" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Monday, October 22, 2007

Pilihan raya Umum penentu Najib cabar Abdullah

Murtadza Ibrahim Sat Oct 20, 07 11:34:35 am MYT
Harakah (16-30 Oktober 2007) lalu dipetik sebagai berkata, Dato' Seri Najib Tun Razak mengintai peluang mencabar Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila pemimpin nombor dua Umno ini tidak mampu menunggu lama untuk mencabar kerusi Presiden Umno. Akhbar ini dipetik sebagai berkata, suasana ke arah itu kini sudah membahang apabila ada desas-desus mengatakan Najib tidak mampu menunggu lama untuk mencabar kerusi Presiden Umno.

Perkara lain yang menarik perhatian yang disebut oleh Subky adalah dua keadaan sahaja Najib tidak jadi PM. Pertama mati dulu dan kedua menjalani nasib yang sama dengan Musa, Ghafar dan Anwar. Kita menolak pandangan mati dan melihat kepada pandangan kedua Subky iaitu menjalani nasib yang sama dengan Musa, Ghafar dan Anwar. Adakah Najib sanggup berfikiran demikian jika ia secara terbuka mencabar Abdullah dalam Pemilihan Perhimpunan Agung Umno akan datang?
Sememangnya Najib menyedari kekuatan kumpulan Abdullah yang diketuai menantunya Khairy yang kini menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia. Najib menyedari hakikat dan tidak akan lupa sama sekali dalam Pilihan raya Kecil Dun Ijok pada April 2007 lalu apabila Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerang dirinya habis-habisan tanpa menyebut langsung nama Abdullah dan Khairy.
Najib menyedari hakikat bahawa kuasa Perdana Menteri dan Presiden Umno yang dipegang oleh Abdullah cukup luas sehingga dia dan keseluruhan keluarganya menghadiri program 'mengenang Jasa Tun Razak' yang dianjurkan oleh Khairy di Bangunan Sime Darby pada pertengahan tahun ini.
Najib terpaksa akur ketika itu walaupun ada di kalangan pemimpin Umno yang hadir tertanya-tanya dan 'terkejut' dengan kehadiran begitu ramai keluarga Tun Razak termasuk Toh Puan Hajah Rahah dan hampir kesemua adik beradik dan menantu. Suatu program yang hanya dianjurkan oleh Naib Ketua Pemuda tetapi keseluruhan keluarga Tun Razak hadir. Ini membuktikan begitu hebat dan kuatnya pengaruh Khairy walaupun program ini dikatakan dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno.
Namun Najib tidak berdiam diri dan mengambil risiko terserah kepada menantu Abdullah untuk mencaturkan politiknya. Najib juga membina rangkaian baru di samping mengekalkan hubungan baik rakan-rakan beliau semasa menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang kini ramai di kalangan mereka memegang jawatan penting di dalam Umno bahagian. Dia membina rangkaian baru dengan mengajak beberapa Ketua Umno bahagi oleh Abdullah.
Majoriti Ketua Umno bahagian-bahagian yang dibawa adalah kalangan mereka yang bukan Ketua Pemuda atau Ahli Jawatankuasa Pemuda semasa Najib menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dahulu. Najib akan cepat faham dengan beberapa Ketua Umno bahagian yang mungkin 'menolak' pelawaan ini yang disifatkan sebagai 'orang Abdullah' yang perlu diberikan perhatian.
Di samping itu, dalam mesyuarat bahagian-bahagian Umno yang baru selesai, jentera Najib sudah bergerak dan memantau segala perkembangan politik Ketua Umno dan AJK Umno bahagian sama ada memberi sokongan padu kepada dirinya atau sebaliknya. Di sinilah kekuatan Najib yang cuba melakukan 'personal touch' secara senyap dan mungkin juga di dalam pengetahuan Khairy.
Khairy juga bertindak menyusun strategi untuk 'menyelamatkan' kedudukan bapa mentua agar tidak dicabar oleh Najib. Tindakan yang dilakukan adalah 'memantau' dan mendapatkan sebanyak mana maklumat pada setiap Umno bahagian yang menentukan arah sokongan. Jika ada pemimpin Umno yang bersikap 'menyokong Najib secara total' harapan pemimpin ini untuk mengekalkan kembali kedudukan di dalam kerajaan akan 'padam' dalam Pilihan raya umum ke-12 kelak. Menurut sumber, tumpuan mereka adalah di negeri Kedah, Perak, Selangor dan Johor.
Menurut satu sumber, majoriti Ketua Umno bahagian yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan sekarang hampir pasti tidak akan 'selamat' yang pernah berkhidmat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu. 'Abdullah akan menggunakan pendekatan halus tetapi kejam dengan melakukan slogan; kini adalah era Abdullah dan bukan lagi era orang-orang Tun Dr Mahathir dengan alasan untuk membina negara baru yang lebih dinamik.
Kerana itu, Abdullah yang sudahpun berusia 67 tahun sering menyebut berulang kali dia masih mahu kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dengan alasan banyak kerja-kerja yang dirancang sekarang belum selesai. Dia sering membuat kenyataan kepada media massa kepunyaan kerajaan.
Ini juga dilihat sebagai satu isyarat kepada Najib dan orang-orangnya supaya tarik 'hand-brake' sebelum menjelang Pemilihan Perhimpunan Agung Umno kelak. Najib dikatakan akur tetapi 'orang-orangnya' sudah bertebaran di setiap bahagian dan bertembung dengan 'orang-orang Abdullah' yang diketuai Khairy. Abdullah perlu mempertahankan lagi jawatannya walaupun semakin 'lesu' dan 'keliru' kerana terlalu kerap keluar negara semata-mata untuk menantunya.
Abdullah akan melakukan 'pembersihan' dalam Pilhan raya umum akan datang terhadap 'orang-orang Najib' dan saki baki 'orang Dr Mahathir' dengan harapan laluan menantunya sebagai pemimpin utama negara semakin mudah dan tanpa gangguan. Tunggulah calon-calon Umno dalam Pilihan raya umum akan datang walaupun Ketua Pergerakan Pemuda Umno pernah menyebut;- pemuda tidak akan melobi menjadi calon dalam Pilihan raya umum akan datang. Sekali lagi kita tunggu dan lihat!-->

Friday, October 12, 2007

ORANG PEKAN MESTI BACA!


Najib sukar jadi PM yang baik?

Oleh Subky Latif

JIKA tiada apa-apa masalah Dato' Seri Najiblah yang jadi Perdana Menteri selepas Perdana Menteri sekarang. Ini disebabkan beliau sedang menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan tiada siapa lagi di kalangan menteri Umno yang ada wibawa yang jelas bagi menyainginya.Menjadi TPM bukanlah satu jaminan menjadi Perdana Menteri. Seperti mati. Ada yang merasakan Tun D. Ismail boleh jadi PM yang lebih baik dari Tun Razak. Tetapi ia tidak dapat dibuktikan kerana dia mati semasa jadi TPM. Dia tidak dapat jadi PM kerana dia mati.
Kalau Najib mati, maka tiadalah dia dapat jadi PM. Tetapi ada tiga TPM tidak jadi PM atau belum jadi PM. Mereka ialah Tun Musa Hitam, Almarhum Tun Ghafar Baba dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Maka sesiapa yang jadi TPM jangan harap sangat dapat jadi PM kerana ramai juga yang jadi TPM hilang peluang jadi PM.
Dua keadaan saja Najib tidak jadi PM. Pertama mati dulu dan kedua menjalani nasib yang sama dengan Musa, Ghafar dan Anwar.
Mungkin tiada apa-apa yang dapat menyekatnya jadi PM. Tetapi jadilah PM yang baik dan bermaruah. Inilah masalah Najib. Dia boleh jadi PM tetapi bagaimana dia mahu jadi PM yang baik dan bermaruah?
Jangan dibaca lagi dengan isu pembunuhan Altantuya. Apapun yang terjadi dengan perbicaraan kes itu tetap beliau tidak terlepas dari dipersoal. Tiada sebarang tuduhan terhadapnya tetapi masalahnya namanya disebut-sebut dan bila yang teringatkepada Altantuya dan Razak Baginda, teringat pula kepadanya.
Itulah penyakit yang tidak dapat dipadamkan selagi sekalian yang tahu akan nama Altantuya dan Razak itu masih hidup. Setelah sekaliannya mati, tiadalah lagi yang ingat akannya.
Gejala itu belum reda. Datang pula Laporan Ketua Audit Negara 2006. Tiada namanya dicatit. Tetapi sukar juga bagi namanya tidak sebut. Laporan itu mendedahkan satu kepincangan besar yang berlaku dalam pengurusan Kementerian Pertahanan termasuk dalam tempoh Najib jadi menterinya.
Antaranya tempahan enam buah kapal peronda untuk TLDM yang tidak diurus, dipantau dan dilaksana dengan baik hingga menbabitkan dana awam berjumlah RM 6.57 bilion. Audit tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan berjumlah RM943.46 juta kepada kontrektor dari Disember 1999 hingga Januari 2002 kerana baucer bayaran dan dokumen sokongannya hilang dari simpanan kementerian.
Rekod yang tiada baucer dikemukakan melibat bayaran serendah RM 6.69 juta pada 19 November 2001 hingga setinggi RM 222.06 juta pada Septemberi 2001. Enam kapal peronda itu sepatutnya selesai diserahkan pada April 2007. Tetapi baru dua saja yang diserahkan. Kerana kelewatan itu, anjur Audit, kontrator boleh didenda sejumlah RM214.01 juta.
Pendedahan Audit besar kesannya. Jika ia berlaku di Amerika riuh rendah Kongres menyoal Setiausaha Pertahanan. Dia akan dihadapkan kepada satu jawatankuasa khas senat. Kalau ia membabit seorang seperti Naib Presiden, bersedialah dipanggil. Apa jadi padanya tidak dapat diduga. Tetapi dengan publisiti yang diterimanya, sah dia tidak boleh jadi calon Naib Presiden lagi atau kalau Presiden sudah tamat tempoh, mustahil diterima jadi calon Presiden.
Kalau ia terjadi di Korea Selatan dan Jepun, selain dipinta penjelasan, dituntut pula meletak jawatan. Tidak mustahil dibawa ke mahkamah. Korea Selatan pernah memenjarakan dua orang bekas Presiden.Jika berlaku di China, alamatlah tak balik ke rumah untuk selama-lamanya.
Laporan Audit itu diserahkan ke Parlimen dalam sidang terbaru. Senyap saja hingga semut berbisik pun boleh kedengaran.
Begitulah baiknya orang Malaysia yang sudah 50 tahun merdeka. Tiada suara di Parlimen dan di luar Parlimen mempersoal kepincangan dalam Kementerian Pertahanan itu.
Di Indonesia juga begitu di zaman Suharto. Tiada yang bercakap tentang kepincangan pemrintah. Tetapi selepas Suharto tumbang, mereka tunggu kesihatannya elok sikit, mereka heret dia ke mahkamah dan mereka minta dikembalikan apa yang hilang.
Apakah Malaysia mahu menunggu pemimpinnya sudah berhenti dan sudah tidak berupaya untuk berbuat apa-apa lagi baru dibangkit kepincangan itu?
Najib terkenal dengan taktiknya yang tidak menjawab apa saja yang tubi terhadapnya. Dengan sikap berdiam diri itu tiada banyak kelemahannya terdedah dan dia berjaya mengatasi semua tohmah dengan begitu. Biarlah dia begitu. Tetapi ke mana perginya kemerdekaan dan rakyat yang merdeka. Dia perlu disoal dia dipaksa menjawab.
Mungkin dia tidak tahu dan mungkin dia tidak terlibat dengan apa yang dirasakan pincang itu. Tetapi tiada siapa yang percaya dia tidak tahu dan tidak terlibat. Ia membabitkan jumlah wang yang besar. Mungkin ketika urusan mencari kontrektor dan menempah kapal itu dia belum jadi menteri di situ. Tetapi apabila dia sudah jadi menteri di situ, dia mesti diberi maklumat dan dia mesti memantaunya.
Kapal peronda itu penting untuk pertahanan terutama ketika Amerika dan Singapura tidak percaya Malaysia dan Indonesia mampu mengawal keselamatan Selat Melaka. Penempahan kapal ronda itu betul, malah mungkin terlewat. Mendapatkan kapal itu mengikut jadual, walaupun lewat ditempah, tetap ia dapat menyempurnakan keperluan pertahanan.
Tetapi kalau yang siap hanya dua buah, bila empat buah lagi hendak diterima. Bila pesanan itu diterima kelak, mungkin TLDM memerlukan kapal peronda lagi.
Pendedahan pertama dari Audit itu membuktikan Menteri Pertahanan yang hendak menjadi PM gagal menyediakan keperluan tentera laut itu mengikut yang ditetapkan.
Ia sekadar dilihat dari tempahan yang tidak siap. Belum dilihat dari sudut kelengkapan pertahanan keseluruhannya. Adakah kita mempunyai persiapan pertahanan yang lengkap. Faktor ini dapat mengukur menteri pertahanan patut dikekal atau digantikan.
Kemudian kita sentuh bagaimana bayaran dibuat sedang tempahan belum dapat. Dan bagaimana mudah sangat kementerian bayar yang besar jumlah tanpa mengira kemajuan projek yang ditempah? Dan yang paling tidak dapat dipertahankan ialah bayaran dibuat tetapi baucernya hilang. Bukan satu dan bukan dua tetapi atas 14 kejadian. Jumlahnya adalah besar. Melibatkan ratusan juta.
Menteri tidak dapat mengelak dari menerima tanggungjawab. Bolehlah disoal pegawai-pegawai. Tetapi yang bertanggungjawab kepada pegawai-pegawai itu adalah menteri. Sebelum budak-budak itu disalahkan, salahkan menteri dulu.
Itulah kaedah yang terpakai dalam negara berkesan dan terkawal bagi mengelakkan pemimpin setiap yang terbaik, bertanggungjawab, bermaruah dan berwibawa.
Sebelum menjadi PM pastikan tiada kesilapan dan kesalahan semasa menjadi menteri. Bagaimana mahu menjadi PM yang baik kalau banyak yang lompong. Memang manusia itu tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan. Tetapi calon PM adalah yang tiada silap dan kelemahan. Dia mesti terbaik dan dia adalah contoh.
Malanglah bagi negara dan rakyat jika dipimpin oleh seorang yang jelas kelemahannya. Orang bermata satu layak jadi raja di negeri orang buta. Tetapi malang bagi rakyat yang celik berajakan orang yang bermata satu.

Wednesday, October 10, 2007

PERUTUSAN AIDIL FITRI - PEMUDA PAS


AIDIL FITRI LAMBANG KEMENANGAN

Pasti sahaja seluruh ummat Islam bergembira menyambut kehadhiran Aidil Fitri , setelah sebulan mereka melalui Intensif Ibadat Puasa yang diprogramkan oleh Allah swt untuk melahirkan insan yang bertaqwa .
Tidak ketinggalan , saya sendiri gagal menyembunyikan rasa gembira menanti detik syawal yang cukup indah dan memories dalam sejarah peradaban ummat Islam ini.
Justeru itu , saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Aidil Fitri buat Ibu dan Ayah yang kini berada di Kota Suci Makkah al Mukarramah , Isteri serta anak – anak yang kini genap 28 hari ditinggalkan sepanjang Ramadhan ( kerana tahun ini sebagaimana rutin , saya melakukan Kembara Ihya' Ramadhan ke seluruh Negara ) dan ucapan jua buat adik – adik tersayang , sahabat seperjuangan , kaum keluarga , rakan taulan , jiran tetangga bahkan seluruh muslimin dan muslimat .
Ucapan khas saya lampirkan buat Ayahanda Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan seluruh saf Pimpinan PAS Pusat , Ayahanda Tuan Guru Hj. Hashim Pondok Pasir Tumboh yang banyak mendidik diri ini sewaktu menjadi pelajar di sana , Yb. Salahuddin Ayub selaku Ketua DPP Pusat dan Mantan Ketua DPP Pusat Hj. Mahfuz yang kedua – dua mereka adalah antara mentor saya dalam perjuangan ini.
Semoga Aidil Fitri tahun ini , terus menjadi inspirasi yang memotivasikan perjuangan kita agar ia digerakkan dengan lebih gigih memburu kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah Qaadhi Rabbul Izzati.
Aidil Fitri Pengubat Duka
Biarpun dunia kini dirundung malang dengan pelbagai peristiwa pembantaian dan penyembelihan kuffar ke atas ummat Islam , kehadhiran Aidil Fitri menjadi pengubat duka lara yang sedang dialami oleh ummat Islam seluruh dunia hari ini .
Namun Aidil Fitri mampu mengubati duka ummah apabila ianya diraikan penuh penghayatan dan menepati objektif sambutan yang telah ditetapkan syara' .
Cuma malang apabila Aidil Fitri di negara kita tercemar dengan pelbagai aktiviti maksiat dan hiburan keterlaluan yang meleka dan melalaikan ummat . Bukan sahaja mereka tidak mampu menghayati nilai Aidil Fitri dan penderitaan yang sedang dihadapi oleh sebahagian ummat Islam yang lain , bahkan mereka tidak mampu untuk membesarkan Allah dengan kalimah takbir yang dilafazkan pada pagi Aidil Fitri .
Segalanya retorik ! , sandiwara ! dan cukup memalukan Islam.
Saya masih ingat Aidil Fitri yang saya lalui pada tahun – tahun 70 – 80 an , kala itu Aidil Fitri masih meriah dan hidup dengan semangat ukhuwwah dan ziarah sambil diiringi gema takbir yang sungguh syahdu dan membangkitkan keinsafan serta kesedaran .
Suasana meriah penuh seri dengan keriuhan menyambut tetamu yang mengunjung dan situasi itu menjadi lebih bermakna apabila mereka saling bertukar – tukar hadiah dan juadah raya.
Hiburan Aidil Fitri kala itu ialah keriangan kanak – kanak yang sibuk memperagakan pakaian baru .
Hubungan kekeluargaan juga menjadi kian erat dan mesra. Sejurus selesai solat Aidil Fitri , tangan ibu dan ayah adalah yang pertama digapai untuk memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap . Suasana menjadi sedu dan pilu dalam tangisan sang anak yang memohon ampun dari kedua orang tuanya.
Berurutan suasana sedemikian , kita akan dapati kebanyakkan keluarga akan turun pula menziarahi kubur . Sekurang – kurangnya mengingatkan mereka kepada peristiwa kematian .
Nostalgia Aidil Fitri.
Namun segalanya kini menjadi nostalgia. Terlalu sukar untuk melihat suasana serupa. Sebaliknya apa yang berlaku dewasa kini , hari – hari Aidil Fitri hanya dipenuhi dengan aktiviti menonton movie dan drama yang telah diiklankan sejak awal Ramadhan lagi.
Ziarah dan ukhuwwah kian berkurangan , malah ahli keluarga turut renggang . masing – masing dengan agenda hiburan masing – masing.
Anak – anak rasa malu untuk merangkul tubuh ibu tua mereka guna memohon ampun di pagi Aidil Fitri . Malah sebahagian mereka hanya leka dengan permainan game dan konsert – konsert Aidil Fitri yang ditayang secara langsung mahupun siaran ulangan .
Kembalikan Nilai Aidil Fitri .
Saya mengharapkan agar kita kembali menghidupkan Aidil Fitri dengan sistem nilainya yang asal dan tulen . Bermula dengan Penghayatan terhadap Kalimah Takbir yang dilaungkan guna membesarkan Allah dan melahirkan ketundukan serta kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah swt. hinggalah kepada pengisytiharan kehancuran tentera Ahzaab oleh Kekuasaan Allah Azza wa Jalla.
Aidil Fitri menjadi kesempatan untuk kita mempertautkan kembali saf ummah yang kian retak melewati batas perbedaan politik dan fahaman. Membina motivasi dari lakaran kemenangan silam ke arah menggaris langkah mengulangi kemenangan gemilang.
Akhirnya sekali salam Aidil Fitri dari saya buat semua agar perjuangan kita kian semarak.
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Tuntut pilihan raya adil - Perhimpunan Rakyat 10 November ini di Dataran Merdeka

(Photo hiasan)

Intan Abdullah Tue Oct 09, 07 3:13:33 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan satu perhimpunan raksasa yang dinamakan perhimpunan rakyat pada 10 November ini di Dataran Merdeka.

Dalam satu pengumuman yang dibuat pada sidang media hari ini, Bersih dijangka akanmengadakan perhimpunan tersebut bermula jam 3 petang.
"Perhimpunan tersebut seterusnya akan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum tuntutan rakyat kepada Yang Di Pertuan Agong untuk menyuarakan hasrat rakyat untuk menjalani pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang terkandung di dalam tuntutan Bersih sebelum ini," ujar wakil Jawatankuasa Bersih di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.

Menurut Jawatankuasa Bersih, Sivarasa Rasiah, ia juga sebagai satu ketetapan yang telah diambil oleh mereka yang menjangkakan bahawa pilihan raya umum ke-12 akan diadakan seawal November. "Kami membuat telahan tersebut berdasarkan situasi Umno-BN yang kini berada keadaan terdesak, setelah melalui dua insiden yang menekan mereka iaitu peristiwa berdarah di Batu Buruk serta pendedahan video klip rasuah peguam dan hakim negara," jelasnya. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ujarnya mungkin akan membuat pengumuman tarikh PRU 12 lebih awal untuk mengeluarkan diri mereka daripada tekanan-tekanan tersebut sepertimana yang dibuat oleh PM sebelumnya pada PRU 1999.
"Ia adalah suatu jangkaan kritikal dibuat Bersih berbeza dengan beberapa tekaan yang dibuat oleh beberapa parti politik sebelum ini," ujar AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula,
Tindakan mengadakan perhimpunan tersebut adalah rentetan daripada resolusi Konvensyen Rakyat beberapa bulan yang lalu.

Koordinator Badan Penggerak Demokrasi Rakyat, Anuar Tahir berkata tarikh pilihan raya bukan suatu fokus yang utama bagi Bersih sebaliknya tuntutan reformasi rakyat terhadap perjalanan pilihan raya perlu terus dihidupkan.
"Kerana ia mungkin akan mengundang kecurangan dalam PRU 12 sebagaimana yang berlaku dalam PRU 2004 yang lalu," jelasnya.

Penganjur juga ujarnya sedang berusaha menyelesaikan urusan mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut, serta telah menggerakkan ahli-ahli parti atau pertubuhan yang bergabung dalam gabungan tersebut bagi menjayakannya.
"Kami juga telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan risiko yang bakal berlaku nanti," tambah Sivarasa.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama Bersih turut memaklumkan bahawa mereka akan mnghantar surat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung isu tragedi berdarah di Batu Buruk pada 8 September lalu.
"Setelah mengadakan mesyuarat hari ini, kami membuat keputusan untuk menghantar surat kepada Suhakam mengenai permintaan kami agar diadakan satu siasatan menyeluruh terhadap tragedi tersebut memandangkan Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam telah membawanya ke mesyuarat mereka semalam," ujarnya.
Bersih berharap akan mendapat keputusan yang positif daripada hasil mesyuarat tersebut, seterusnya membawa kepada tindakan bersepadu supaya perkara tersebut tidak akan berulang.

"Malangnya, media arus perdana sengaja memainkan taktik 'kewartawanan jahat' yang sentiasa diulang tayangan menyebabkan persepsi buruk rakyat kepada Bersih dan parti pembangkang," tambah Dr Dzulkefly. Bersih menyatakan kekesalan dan menyelar tindakan parti pemerintah yang menggunakan media arus perdana sebagai jentera menyebarkan propaganda jahat serta kempen untuk merosakkan imej parti-parti pembangkang. - mr

Monday, October 8, 2007

BUSH GAGAP DAN DIMALUKAN

Beginilah keadaannya BUSH Laknaktullah yang dimalukan Allah S.W.T hingga tidak mampu berkata-kata dan hilang punca ketika sedang rancak berucap di khalayak ramai...

Click @ play

Thursday, October 4, 2007

Wednesday, October 03, 2007

Sebahagian foto yang dikirim kepada saya ,
menceritakan Peristiwa ar Raafiq

Sejurus tiba di perkarangan Surau Ar Raafiq Seksyen 7
Kota Damansara untuk membentangkan perbahasan
mengenai Feqhud Daulah.

Sebahagian algojo JAIS siap meluru ke kawasan Surau Ar Raafiq

untuk mengambil tindakan ke atas saya.


Sebahagian anggota Polis beruniform yang turut di kerah

untuk melaksanakan misi menangkap saya.


