itu boleh berubah 100 peratus daripada yang diperkatakan sebelumnya.
Beliau mengambil contoh isu bidaan plat nombor kenderaan melibatkan dua anggota Exco Pahang , Dato' Shahiruddin Moen dan Dato' Ahmad Shukri yang dilapor telah membida nombor plat CCC 3 dan CCC 8 daripada Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) dengan harga RM62,000.

Kata Suhaimi, Jumaat lalu Adnan dengan tegas dan memberi kata dua kepada anggota Exconya supaya menarik balik bidaan atau meletak jawatan Exco, walaupun keduanya sememangnya berkemampuan membida nombor plat bernilai tinggi itu kerana mempunyai perniagaan.

Kelmarin Adnan telah berubah sikap apabila mempertahankan tindakan Pejabat Menteri Besar membida dan memenangi bidaan nombor plat CCC 9 dan CCC 20 yang berharga RM48,000 dan RM5,500 setiap satu. Alasan menteri besar itu kononnya nombor itu akan diguna untuk kegunaan kenderaan tetamu kerajaan negeri yang memerlukan 'fancy'. Suhaimi berpendapat, sikap Adnan dalam isu ini memperlihatkan 'kecelaruan pemikiran' dan 'cakap pusing-pusing' serta gagal menimbang perkara yang lebih mustahak kepada kerajaan. Suatu ketika Adnan melarang anggota Exconya membida nombor plat CCC 3 dan CCC 8 selepas itu mempertahankan pula pejabatnya membida plat CCC 9 dan CCC 20.

Ini kerana kedua-dua anggota Exco berkenaan menggunakan wang sendiri untuk membayar bidaannya berbanding pejabat Menteri Besar (yang membida plat CCC 9 dan CCC 20 ) sudah pasti akan mengguna wang kerajaan (rakyat). Media melaporkan Adnan berkata, tindakan pejabatnya membida kedua-dua plat tersebut bukanlah suatu pembaziran kerana bidaan itu dibayar kepada sebuah agensi kerajaan. Kenyataan Adnan itu disifatkanya sebagai 'sangat mengelirukan' oleh seorang peguam, Abdullah Karim.

Menurut Abdullah, adalah tidak munasabah bagi Adnan menggunakan hujah logik demikian kerana setiap ringgit yang dibayar kepada agensi kerajaan pusat mahu negeri tetap dianggap suatu perbelanjaan. "Jika mengikut logik Adnan bolehlah kerana berbelanja apa sahaja seperti menggunakan air secara berlebihan kerana wang itu akan dibayar kepada agensi kerajaan juga,"ujarnya. Sementara itu Bendahari Badan Perhubungan Negeri, Mosanif Abdul Rahman mempersoalkan keperluan pejabat Menteri Besar sehingga memerlukannya membida nombor plan bernilai tinggi.

Beliau berkata, apa pun nombor plat yang diguna sesebuah kenderaan fungsinya tetap sama iaitu sebagai kenderaan. Sehubungan itu beliau mencadangkan kerajaan menghapuskan sahaja sistem tender bagi nombor 'nombor terpilih' bagi kenderaan seperti diamalkan sekarang bagi mengelak unsur rasuah, pembaziran dan sebagainya. - mks. -->

No comments:

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH