" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Wednesday, September 26, 2007

Memorandum PAS berkaitan Zaki bakal diserah kepada Sultan Perak

Azamin Amin Foto Nasir Sudin (Harakahdaily)
Wed Sep 26, 07 9:19:19 am MYT

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - "Saya akan mengadap Tuanku Sultan Perak yang merupakan Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia dan akan majukan memorandum ini kepada baginda sewaktu pre-council Mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia nanti."

Demikian janji yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Dato' Ibrahim Engku Ngah sewaktu bertemu rombongan Pemuda PAS Pusat Imageyang hadir ke pejabat beliau semalam bagi menyampaikan memorandum berkaitan pelantikan Tan Sri Dato' Zaki Tun Azmi yang penuh kontroversi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Rombongan Pemuda itu diketuai oleh Ketua Pemudanya Salahuddin Ayub, Timbalannya Ustaz Nasruddin Tantawi, Setiausaha Pemuda Sabkly Latif dan beberapa AJK dan pimpinan pemuda yang lain dan turut hadir sama mengiringi Engku Ibrahim ialah Penolong Setiausaha Dato' Sabtu Awab.

Pelantikan Zaki sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sangat kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak termasuk pengamal undang-undang, kata Salahuddin ketika satu sidang media yang diadakan di ruang legar pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

"Lantikan secara terus Zaki yang merupakan seorang peguam menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan yang mana mahkamah tertinggi ini mengundang pelbagai persoalan kepada sistem kehakiman negara ini.

"Merujuk kepada amalan biasa pelantikan biasanya dibuat berdasarkan kepada hakim-hakim ini akan melalui proses pelantikan dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan seterusnya menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

ImageSebelum ini, beliau telah membawa usul di Parlimen bagi membahaskan pelantikan Zaki Tun Azmi itu namun ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Salahuddin berkata beliau pernah menyemak rekod-reokd prosedur pelantikan hakim di negara-negara Komanwel dan tidak pernah berlaku sebagaimana yang terjadi di Malaysia ini, malah dianggap adalah sesuatu yang luar biasa dan memeranjatkan banyak pihak.

Tambahan pula katanya umum mengetahui beliau adalah pemegang jawatan penting dalam Umno, kata Salahuddin dan dikhuatiri pelantikan beliau ini akan mewujudkan 'trend' yang kurang baik dalam amalan kehakiman di negara ini.

"Kita hantar memorandum ini supaya Majlis Raja-raja membincangkan semula pelantikan beliau yang dilihat boleh menjatuhkan kredibiliti dan integriti badan kehakiman di negara ini," katanya kepada para pemberita yang hadir di sidang media itu.

Zaki pernah langgar undang-undang?

Peguam terkemuka, Tan Sri Zaki Azmi menjadi orang pertama yang dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, dan tidak mengikuti urutan kebiasaannya di mana seseorang itu terlebih dahulu dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Zaki mempunyai rekod 'yang masih segar' terlibat dengan perbagai syarikat korporat, firma guaman, parti politik malah juga masih segar dalam melakukan kesalahan secara sedar melanggar undang-undang dalam perkahwinan beliau.

Peguam berusia 62 tahun itu, yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno - pernah menjadi penasihat undang-undang parti itu - menerima watikah perlantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara 6 September lalu.

Zaki, anak kepada Tun Azmi Mohamed yang menjadi Ketua Hakim Negara dari 1966 hingga 1974, merupakan perunding kepada sebuah firma perundangan terkenal sejak September lalu.

Beliau juga pernah dilantik menganggotai Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis pada 2004. Zaki juga merupakan Penasihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Sukan Negara.

Zaki juga pernah menjadi pengerusi jawatankuasa disiplin Umno, setiausaha jawatankuasa pemilihan Umno dan timbalan pengerusi lembaga rayuan disiplin Umno.

Kontroversi perceraian

Bagaimanapun, Zaki melepaskan jawatan tersebut pada 2005 ekoran tercetusnya kontroversi berhubung perceraiannya dengan isterinya keduanya yang berusia 30-an.

Zaki mengahwini Nor Hayati Yahaya, 32, pada bulan Mei 2005 dan mereka berpisah selepas tiga bulan mendirikan rumahtangga.

Pasangan tersebut dikahwinkan oleh seorang kadi dari Thailand di Perlis dan kedua-duanya bersetuju untuk membakar sijil asal perkahwinan mereka bagi menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan isteri pertamanya.

Mereka juga mencapai persetujuan sebelum perkahwinan itu bahawa jika hubungan mereka bermasalah, mereka bersetuju untuk berpisah.

Sejak itu, Zaki mendakwa beliau menerima pelbagai ugutan dari Nor Hayati, termasuk dakwaan meminta RM10 juta daripadanya.

Nor Hayati juga didakwa mendesaknya supaya mendaftarkan perkahwinan mereka, jika tidak, Norhayati didakwa mengugut untuk mencemarkan reputasi Zaki. - mks.


1. Perarakan antikerajaan terbesar di Myanmar.
"...askar diarah untuk menembak penunjuk perasaan manakala sebilangan askar didakwa mencukur kepala untuk menyamar sebagai sami bagi menyusup masuk ke dalam kumpulan penunjuk perasaan bagi mencetuskan kekacauan yang akan mengundang tindakan keras kerajaan" - Utusan 26/9/2007

DPP Pekan,
Hai, ni dah macam kejadian kat BT. Buruk je nih..Utusan ni kalau cerita dalam kain sendiri ada panau, kurap, kerapu tak mau ambik hal tapi cerita negara orang bukan main lagi!! habis kudis kerapu orang diselaknya...

Kelakar Suat kabor negara kita nii..takdok independence langsung...kata orang paku serepih...

Esok, perarakan desak penubuhan Suruhanjaya Diraja!

Anis Nazri
Tue | Sep 25, 07 | 4:50:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Majlis Peguam Malaysia akan menganjurkan perarakan di Istana Keadilan di Putrajaya bagi menuntut kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan menyiasat klip video yang menunjukkan seorang peguam kanan, Datuk VK Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengatur pelantikan hakim.

Perarakan yang bermula jam 11 pagi esok akan bermula dari Istana Keadilan ke Jabatan Perdana Menteri, dan kemudiannya akan menyerahkan memorandum mendesak suruhanjaya itu ditubuhkan segera.

Sebelum ini, kerajaan menolak desakan beberapa pihak, termasuk parti-parti pembangkang dan Majlis Peguam, yang mendesak kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk meneliti keadaan dalam badan kehakiman ekoran pendedahan klip video tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai perarakan tersebut bagi menyatakan sokongan terhadap usaha tersebut. - mns

Monday, September 24, 2007

Doa Selamat Anjuran Marina Mahathir Untuk Ayahnya


Kesiannya anak Tun M sanggup buat doa selamat utknya menggunakan berbagai kepercayaan, sedangkan terdpt larangan Allah swt dalam
Al Quran surah Al-Kafirun iaitu "Bagi engkau agama engkau dan aku agamaku dan aku tak akan sembah apa yg engkau sembah dan engkau tak akan sembah apa yg aku sembah". Sedihnya multi religion practices sedang berleluasa dipratikkan di Indonesia & Singapura dan nampaknya telah sampai pun di Malaysia kini dan semalampun Majlis fatwa pun dah boleh terima masok org yg tak ada agama background sebagai ahlinya.

Semuanya kerana Malaysia Boleh Surat Jemputan dari Datuk Marina Mahathir,

Dear friends,

You are cordially invited to a multifaith doa selamat
on Sunday Sept 9 2007 at 7pm at Blog House, 66, Lorong Setiabistari 2, Bukit Damansara, KL

Programme:
7pm Arrival of guests

7.15pm Maghrib prayers led by Imam Feisal Abdul Rauf


7.30pm Prayers by each faith to be led by:
Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers) Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia Buddhist community (TBC) Sikh community (TBC) Baha'i community (TBC) Imam Feisal will end with a doa.

8.00pm Dinner
(Times are approximate)

Please do join us if you can. The gathering is to do a thanksgiving to
God Almighty for my father's successful operation and continued recovery.
It is also an opportunity for us to thank all well-wishers for
the kind prayers and support that they have extended to me and my family. Thank you.

TERJEMAHAN MELAYU - SKANDAL HAKIM

TERJEMAHAN

Ketua Hakim (Dzaiddin) mengatakan yang beliau adalah saudara kepada Agong sekarang (Sultan Sirajuddin, Raja Perlis), maka beliau mahu kekal sehingga 68 (tahun).Jadi saya maklumkan kepada Tengku Adnan, semalam saya ada berjumpa Tengku.

Tengku maklumkan yang PM (Mahathir) begitu marah padanya, PM kata, tidak ada masalah untuk lantik Datuk sebagai pemangku, err.. sahkan jawatan sebagai Presiden Makhamah Rayuan, dan bersungguh untuk pastikan Tan Sri Mokhtar sebagai Ketua Hakim Malaya.

Ah, kita pastikan ianya sulit. Saya sedang bekerja keras untuk tujuan itu.

Kemudian ada sepucuk surat, menurut Tengku, saya akan menemui Tengku esok, ada sepucuk surat telah dihantar kepada Ketua Hakim, maksud saya Tan Sri Dzaiddin, mengatakan yang Datuk Heliliah, Datuk Ramli, dan Datuk Ma’roop dilantik sebagai hakim, dan beliau menolak Datuk Andrew Chui dan Zainuddin Ismail. Ini kerana Zainuddin Ismail ‘mengganggu’ perlantikan Datuk dan Tan Sri Mokhtar.

Dan Datuk juga perlu menulis surat dalam tempoh 5 minggu disahkan sebagai hakim.

Memo kita, saya akan bincang dengan Tun Eusoff Chin dan kita akan serahkan memo yang sama kepada PM.

Saya cuma mahu dapatkan satu salinan surat untuk pastikan yang perkara ini akan disahkan kelak.

Kemudian Tan Sri Dzaiddin sebut bahawa beliau akan menyokong 6 orang untuk Mahkamah Rayuan, tetapi sehingga ke hari ini surat tersebut masih tidak sampai ke tangan PM.

Tan Sri tidak pernah berbincang, malah tidak pernah hantar surat tersebut kepada PM.

Ya, beliau tidak hantar.

Saya faham yang di bawah perlembagaan untuk hakim, semuanya merupakan tugas Datuk untuk menghantar (surat tersebut), tetapi kita tidak perlu ketengahkan isu tersebut sekarang.

Masa yang sukar ya?

Ok. Sebenarnya saya telah pesan kepada Tengku Adnan untuk maklum kepada PM, untuk berjumpa dengan Datuk. Saya akan aturkan supaya Tengku Adnan akan hubungi Datuk secara terus, dan apabila saya dapat nombor telefon Datuk, saya akan minta Tengku untuk hubungi Datuk terus untuk Datuk berjumpa dengan PM lah.
Jadi, sepatutnya semua ok. Kemudian…betul…. Sebab sangat penting untuk kita pastikan ada ‘pemain utama’ di situ.

Betul…Betul…Datuk tahu tak yang masalah sama dihadapi oleh Tun Eusoff Chin. Tun Eusoff cuba lakukan semua ini tetapi beliau ‘kehilangan askar’. Beliau tak dapat lakukan kerana ramai yang datang dari kem berlainan.

Masa itu, kurang bernasib baik kerana Tun Daim telah lakukan sabotaj.

Datuk tahu?

Jadi adakah semuanya ok dengan Datuk? Semuanya ok?

Tidak, jangan risau. Datuk perlu tahu, kadang-kadang Tan Sri Vincent sebut, sebahagian daripada masa mereka hanya bercakap soal kehakiman daripada melakukan kerja. Tetapi jika saya tidak laksanakan bahagian ini, kerja saya akan jadi sia-sia.

Hahaha. Ah, ya. Betul… Setuju… Betul. Ah, betul, susah.

Datuk cuba lihat, sekarang dia (Dzaiddin) nak lantik 6 orang hakim Mahkamah Rayuan, jadi dia boleh letakkan orang-orangnya sebelum dia bersara.

Betul… ah, kemudian? Ah, betul. Tetapi jangan bimbang, saya akan lakukan kerja ini, saya akan dapatkan Tengku Adnan untuk aturkan dengan PM untuk hubungi Datuk dan Tan Sri Vincent Tan, untuk PM hubungi Datuk.

Dan sebenarnya Datuk, saya betul-betul berterima kasih dengan Tan Sri Vincent Tan. Datuk tahu kenapa?

Saya paksa beliau, malah saya bertengkar dengan beliau.

Satu hari saya datang ke rumah Vincent Tan, saya marah beliau pada malam saya di rumahnya.

Saya cakap, ‘kalau awak tak lakukan siapa yang akan buat?’

Semua orang-orang ini, Tun Eusoff Chin, Datuk Ahmad Fairuz, Tan Sri Zainon, semuanya berebutkan jawatan tersebut.

Kemudian beliau hubungi Tengku Adnan.

Saya hubungi Tengku Adnan, beliau cakap ‘Saya bukan Perdana Menteri Malaysia lah!’ Datuk tahu?

Jika orang tua itu tak mahu dengar cakap saya, pergi jahanamlah!
Tengku bertekak dengan saya. Saya cakap, “tak apa, tak apa. Kalau Tengku tidak cakap dengan saya, Tengku cakap dengan PM lagi esok pagi untuk lantik Datuk Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim Malaya.”

Dan keesokan paginya Tengku berjumpa PM dan hubungi saya balik pada 9.30 pagi, dan beliau maklumkan yang PM telah bersetuju.

Jadi saya bilang, “tak apa, kita harapkan yang terbaik.”

Saya bilang, tak ada percubaan yang merosakkan, paling buruk yang bakal terjadi ialah awak tewas.

Jadi orang tua, dia dah berusia 76 tahun, dia ‘dibisik’ dimana-mana, dan kalau kita tak ‘bisik’ sama, dia akan dipengaruhi oleh pihak lain.

Tapi sekarang PM begitu teliti kerana setiap kali beliau peroleh surat daripada Tan Sri Dzaiddin, beliau akan hubungi Tengku Adnan dan maklumkan ‘bincang dengan Vincent, datang dan bincang.’

Ya..ya..ya. Betul.,. Ya, tetapi Datuk tengok, walaupun saya kenal PM, saya adalah pengamal guaman. Pendapat saya.. akan melalui mereka, akan melalui mereka lah.

Ah…

Dan kemudian Dzaiddin akan hubungi dan beritahu mereka yang Datuk berjumpa dengan PM dan Datuk jadikan ini satu isu besar.

Oh ya..saya terfikir begitu juga.

Ok. Ok. Baik… Ok…

Ah… Betul…

Sekarang saya dengar Raja Aziz, Raja Aziz ada bercakap dengan peguam saya Thayalan, dan seorang peguam lagi, Ailan, di Mahkamah Tinggi, mereka ada kes satu sama lain.

Jadi Thayalan dan Ailan bertanya kepada Raja Aziz, bagaimana keadaan Tan Sri Wan Adnan?

Raja Aziz bilang Wan Adnan sudah nazak. Tetapi Datuk tahu apa perkara yang mengejutkan yang Raja Aziz beritahu?

Datuk Fairuz sudah jadi Ketua Hakim Malaya. Dia mendahului semua orang. Dalam tempoh 3 bulan
Dia (Fairuz) akan jadi Presiden Hakim Rayuan, dan dalam tempoh 6 bulan dia akan jadi Ketua Hakim.
Raja Aziz bilang beliau tak akan terima kejutan ini. Dia cakap lah.

Ha, nampaknya mereka akan atur satu kempen untuk jatuhkan Datuk. Tetapi Datuk cuma perlu senyap, jangan cakap apa-apa.

Walaupun ditanya oleh wartawan, Datuk sekadar cakap ‘saya serahkan kepada Tuhan,’ cukup.

Jangan sesekali cakap.

Saya suka kenyataan anda.

Datuk sebut saja Datuk telah bekerja keras. “apa lagi yang boleh saya buat? Saya serah pada Tuhan.”

Itu jawapan terbaik yang boleh Datuk berikan.

Ah…Saya juga akan minta Tan Sri untuk ingatkan PM untuk anugerahkan gelaran Tan Sri tahun ini (kepada Datuk).

Ah…Datuk tahu, ini akan naikkan imej Datuk. Datuk pun tahu kan.

Oh. Ya…

Ha.. Steve Shim dapat begitu cepat, Tan Sri Chong terpaksa tunggu sehingga 4 tahun untuk dapatkan gelaran Tan Sri.

Ah…Ya Tuhan. Sebab itulah…

Betul…

Ya…

Betul…

Betul…

Jangan risau, kita akan aturkan semua ini.

Jika Tan Sri Vincent dan Tengku Adnan mahu berjumpa Datuk secara sulit –saya yakin mereka akan jumpa- Saya akan hubungi Datuk.

Kita akan aturkan secara sulit, di kawasan yang bebas.

Tidak, jangan risau Datuk. Saya tahu bagaimana Datuk sengsara demi Tun Eusoff Chin.

Dan Tun sebut kesetiaan Datuk Ahmad Fairuz adalah 110%.

Kita mahu pastikan yang orang kita ada di sana untuk kebaikan PM dan Negara.

Bukan untuk kepentingan kita, bukan untuk kepentingan kita.

Kita mahu pastikan yang Negara diutamakan dengan baik.

Datuk terlalu sengsara, sudah banyak yang Datuk telah lakukan, termasuk petisyen pilihanraya, Wee Choo Keong, semuanya lah. Takkan ada sesiapa yang boleh lakukan semua ini.

Ya..Datuk pun tahu, baik lah.

Ok, jangan risau. Saya bersungguh-sungguh menguruskan perkara ini.

Ya..ya.. Jangan risau, jangan risau.

Kita bersungguh-sungguh demi perkara ini. Dan Datuk, sekiranya Tan Sri Vincent dan Tengku Adnan mahu bertemu dengan Datuk, saya akan aturkan di tempat yang sulit.

Ok Datuk, moga Tuhan merahmati kamu dan keluarga.

Terima kasih. Bye.

TAZKIRAH : KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

UST. AHMAD RUMZI BIN MUSA

Ketua Lajnah dakwah Dan Pengkaderan

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Di dalam satu hadis menyebut :

شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka

Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu :

Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat

Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan

Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka

Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga ini daripada Allah.

Fasa Kedua Bulan Ramadhan

Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada di fasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah).

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengaut imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.

Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا

Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa

Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami

Terjemahan perkataan :

اللَّهُمَّ (Allahumma) - Ya Allah

إِنَّكَ (innaka) - sesungguhnya engkau

عَفُوٌّ (’afuuwun) - pemaaf

تُحِبُّ (tuhibbu) - menyukai

العَفْوَ (al-’afwa) - kemaafaan

فَاعْفُ (fa’fu) - maka maafkanlah

عَنَّا (’annaa) - dari kami

Ayuhlah kaum muslimin dan muslimat sekalian, kita melipatkali gandakan amalan pada bulan Ramadhan ini dan meneruskannya pada malam 10 terakhir dan semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua demi mencapai keredhaan Allah seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Saturday, September 22, 2007

Polis: Ibu bapa Nurin boleh dituduh cuai


21-09-2007 10:03:02 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

PUTRAJAYA: Baru beberapa jam selesai mengkebumikan jenazah anak mereka yang meninggal dunia akibat deraan seksual, Jazimin Abdul Jalil dan isterinya Norazian Bistaman kini menghadapi kemungkinan didakwa kerana cuai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis kini sedang menyiapkan laporan kes berkenaan dan jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, ibu bapa mangsa boleh diambil tindakan undang-undang bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak.

"Jika ada kecuaian, kita akan cadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan undang-undang diambil ke atas mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Suruhanjaya Polis yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri hari ini.

Musa berkata, peruntukan undang-undang terhadap ibu bapa yang cuai menjaga keselamatan anak mereka telah lama wujud, tetapi belum pernah dikuatkuasakan selama ini.

"Saya rasa sudah sampai masanya untuk kita kuatkuasakan peruntukan itu," tambahnya.

Beliau juga berkata polis telah membatalkan rancangan mengadakan ujian DNA kali kedua setelah ibu bapa Nurin menerima keputusan ujian pertama semalam yang mengesahkan mayat di dalam beg sukan yang ditemui di Petaling Jaya pada Isnin lalu adalah anak mereka yang hilang selama sebulan.

Katanya, ibu bapa Nurin menerima keputusan ujian itu setelah diberikan penjelasan mengenainya serta rekod pergigian mangsa yang menunjukkan mayat itu anak mereka.

Ibu bapa Nurin, katanya, kemudian bersetuju bahawa ujian DNA kedua tidak perlu dijalankan.

Mangsa berusia lapan tahun yang diperlakukan dengan kejam setelah diculik sejak 20 Ogos lalu dikebumikan selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Ditanya perkembangan siasatan kes itu, Musa berkata polis kini bekerja keras untuk mencari seorang suspek yang dipercayai bertanggungjawab terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

Beliau bagaimanapun sekali lagi enggan memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai suspek yang menjadi buruan pihaknya kerana bimbang lelaki itu melarikan diri.

Berikutan kes penculikan Nurin, katanya, polis kini meningkatkan rondaan di beberapa kawasan, termasuk kawasan Kampung Baru, Chow Kit dan Jalan Masjid India.

Sementara itu Perdana Menteri menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Nurin atas kejadian malang ini.

Sambil meluahkan rasa sedih dan marahnya atas kejadian kejam ini, Abdullah menyifatkan kejadian penderaan seksual sehingga mati itu sangat menyayat hati.

Friday, September 21, 2007

Desakan supaya perkhidmatan Ketua Hakim Negara digantung


Posted on Thursday, September 20 @ 22:21:34 MYT by greenboc

Artikel Oleh Malaysiakini

Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang menggesa supaya perkhidmatan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim digantung ekoran pendedahan klip video yang menunjukkan seorang peguam berbual dengan Ketua Hakim Negara itu dalam menentukan pelantikan hakim-hakim kanan.

Dalam suratnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini, Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur, menggesa ditubuhkan sebuah tribunal kehakiman untuk menyiasat salahlaku dalam klip video tersebut.

Semalam, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mendedahkan klip video yang menunjukkan Lingam memberitahu Ahmad Fairuz yang dia akan mengemukakan nama Ahmad Fairuz untuk jawatan tertinggi badan kehakiman.

Klip video itu dirakamkan pada 2002 ketika Ahmad Fairuz menjadi Hakim Besar Malaya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, Ahmad Fairuz sepatutnya digantung perkhidmatannya mengikut Artikel 125 Perlembagaan, yang membenarkan pemecatan hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes salahlaku.

Ia juga membolehkan Yang di-Pertuan Agong menubuhkan sebuah tribunal dan atas perakuan tribunal tersebut, memecat hakim terbabit.

Menurutnya, tuduhan salahlaku itu menjejaskan perjalanan keadilan dan sehubungan itu, beliau menggesa Perdana Menteri, melalui suratnya itu, supaya menguatkuasakan Article 125.

Pulihkan keyakinan rakyat

Lim berkata, dalam suratnya kepada Abdullah itu, beliau menyatakan, dengan pelantikan pemangku ketua hakim negara, usaha bersungguh-sungguh mesti dilakukan untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap integriti, kebebasan, profesionalisme dan kesaksamaan badan kehakiman.

Menurut perlembagaan, tribunal tersebut akan mempunyai anggota tidak kurang daripada lima orang dari kalangan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi.

Yang di-Pertuan Agong juga boleh melantik hakim-hakim kanan dari mana-mana negara Komanwel, untuk menganggotai tribunal tersebut.

Di samping itu, Lim juga menggesa supaya diwujudkan suruhanjaya pelantikan dan kenaikan pangkat badan kehakiman bagi memastikan ketelusan dalam proses kenaikan pangkat para hakim.

Beliau juga menuntut supaya sebuah suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk mencadangkan penambahbaikan ke arah mewujudkan badan kehakiman yang lebih bebas.

Seorang lagi ahli Parlimen DAP, M Kulasegaran menyifatkannya sebagai 'satu barah dalam badan kehakiman yang mesti disiasat an dibersihkan'.

"Itulah satu-satunya cara untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap hakim dan sistem kehakiman kita," kata ahli Parlimen Ipoh Barat itu.

Gesa letak jawatan

Sementara itu, badan pemantau hak asasi manusia, Suaram menyifatkan pendedahan tersebut sebagai "satu penyelewengan kuasa di peringkat tertinggi".

eSehubungan itu, Suaram menggesa Ahmad Fairuz supaya meletakkan jawatan serta merta.

Menurut Suaram lagi, kebebasan badan penghakiman tidak pernah dapat dipulihkan sejak pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas (foto) pada 1988, sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam, Majlis Peguam menyifatkan klip video itu sebagai "mengejutkan". Majlis tersebut akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.

Latarbelakang pita Lingam

Klip video selama lapan minit itu dirakamkan pada 2002 di kediaman peguam kanan Datuk VK Lingam di Kelana Jaya. Pada masa itu, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah adalah Ketua Hakim Negara. Beliau dilantik pada tahun 2000, menggantikan Tun Mohd Eusoff Chin (1994-2000).

Dzaiddin bersara pada 2003, dan video tersebut menunjukkan Lingam menyuarakan kebimbangannya yang Ketua Hakim yang akan bersara itu mahu melantik 'orang-orangnya' ke jawatan-jawatan tertinggi badan kehakiman. Perbualan itu menyentuh tentang perlunya disegerakan pelantikan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (ketika itu Hakim Besar Malaya - jawatan No 3), ke jawatan Presiden Mahkamah Rayuan (No 2) dan kemudiannya Ketua Hakim Negara (No 1). Juga terdapat perancangan untuk melantik bekas Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah, yang ketika itu hakim Mahkamah Persekutuan, untuk menggantikan Ahmad Fairuz untuk jawatan No 3.

Untuk berbuat demikian, Lingam turut membabitkan jutawan Tan Sri Vincent Tan, yang rapat dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, untuk menemui Dr Mahathir mengenai pelantikan hakim-hakim.

Catatan tambahan

Ahmad Fairuz dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada Disember 2002 - beberapa bulan selepas perbualan telefon tersebut. Dzaiddin bersara sebagai Ketua Hakim Negara pada 2003 dan beliau digantikan oleh Ahmad Fairuz. Mokhtar, bagaimanapun, tidak menjawat jawatan No 3 kerana koma selepas terjatuh pada bulan Ogos 2002. Beliau meninggal dunia pada 2003. Tempoh perkhidmatan Ahmad Fairuz' sebagai Ketua Hakim Negara akanberakhir pada bulan Oktober 2007.

Tuesday, September 18, 2007

LAGI BUKTI KEBENARAN ISLAM

GOOD NEWS

Assalamualaikum....! An important message to all Muslim brothers and sisters : Sunita Williams ( First Indian woman who went on moon) accepted "ISLAM" Masha Allah, bcoz when they were on the moon, they saw towards EARTH, the entire EARTH looked dark, but 2 places on the EARTH looked like SPARKS (Roshni). They were shocked to see that and saw them with the help of telescope and came to know that those two places were " MECCA " and "MADINA" Masha Allah. Then they decided that after reaching to earth they'll accept "ISLAM". Thats y they reached safely. So be proud to a muslim and forward it to all like fire. Allah Hafiz...!



Monday, September 17, 2007

Kes Batu Burok: PAS sedia jumpa Majlis Raja-Raja


Sabtu 18 Jun 2005 | 11 Jamadil Awal 1426 Hijrah
Awang Harun | Foto Nasir Sudin
Sat | Sep 15, 07 | 4:01:12 pm MYT

MARANG, 15 Sept (Hrkh) - Tragedi berdarah 8 September yang berlaku di Batu Burok, Kuala Terengganu, kembali menghangatkan pentas politik serta sokongan rakyat terhadap PAS serta Barisan Alternatif (BA) di Terengganu. Ceramah Badan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO pada malam tersebut telah menjadi sasaran konspirasi jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Meskipun pihak pasukan keselamatan yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi mereka dilihat bertindak sebagai ‘pencetus’ kekacauan serta huru-hara.

PAS disalahkan

Dalam masa sama, media arus perdana akhbar dan tv saban hari menyalahkan PAS serta parti pembangkang kononnya bertindas ‘ganas’ merosakkan harta awam dalam kejadian tersebut.

Berikutan itu, PAS terpaksa mengatur agenda tersendiri bagi memberi penjelasan serta kefahaman kepada seluruh rakyat terhadap isu berkenaan kerana laporan media dibuat secara ‘berat sebelah’ dan berniat jahat.

‘Road Show’ pertama penjelasan Peristiwa Batu Burok itu bermula di Marang Terengganu, malam tadi, bertempat di Masjid Rusila, dan siri penerangan akan diadakan di seluruh negara dengan penglibatan badan-badan yang bergabung di bawah Bersih, antaranya, PAS, KeADILan, dan NGO terbabit.

ImageMajlis malam tadi bermula dengan solat Isyak, solat hajat serta solat tarawih berjemaah telah mengundang ribuan rakyat dari seluruh negeri yang sama-sama bermunajat kepada Allah SWT.

Pentas ceramah terpaksa dipindahkan ke dalam Masjid Rusila apabila hujan ‘rahmat’ mula turun dengan lebat ketika solat tarawih hampir selesai.

Masjid Rusila sesak dan hadiran melimpah

Namun begitu, tinjauan Harakah mendapati ribuan manusia memenuhi ruang-ruang yang ada dalam masjid dua tingkat itu serta melimpah ke luarnya.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS serta rakan-rakan dalam gabungan Bersih akan berjumpa Majlis Raja-Raja.

Katanya, ekoran peritiwa tersebut PAS telah mengadakan pertemuan dengan Suruhan Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadu tentang peristiwa di Batu Burok itu.

“PAS sebaik sahaja berlaku peristiwa di Batu Burok, kita telah menghantar rombongan yang mewakili bukan sahaja PAS tetapi juga rakan-rakan yang bergabung dengan Bersih. Kita berjumpa dengan Suruhan Hak Asasi Manusia (Suhakam), kita berjumpa dengan pelbagai pihak dan insyaAllah, akan berjumpa Imagedengan Majlis Raja-raja dan seterusnya rujukan yang paling tinggi sekali kita mengadu kepada Allah Taala,” jelasnya ketika berucap dalam Majlis Penjelasan Peristiwa Batu Burok itu.

Pada majlis tersebut, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah melancarkan Tabung Mangsa 8 September yang akan digunakan bagi membela nasib mangsa-mangsa Tragedi Batu Burok termasuk kos rawatan dan perbelanjaan guaman.

Sehari sebelum itu (Khamis), tabung berkenaan juga dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Mangsa tanpa jari ditangkap kerana baling batu!

Ketika di pentas, orang ramai berpeluang melihat dari dekat setelah diperkenalkan seorang demi seorang mangsa-mangsa tangkapan dalam kejadian di Batu Borok itu, termasuk seorang mangsa tembakan polis iaitu Muhamad Azman Aziz.

Malah lebih menghairankan bagaimana salah seorang mangsa berkenaan adalah pemuda kurang upaya dengan kedua-dua tangannya tidak mempunyai ‘jari’ tetapi ditangkap kononnya bertindak membaling batu ke arah polis.

ImageAntara penceramah yang mengambil bahagian pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim serta di pengerusikan oleh Bendahari PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Pada malam 8 September lalu, Mohamad Sabu, Mustafa Ali dan Khalid Ibrahim dijangka turut berucap dalam majlis anjuran Bersih di Batu Burok.

Dalam majlis malam tadi lebih 5,000 orang hadir bagi mendengar penjelasan isu berkenaan dari pemimpin parti PAS dan KeADILan yang sama-sama terlibat pada malam Tragedi Batu Burok itu. - mns

Saturday, September 15, 2007

12 persoalan besar di Batu Buruk belum terjawab

Sumber : www.harakahdaily.net
Mat Zain Mat Isa
Sat | Sep 15, 07 | 12:35:40 pm MYT

Episod kekecohan yang menyaksikan keganasan pihak polis di Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 September telah berlalu hampir seminggu.
Sebahagian besar daripada 23 orang awam ditahan polis telah dibebaskan dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Dua mangsa tembakan ‘peluru hidup’ polis yang masing-masing dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan juga dilaporkan beransur sembuh.

Namun insiden yang dianggap paling buruk di Terengganu sejak dua dekad ini nampaknya tidak terhenti setakat penahanan, pendakwaan mahu pun rawatan kepada yang mengalami kecederaan sahaja.

Ia turut menimbulkan persoalan dan perbahasan mengenai keselamatan, integriti pasukan polis dan patriotisme rakyat. Isu ini menjadi isu nasional.

Ia berkumandang lewat perbahasan dan usul di Dewan Rakyat. Ia juga mengundang memorandum oleh Badan Gabungan Tuntutan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) kepada Ketua Polis Negara.

Di Kuala Terengganu sendiri, insiden itu masih menjadi buah tutur masyarakat. Di kedai kopi, stesen minyak, pejabat, surau dan masjid, mahu pun di dalam kenderaan awam, rakyat Terengganu masih membicarakannya. Yang tahu serba sedikit menceritakan, yang tidak tahu sangat berkeinginan mengetahui lebih lanjut.

Maklumat-maklumat yang dipaparkan menerusi laporan media massa, terutama akhbar-akhbar arus perdana dan tv nampaknya tidak meyakinkan masyarakat awam. Sebagai anggota masyarakat setempat, cakap-cakap dan penyampaian oleh eyewitnesses (mereka yang menyaksikan sendiri) nampaknya lebih diterima umum. Bagai diduga, kebanyakan cerita oleh saksi kejadian tidak memihak kepada pihak berkuasa.

Apa yang nyata, semakin banyak maklumat didedahkan media mengenai kejadian tersebut, dan semakin rancak serta meluas perbincangan mengenainya berlaku di dalam masyarakat, maka semakin banyak pula persoalan dan tandatanya timbul berkaitan fakta-fakta sebenar kejadian malam itu.

Ia turut mengundang teori konspirasi serta implikasi politik hasil insiden tersebut.

Banyak isu tinggal misteri

Untuk renungan dan bahan fikir bersama, berikut diperturunkan beberapa persoalan dan tandatanya tersebut:

1. Kerosakan harta awam dianggarkan RM500 ribu oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT). Exco Datuk Rosol Wahid pula dalam kenyataan berasingan mendakwa nilai kerosakan itu mencecah RM1 juta (biasa lah tu, pemimpin BN memang selalu melebih-lebih dalam hal seumpama ini). Kerosakan itu didakwa dibuat “perusuh” yang dikaitkan dengan para penyokong PAS yang hadir malam itu.

Anehnya, segala kerosakan yang berlaku seperti papantanda jalan, lampu isyarat, pasu bunga dan lain-lain itu sebenarnya terletak di dalam zon yang dikawal polis. Sepanjang kekecohan memuncak, tidak ada orang awam dibenarkan memasuki kawasan jalan sepanjang 200 meter dari persimpangan lampu isyarat merentasi depan Kediaman Seri Iman hingga ke stesen minyak Esso di situ. Maka menjadi tanda tanya, siapa bertanggungjawab memecah dan merosakkan harta awam itu?

2. Puluhan buah motosikal dan kereta dilaporkan mengalami kerosakan teruk kesan pukulan benda tumpul (kayu atau batu). Gambar-gambar sebahagian kenderaan yang rosak itu turut disiarkan akhbar. Antara gambar itu menunjukkan lokasi motosikal yang rosak itu hanya beberapa depa dari sepasukan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sedang berkawal.

Apakah munasabah orang awam melakukannya dan dilihat sahaja oleh anggota FRU? Lagi pun, kenderaan yang rosak itu adalah milik orang awam, bukan milik anggota FRU atau polis. Sedangkan pertembungan malam itu antara polis dan orang awam. Apakah munasabah orang awam merosakkan kenderaan mereka sendiri? (Bunyinya macam tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim tumbuk muka dia sendiri dululah!)

3. Ada orang awam menceritakan telah melihat sekumpulan anggota polis mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang (pasar utama di tengah bandar Kuala Terengganu) beberapa hari sebelum kejadian. Mereka itu dikatakan telah memborong kesemua ‘bidas’ (lastik, orang Kedah sebut ‘terbir’, orang Putih kata ‘catapult’). Untuk apa lastik-lastik itu diborong polis?

4. Insiden bakar bendera negara turut dipertikaikan. Gambar disiarkan akhbar Berita Harian, 10 September menunjukkan seorang pemuda lengkap bertopi keledar sedang membakarnya di tengah jalanraya yang agak lengang. Berdasarkan gambar itu, dipercayai jurugambar yang merakamkan insiden itu berada tidak jauh dari si pembakar itu.

Mungkin jurugambar tersebut adalah orang paling wajar disoalsiasat, siapa sebenarnya pemuda itu? Apakah gambar tersiar itu satu-satunya gambar dirakamnya ketika itu, atau ada lagi gambar-gambar lain yang merakamkan imej lebih jelas mengenai pembakar bendera itu?

5. Lebih dipersoalkan banyak pihak, apakah pemuda itu sebahagian dari kumpulan pemuda yang datang untuk mendengar ceramah PAS atau dari kumpulan lain? Bajunya tidak menampakkan sebarang tanda basah atau berpeluh, menunjukkan dia belum begitu lama di situ, tidak sebagaimana yang lain.

6. Ada juga eyewitness mendakwa melihat seseorang dari dalam sebuah kereta menghulurkan bendera negara yang menjadi bahan bakar itu kepada pemuda tersebut dan menyuruhnya membakar. Jika benar begitu, bermakna bendera itu bukan disentap di situ ketika kekecohan berlaku, tetapi sengaja dibawa dari tempat lain oleh orang misteri yang berkereta itu.

7. Ada juga eyewitness menyaksikan kedatangan sekumpulan mat rempit sejurus selepas keadaan agak reda. Mereka ini memang menjadikan laluan yang terlibat dengan kekecohan itu sebagai track perlumbaan mereka saban malam. Tidak payah diberitahu, mereka ini memang menyimpan dendam dengan pasukan polis kerana sering mengganggu akvititi malam mereka.

Mereka ini dikatakan tumpang sekaki “mengamuk” dan melakukan kekacauan sebagai melepas geram terhadap pasukan polis. Apakah mustahil mereka ini turut terlibat membakar bendera, kon polis dan melakukan kerosakan-kerosakan lain itu?

8. Keengganan pihak Polis Daerah Kuala Terengganu mengeluarkan permit untuk perhimpunan malam itu turut dipertikaikan. Pertama, telah beberapa kali lokasi sama dijadikan pentas ceramah melibatkan nama-nama besar dalam pembangkang seperti Mohamad Sabu, Anwar dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri. Majlis-majlis tersebut berjalan lancar dan aman, tiada kekacauan atau gangguan keselamatan, selagimana tiada kacau ganggu pihak polis.

9. Pihak polis memberikan alasan tidak mengeluarkan permit ceramah kononnya kawasan perumahan itu didiami golongan elit, pegawai kerajaan dan orang ternama. Justeru sebarang majlis ceramah akan menghasilkan gangguan bunyi kepada penghuni taman itu.

Juga dibangkitkan soal gangguan kepada para pelancong yang menginap di chalet dan resort berdekatan. Sedangkan lokasi sama terletak hanya beberapa ratus meter dari pentas utama Pantai Batu Buruk. Di situ saban bulan (kekadang tu saban minggu), berbagai bentuk bunyi bising dikumandangkan, tidak kira siang mahu pun malam. Mengapa tidak ditimbulkan soal gangguan bunyi dari pesta hiburan itu?

10. Soal bantahan yang didakwa dari penduduk setempat juga tidak sukar difahami. Mana ada orang Umno yang suka ceramah PAS diadakan berdekatan rumah mereka? Jadi, jika diraikan setiap bantahan orang Umno, nescaya tidak akan ada peluang bagi PAS untuk menganjurkan majlisnya di kawasan-kawasan awam. Apakah polis tidak pernah mengeluarkan permit untuk majlis Umno/BN jika dibantah penduduk setempat dari kalangan PAS?

11. Tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata tanpa mengira tempat juga amat dikesalkan. Ia dihalakan bukan sahaja ke arah orang ramai yang cuba disuraikan, tetapi turut disasarkan ke arah kedai makan yang sedang dipenuhi pelanggan. Kanak-kanak yang berada di dalam kedai itu, termasuk anak-anak pemilik kedai, turut menerima kesan gas tersebut.

Apakah aspek keselamatan orang awam yang tidak ada kena-mengena dengan kekecohan itu tidak diambil kira terlebih dahulu oleh polis? Apakah semata-mata atas alasan menyuraikan perhimpunan haram, polis dihalalkan bertindak apa cara sahaja?

12, Tindakan seorang anggota polis melepaskan ‘peluru hidup’ sehingga mencederaparahkan dua orang awam sangat dipertikaikan. Anggota polis itu mendakwa kononnya beliau diserang, lalu memaksanya melepaskan tembakan demi mempertahankan diri.

Apa pun alasan dan dakwaan yang cuba dikemukakan, rakyat tidak dapat menerima ia sebagai tindakbalas yang wajar. Lain lah kalau orang yang didakwanya menyerangnya itu juga bersenjata. Apatah lagi diambilkira sebab kenapa beliau “diserang” itu, ialah kerana orang ramai melihat beliau cuba melakukan provokasi di tengah-tengah hadirin.

Setakat ini, persoalan dan tandatanya disebutkan tadi masih menguasai perbualan umum dan sembang kedai kopi di Terengganu. Segala persoalan itu pada hakikatnya lebih banyak memberikan kesan negatif kepada parti pemerintah.

Thursday, September 13, 2007

KEHADHIRANMU DINANTI PENUH KERINDUAN OLEH SANG PEJUANG


Oleh ; Al Fadhil Ustaz Nasarudin Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat)


Seorang pejuang yang bebas dari sebarang jangkitan virus suma'h , ujub , riak , ananiah , takabbur malah 1001 mazmumah , pasti sahaja sirna raut kegembiraan pada wajahnya menjelang tiba Ramadhan al Mubarak . Manakan tidak ......Ramadhan laksana "al Hira' " tempat bersuluk hati yang mencari redho Ilahi dalam setiap sentuhan dan bisikannya.
Ramadhan jua menepati sebuah " halaqah " tempat muhasabah prestasi iman dan kualiti amal .
Ketabahan dan kecekalan jiwa seorang pejuang turut ditempa dan dicerna melalui proses pendisiplinan diri di " mukhayyam " Ramadhan . Bahkan Ramadhan lebih berfungsi untuk melahirkan pejuang yang memiliki asas kekuatan malah senjata sakti untuk menempah tempoh kemenangan dengan membelah segala halangan . Kekuatan asas dan kesaktian senjata yang saya maksudkan ialah at Taqwa yang menjadi objektif utama orientasi Ramadhan.
Firman Allah swt :
يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Wahai orang - orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang - orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa ( kepada Allah swt ) .
Surah al Baqarah : 183

Taqwa sehebat - hebat strategi
Perjuangan yang kita dokong ini memerlukan sebuah kemenangan , agar ruang kemenangan itu kelak memungkinkan kita mendaulatkan syariat Ilahi dan sunnah an nabawi . Kemenangan yang diharapkan ini bukanlah bertolak dari nafsu yang ingin berkuasa atau syahwat yang ingin merasa tetapi berasaskan aqidah yang memaksa dan ketakutan untuk terus hidup dalam gelumang dosa dek kerana membiarkan kezaliman bermaharaja lela dan mungkar berleluasa .
Kemenangan menjadi suatu yang wajib dicapai sebagaimana wajibnya berjuang. segalanya adalah demi mendaulatkan syariat dan memartabatkan sunnah. Menjadi penghalang kepada kemenangan samalah besarnya nilai jenayah dengan mereka yang menghalang perjuangan. Namun bercakap soal kemenangan , sayugianya diinsafi bahawa kemenangan itu tidak mungkin hadhir tanpa perjuangan dan pengorbanan .
Perjuangan memerlukan gerak gelut serta perit jerih melepasi apa jua tahap rintangan dan bongkah halangan sementara pengorbanan ialah memberi hak dan mengabaikan kepentingan diri . Sebagai anggota gerakan Islam , saya yakin kita semua tahu apakah strategi yang perlu diatur , bermula dari dakwah fardiyyah , merakyat perjuangan , doa munajat , kematangan berpolitik ( politik high class ) , merapat saff , bijak mensasar musuh , memasak aqidah perjuangan , menguasai teknikal pilihanraya , meningkat kualiti pengurusan dan sebagainya , hinggalah strategi yang paling ampuh untuk mendepani cabaran , menyerap tekanan dan menyahut musuh ialah at Taqwa.
Taqwa inilah yang mesti dimiliki oleh kita semua sebagai bekal mengharungi medan , senjata menyambut lawan , kubu membentengi dakyah , ramuan pengubat resah , motivasi penggagah semangat dan sebagai pintu membebaskan diri dari segala kerumitan dan kesulitan . Pejuang yang bertaqwa ( muttaqin ) pasti sahaja memiliki hemah tinggi dan jiwa yang wibawa , sebaik melangkah kaki menuruni setiap cerun perjuangan ini. Akhirnya meletakkan dirinya sebagai seorang pejuang yang hebat , digeruni lawan dan disanjungi kawan .
Pejuang seperti ini ( pejuang muttaqin ) .....
Penampilannya penuh karisma. Hanya takut kepada Allah swt , tidak sekali - kali tunduk dan akur kepada musuh Allah dan musuh agama Islam yang suci ini. Tegas menghadapi penyelewengan pemikiran dan kesongsangan fikrah serta amanah dalam memikul tanggungjawab biarpun sukar dan berat untuk dilunaskan. Tingkah lakunya menenangkan perasaan kita , jauh dari tindakan yang menyakitkan hati dan menimbulkan rasa jengkel di mata madu'u . Ucapannya menyejuk sanubari , jauh pula dari maki hamun dan cerca nista yang tidak bertempat dan tidak pula sepadan dengan kesalahan . Kepimpinannya berhikmah dan bijak menangani kemelut dalaman serta krisis approach dengan kumpulan Islam yang lain , demikian juga mengurai kekusutan yang dialami oleh ahli. Taqwa mewarnai aqidah , fikrah dan syakhsiyyah seorang pejuang . Justeru itulah , hadhirnya Ramadhan al Mubarak bersama modul ketaqwaannya untuk melahirkan insan muttaqin , sangat dirindui dan dinanti oleh semua insan yang berjuang.

Wednesday, September 12, 2007

PENINGGALAN UMNO YANG MENJELEKKAN


Perumahan Sepekan Jaya, sebuah taman perumahan di DUN Peramu Jaya, Parlimen Pekan. Penduduk sekitarnya dari pelbagai golongan termasuk kakitangan kerajaan, pekerja kompleks DRB-Hicom, guru-guru, polis dan pelbagai lapisan masyarakat. Perumahan cantik dan rumah agak tersusun kemas. Disini juga terletak surau Al Ehsan yang terkenal di kawasan Peramu Jaya kerana sering menganjurkan KUliah dan Ceramah oleh tenaga Ustaz dari Pekan dan luar.

TETAPI...amat menyedihkan. Apabila tetamu yang datang ke Perumahan Sepekan Jaya ini pasti akan terlihat 2 buah bangunan yang sangat berbeda dari segi rupa dan usia. Yang berwarna biru itulah Balairaya Orang Ramai yang baru disiapkan dan sedang menunggu untuk dirasmikan oleh TPM, Dato Seri Najib. Tapi yang sebelah tu apa ke jadahnye yek!!!