Antara buruh kasar JAIS yang agak tegas mahukan program

Tafaqquh Fid Deen di Surau Ar Raafiq di Batalkan.

Tuesday, October 2, 2007

IKLAN DISINI

SOLAT LAH DENGAN SEGERA SEKALI PUN ANDA SEDANG SIBUK...


CAMPAKKAN BN DI TEMPAT SEPATUTNYA PADA PRU 12 NANTI...

Oleh;
Kay Ree - Ketua Lajnah Pelajar- DPP Pekan





Kisah Jais gagal tangkap Ustaz Nasrudin di bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Kisah siri tangkapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap pendakwah-pendakwah yang menyampaikan ilmu Allah tidak pernah putus dalam diari mereka walau di bulan Ramadan sekalipun.

Kali ini, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi hampir-hampir menjadi mangsa kerakusan golongan yang tidak ingin melihat tersebarnya ilmu Allah di bumi Selangor. Untuk mendapatkan penjelasan setepatnya, berikut Harakahdaily melampirkan catatan peribadi beliau mengenai senario yang berlaku pada hari kejadian:
Tiga hari sebelum saya dijadualkan untuk membentang Muqaddimah kitab Feqhud Daulah karangan Dr Yusuf al Qaradhawi pada Majlis Tafaqquh Fid Deen di Surau ar Raafiq di Seksyen 7 Kota Damansara , saya telah menerima tidak kurang 10 maklumat melalui sumber yang berauthoriti dan juga sms bahawa pihak Jais akan menangkap saya di surau tersebut.
Sehari sebelum jadual itu berlangsung (iaitu pada 29 Sept 2007 /Sabtu), pihak penganjur telah menghubungi saya bagi mengesahkan laporan bahawa saya akan ditangkap oleh Jais jika menghadiri program Tafaqquh Fid Deen keesokkan harinya jam 9.00 pagim adalah laporan yang benar dan tepat.
Pihak penganjur cuba mendapatkan keputusan dari saya, apakah saya akan hadir atau tidak ?
Saya menegaskan bahawa program Tafaqquh Fid Deen mesti diteruskan dan saya pasti akan hadir.
Pihak Jais tidak sepatutnya mengambil langkah sedemikian kerana terlalu banyak kerja yang boleh mereka lakukan terutama pada Ramadan ini, seperti menangkap golongan yang tidak berpuasa dan makan pula di khalayak ramai.
Jika tindakan Jais itu adalah bertujuan untuk menakutkan saya agar tidak menyampaikan ilmu agama ini kepada masyarakat, ternyata tindakan Jais itu sia - sia malah tidak sedikit pun menjejaskan reputasi saya sebagai seorang pejuang insya-Allah .
Kalau langkah Jais adalah untuk mengawal perkembangan agama dan penceramah memerlukan tauliah untuk menyampaikan ceramahnya, maka saya merasakan tindakan menangkap penceramah bukan cara atau langkah yang bijak dan bertamadun.
Berkali-kali penganjur mengingatkan saya bahawa maklumat rancangan Jais untuk menangkap saya adalah suatu yang serius kerana ia datang dari sumber yang dipercayai.
Berkali juga saya memberi penegasan kepada penganjur bahawa saya akan tetap hadir kerana ia adalah kewajipan saya dan saya tidak nampak tindakan saya itu adalah salah. Kerana sebelum daripada ini, saya telah menyampaikan ceramah hampir seluruh surau di negeri Selangor dan saya mendapat 'feed back' yang positif tanpa sebarang masalah apalagi membawa perpecahan di kalangan masyarakat ummat Islam.
30 September 2007
Saya tiba di Surau ar Rafiiq sekitar jam 9.30 pagi tanpa sebarang senjata melainkan sebuah kitab Feqhud Daulah untuk saya bentang.
Para hadhirin telah lebih awal memenuhi ruang surau tersebut dan majlis telah bermula di bawah pimpinan Ustaz Nasir Zakaria, seorang guru agama dan pendakwah yang bertauliah di negeri Selangor.
Saya dimaklumkan bahawa SB dan beberapa orang yang tidak dikenali serta sangat mencurigakan telah berada di dalam surau . Saya terus melangkah penuh yakin dan tenang membuat perkiraan terhadap kemungkinan apa yang akan berlaku di saat itu.
Apabila saya telah berada di dalam surau , saya mendapat maklumat dari penganjur bahawa anggota Jais sekitar 30 orang telah masuk ke kawasan surau. Lagak mereka langsung tidak menampakkan mereka adalah penguasa agama, sebaliknya laksana gengster menuju medan pergaduhan .
Pihak Penganjur meneruskan program seperti biasa dengan Ustaz Nasir selaku penceramah dan pendakwah yang bertauliah terus memberi ceramahnya sekitar tajuk Feqhud Daulah.
Format yang menarik
Setengah jam kemudian, Ustaz Nasir menamatkan kuliah beliau dan membuka majlis kepada soal jawab mengenai Feqhud Daulah. Format ini dilakukan kerana saya tidak dibenarkan untuk menyampaikan kuliah dan ianya berkuatkuasa serta merta kerana akur kepada Jais yang tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.
Para audien mengambil kesempatan untuk terus mengajukan soalan mengenai Feqhud Daulah kepada Ustaz Nasir yang memimpin majlis Tafaqquh Fid Deen pada hari itu.
Ustaz Nasir, sejurus menerima pelbagai soalan tidak berlengah untuk terus menjawab segala soalan dengan tenang.
Sementara keadaan di luar agar hingar dengan perbincangan dan perancangan untuk terus menangkap saya, sedang saya masih berada saf hadapan dalam majlis tersebut.
Tiba - tiba Ustaz Nasir membuka kepada audien jika ada sebarang penambahan terhadap jawapan yang telah beliau berikan. Mungkin kerana menyedari kehadhiran agak ramai ulama muda seperti Ustaz One G , Ustaz Riduan Ismail malah Ustaz Zaharudin turut kelihatan dalam majlis tersebut.
Ustaz One G yang berada betul-betul di belakang saya mengisyaratkan agar saya ambil bahagian untuk menambah 'point' jawapan yang telah diberikan oleh Ustaz Nasir.
Ustaz Izwan selaku pengerusi majlis, spontan menyerahkan microfon kepada saya .
30 minit ulasan
Saya terus mencapai pembesar suara lalu menambah 'point-point' penting mengenai Feqhud Daulah sebagai jawapan tambahan kepada soalan yang dikemukakan.
Setelah 30 minit saya menjawab, saya mengembalikan pembesar suara kepada pengerusi. Majlis kian rancak dengan pelbagai soalan diutarakan oleh audien .
Ustaz One G turut ambil bahagian menjawab, demikian juga Ustaz Riduan Ismail untuk memeriahkan lagi majlis Tafaqquh Fid Deen.
Malah saya sendiri tidak terkecuali untuk terus memberi komitmen menghidupkan majlis ilmu yang cukup unik pada hari itu dengan terus melontarkan idea dan ilmu yang ada buat pengetahuan dan maklumat kepada semua yang hadhir.
Keseluruhan slot yang saya guna untuk menambah point atas jawapan yang diselia oleh Ustaz Nasir Zakaria yang juga seorang guru bertauliah pada pagi itu, pada anggarannya melebihi tempoh satu jam.
Saya puas hati dengan format baru ini walaupun bukan saya yang memimpin majlis kerana menghormati pihak Jais yang tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.
Suasana di luar semakin kalut
Beberapa orang saksi memaklumkan bagaimana pihak yang cuba untuk menangkap saya berada dalam keadaan 'blur' dan dilema setelah didapati bukan saya yang menyampaikan kuliah sebaliknya Ustaz Nasir Zakaria yang memberi kuliah.
Saya hanya menambah beberapa 'point' atas permintaan dan di bawah selia Ustaz Nasir seorang penceramah yang bertauliah.
Tapi jelas kelihatan dari kegelisahan dan gerak geri mereka , mereka mahu tangkap juga saya pada hari itu , dan kelihatan sekitar 20 orang anggota polis beruniform telah masuk ke kawasan surau .
Sementara majlis telah berada di penghujung, jam telah menunjukkan pukul 11.30 pagi.
Keadaan di luar surau bagai dikepung oleh Jais, Polis dan SB.
Seorang saksi menelefon saya memberi anggaran lebih 100 orang yang bersedia untuk menangkap saya pada saat itu.
Saya tidak mahu mengalah
Pihak penganjur mula meminta saya keluar, tetapi saya enggan keluar sehinggalah majlis selesai, kerana saya merasakan saya tidak bersalah.
Saya faham benar langkah yang diambil oleh penganjur. Mereka tidak mahu saya ditangkap. Mereka tidak mahu pemimpin mereka ditangkap oleh pihak yang tidak demokratik dan bertamadun itu.
Ya, saya memahami hal itu, malah jika saya selaku penganjur, saya juga akan menyelamatkan pemimpin saya dari diapa-apakan oleh tangan kotor yang tidak bermaruah itu.
Tetapi saya tidak mahu mengalah kerana saya berada di pihak yang benar. Apakah salah saya menyampaikan ilmu ? kalau ilmu yang saya sampaikan itu salah , mereka ada rakaman, mereka ada SB yang dihantar untuk mencatit, mereka boleh dakwa saya di mahkamah tanpa perlu menyerbu dan menangkap saya dengan menggunakan kekuatan anggota polis sebegitu ramai.
Saya terus berada dalam majlis tersebut sehingga ianya selesai. Saya lihat pihak penganjur mula bimbangkan keselamatan saya. Saya menenangkan mereka.
Saya tidak bimbangkan kekuatan manusia yang hanya dikerahkan untuk menghalang kegiatan makruf sedang mereka membiarkan sahaja pelacur selesa beroperasi biarpun di siang Ramadan, malah saya melihat sebuah gerai yang beroperasi memberi makan kepada mereka yang tidak berpuasa, tidak jauh dari tempat program tersebut.
Kenapa Jais tidak menangkap mereka sebalik merancang untuk menangkap saya? Atau mereka bertindak atas arahan orang-orang tertentu? Apakah Jais hanya menjadi alat orang politik yang terdesak untuk mengekalkan pengaruh politik mereka?
Sejurus majlis selesai
Saya terus berada dalam majlis sehinggalah majlis tersebut selesai dan saya terus bangun untuk keluar menuju kereta yang disediakan oleh penganjur untuk menghantar saya pulang ke pejabat saya.
Semasa saya melangkah keluar, 4 atau 5 orang unit keselamatan pihak penganjur mengiringi saya keluar melalui pintu depan dan terus menuju ke kereta.
Alhamdulillah, takdir Allah SWT. sebegitu ramai anggota Jais dan Polis yang mengepong , mereka tidak perasan saya meninggalkan majlis dan terus pulang ke pejabat saya.
Dalam perjalanan saya ke pejabat, saya dihubungi oleh seorang rakan bagaimana pihak Jais dan Polis menyerbu naik ke atas surau setelah menyedari majlis telah tamat untuk menangkap saya dan mereka terpinga - pinga melihat saya telah tiada.
Mereka mengeledah 4 penjuru surau dan mereka terus mengepung surau dan mencari di persekitaran surau .
Mereka menyangka saya menyorok di mana-mana. Malah kelihatan sebahagian dari mereka yang marah-marah kerana gagal menangkap saya.
Ada yang mungkin sebelum menyamar pakai kupiah, mencabut kupiah lalu menghempasnya ke bumi penuh kecewa kerana gagal menangkap saya, ada yang meludah marah penuh kecewa.
Saya hanya tersenyum mendengar laporan kawan saya melewati telefon. Apa yang lucu, mereka turut mengekori mana-mana kenderaan yang keluar dari surau tersebut.
Bimbang kalau-kalau saya berada dalam kereta tersebut. Mereka mencari kenderaan saya, mereka bagai tidak percaya saya berjaya lolos dari kepungan mereka.
Saya teringat firman Allah SWT; Mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang. - ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