Itulah peninggalan UMNO Pekan kepada ahli UMNO Sepekan Jaya hasil bertungkus lumus bekerja untuk mereka pada PRU 11 yang lalu. Amat daif, sangat memalukan penduduk Sepekan Jaya. Seorang rakan penduduk merasa sangat tidak selesa dengan bangunan Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO Sepekan Jaya yang kelihatan sangat hodoh, buruk, jelek dan tidak selayaknya terletak di muka pintu Perumahan Sepekan Jaya. Telah ramai membuat aduan ke MDP tetapi mereka mungkin tidak berani untuk merobohkan bangunan tersebut agaknya kerana ia meninggalkan nostalgia kepada YB WAN IQBAL DAN NAJIB kerana dengan bangunan inilah mereka berjaya menang PRU11 dulu gamaknya. Sudahlah tanah tersebut bukan milik UMNO tetapi milik Majlis Daerah Pekan dan bermakna ia juga milik rakyat Pekan. Senang-senang buat bangunan dan bila dah menang biar lantaklah nak buruk, kotor, jadi sarang nyamuk dan ular. Peduli apa..Apa aku nak dah dapat...

Kesian Penyokong UMNO Sepekan Jaya...selepas YB Wan Iqbal menang mereka langsung tak pedulikan bangunan yang menempatkan petugas mereka dan dibiarkan buruk seperti kacang lupakan kulit.

DPP PEKAN : Sesak mata memandang


SALAM MUBARAK DARI KAMI

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada sahabat pengunjung web blog kami, dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan.

Kalau ada bahan dan maklumat boleh email kepada pemudapaspekan@yahoo.com




SIAPAKAH YANG MEMBAKAR BENDERA???


Benarkah dakwaan UMNO penyokong PAS yang bakar bendera? Melihat pada photo nampaknya macam Mat Rempit..siapa rakan karib mat rempit? Tentu rakan baik Mat Rempit ialah Putera UMNO...so camana? sesiapa saja boleh bakar bendera...kata mereka didalam internet ada kemungkinan besar SB dan Mat Rempit bersengkokol membakar tayar dan bendera untuk mewujudkan provokasi kepada penyokong PAS pada malam tersebut. Kita dah 50 tahun merdeka...masak sangat dengan mehnah SB dan puak UMNO ni.

Monday, September 10, 2007

KHUTBAH RASULULLAH YANG MULIA DALAM MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH BARAKHAH

Oleh; Al Fadhil Ustaz Safuan Yaccob Al Arauri ( Mantan Setiausaha DPPP)

Wahai manusia!
Sungguh telah datang pada kalian bulan ALLAH dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi ALLAH. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu ALLAH dan dimuliakan oleh-NYA.

Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada ALLAH Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar ALLAH membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan ALLAH di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara’ dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada ALLAH dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika ALLAH Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah! ALLAH ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.

Wahai manusia!
Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi ALLAH nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: "Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan: Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!
Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya(pegawai atau pembantu) di bulan ini, ALLAH akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, ALLAH akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, ALLAH akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, ALLAH akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, ALLAH akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, ALLAH akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, ALLAH akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin berkata: "Aku berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi: Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan ALLAH".

Friday, September 7, 2007

MALAYSIA MAJU SELANGKAH LAGI KE NERAKA


Carlberg keluarkan beer tanpa alcohol untuk pasaran Negara islam. Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Bee r tanpa alkohol. Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini. Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana .

Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia. Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini. Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia. Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan.

Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip Islam Hadhari. "Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."

Susunan : Lajnah IT, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan
sumber berita : http://nogold.com/forum/

Thursday, September 6, 2007

JANGKAAN PILIHANRAYA NOVEMBER

Pilihanraya ke 12, Malaysia pasti menjanjikan suatu pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah Malaysia apabila kerajaan memerintah, BN akan cuba sedaya upaya mengekalkan kedudukan kerusi mereka dengan cara apa sekalipun demi menyelamatkan tipu daya mereka selama ini dari dibongkar rakyat yang mulai sedar. Parti Islam Semalaysia PAS pasti menjanjikan calon terbaik dan menyertai gelanggang politik dan pilihanraya dengan tuntutan tegas kepada pilihanraya yang lebih telus dan demokrasi. Untuk itu, melalui NGO BERSIH satu gerakkan raksaksa dengan menghimpunkan 100,000 rakyat yang menyokong kepada demokrasi yang bersih dari agenda penipuan pada 10hb November 2007 di Putrajaya akan diadakan.
Parlimen Pekan, pasti menyaksikan pertandingan sengit bersama 4 DUN dibawahnya apabila PAS akan meletakkan calon yang berkaliber dan dikenali rakyat untuk memenangi kembali 2 kerusi yang dimiliki pada PRU10 yang lalu. Ini pasti bukan mustahil, Najib juga hampir dikalahkan, dan ketika kiraan undi Parlimen Pekan beliau telah kalah namun dengan bantuan undi POS akhirnya Najib menang 300 undi. Bayangkan seorang bakal PM atau TPM masa itu menang sekadar 300 undi??..Apakah tandanya? Ini bermakna pengundi Parlimen Pekan bukanlah pengundi pak turut kerana pernah melakukan tindakan paling gempar didalam sejarah politik tanahair apabila majoriti tidak menmgundi Najib pada pilihanraya ke 10 yang lalu.
Ayoh semua, Jentera BA terutama PAS bangkit untuk bekerja dari sekarang. Hanya ada 2 bulan sahaja lagi. Bekerjalah untuk Agama mu, demi keselamatan dunia dan akhirat.
Oleh: Lajnah IT, Dewan Pemuda PAS Pekan

Tuesday, September 4, 2007

HARI KELUARGA PASTI AS SIDDIQ

Ahad 2hb. September 2007 - PASTI As-Siddiq Pekan telah mengadakan Hari Keluarga PASTI bertempat di Pantai Sepat, Penor Kuantan. Hampir semua ibu bapa dan penjaga serta murid-murid PASTI As Siddiq hadir pada hari tersebut. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.30 petang.

Pelbagai acara sukaneka dan pertandingan diadakan. Diantaranya pertandingan melukis, pancing botol, tiup belon dan bawa air dalam sudu dipertandingkan bagi kategori kanak-kanak dan pelajar PASTI. Bagi kategori ibu-bapa dan penjaga pula acara seperti bowling kelapa, mengisi benang dalam jarum, membawa lilin sambil berjalan dan cabutan bertuah diadakan.

Pimpinan PAS yang turut bersama menjayakan program ini ialah YDP PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Qassim bin Abdul Manaf dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan beserta ahli jawatankuasanya. Pada sessi tengahari iaitu selepas sarapan tengahari, solat zuhur berjamaah diadakan dan satu tazkirah pendek telah disampaikan oleh Al Fadhil YDP Kawasan Pekan.

GALERI GAMBAR DISINI...

susunan : lajnah IT, DPPPekan

IKUT KAMI DISINI..