Hj Nasrudin Hassan TantawiTimbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Monday, October 1, 2007

UMNO BERPOLITIK DENGAN JEMAAH HAJI 1428H !!!!!!!!!

Oleh ..abu amin al arawi (mantan setiausaha DPP, Pekan)

Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini telah bermulalah satu episode yang sengaja dirancang dengan rapi oleh UM..NO . Semoga dengan usaha ini kononnya dapat mempengaruhi jemaah haji untuk kekal selama-lamanya bersama UMNO , dulu kini dan selamanya katakanlah ..

Siapa yang mengeluarkan kenyataan supaya gantung saja politik dipagar masjid !!

Siapa yang mengatakan politik suku agama suku !!

Siapa yang celupar mulutnya bahawa politik tiada dalam islam !!

Siapa yang tidak mahu mengaku bahawa politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam !!

Siapa lagi kalau bukan UMNOO dan yang sewaktu dengannya ..??

Kini bila semakin tiba Bulan Haji ..UMNO mula mengambil kesempatan ini antaranya mengedarkan barang-barang keperluan haji bersama lambang keramatnya yang mungkin menunggu masa untuk dikebumikan dlm PRU akan datang , insya allah asalkan kita memenuhi pra syarat kemenangan dalam perjuangan Islam.

Sedarlah Wahai Saudaraku yang masih dibuai mimpi bersama UMNO, Para pemikir Barat tidak sepakat dalam memberikan definisi agama, masing-masing menyifatkan agama dari sudut yang berbeza-beza. Hal ini menyebabkan kefahaman mereka terhadap agama dangkal dan tidak adil terhadap Islam. Dalam Encyclopedia of Philosophy, philosof-philosof terkenal memberikan definisi masing-masing, ada yang mengatakan agama itu tidak lebih daripada konsep morality/ akhlak, ada juga yang mengatakan agama itu sesuatu yang menyentuh hal-hal ruhaniyyah/spiritual sahaja, ada pula yang mendefinisikan agama dengan ritual/upacara penyembahan.

Manakala Ciri - ciri Ibadah dalam Islam menurut Dr Yusuf Al Qaradhawi :

1. Perhubungan manusia dengan Tuhan adalah secara terus - tidak memerlukan perantaraan sebagaimana ajaran Kristian. Allah sahaja hukum, tempat mengadu dan meminta ampun.

2. Peribadatan tidak terkongkong di tempat-tempat tertentu.

3. Ruang ibadah di dalam Islam sangat luas - meliputi setiap aktiviti kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan adalah ibadah sekiranya cukup syarat.

Saudaraku dlm UMNO ..masuklah ke dalam agama Allah seluruhnya dan jangan dipisah-pisahkan ruang ajaran Islam ini . Gunakanlah kesempatan berada dalam Ramadhan Al Mubarak ini untuk menilai kembali adakah kita layak digolongkan dalam Golongan Muttaqin atau sebaliknya.

Semoga Lambaian Laillatul Qadar kali ini bakal membentuk syakhsiah insane ke jalan yang lurus. Amin Ya Rabbal ‘alamin.


IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH