" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Monday, December 17, 2007

KEDIAMAN RASMI UNTUK MANGSA BANJIR, TOK GURU BOLEH BUAT, NAJIB CAMANA?

KOTA BHARU, 16 Disember (hrkh) - Mungkin tidak berlaku di tempat lain, namun ianya berlaku di negeri Kelantan, apabila Menteri Besarnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadikan kediaman rasminya JKR 10, sebagai tempat perpindahan mangsa banjir.

Seramai 265 orang dari 69 keluarga telah bermalam di dewan kediaman rasmi Menteri Besar, yang terletak di Kampung Sireh sejak tiga hari lalu.

Rumah rasmi tersebut sudah dua kali dijadikan tempat perpindahan mangsa banjir di mana buat kali pertamanya pada tahun 2004.
lanjutan :...
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=5169

Di Pekan, banjir besar yang menghampiri banjir tahun 1970 telah mengingatkan noltalgia bonda dan ayahanda ketika mereka menghadapi ujian tersebut. Keadaan sedikit panik berlaku di Pekan. Pasaraya diserbu, bekalan makanan seperti beras, minyak masak, telur, tepung, gas memasak hampir habis dijual dan ada sebahagiannya telah habis stok. Petrol dan diesel dah hampir 3 hari kehabisan bekalan. Rakyat mula merasai keperitan ini, Najib nampaknya sibuk juga kehulu kehilir terbang dengan Hellinya melihat keindahan Darerah Pekan digenangi banjir dari sudut awan biru dan sekali sekala hinggap di singgahsana mangsa banjir bagi mengucapkan salam dan memenuhi ruang berita TV3 dan RTM nanti.
Itulah fenomena di Pekan, banjir kali ini sangat mengejutkan. Katanya akan berlaku banjir Fasa 2 pada 21hb. Disember kerana pada hari tersebut akan berlaku air laut pasang besar. Dan jika banjir berterusan hingga 25hb. Disember, pasti akan menjadi lebih buruk lagi kerana pada hari tersebut dianggarkan laut akan pasang setinggi 3.8meter, catatan yang jarang berlaku.
Sanggupkah Najib berkorban untuk pengundinya? Kenapa tidak menggunakan kediaman beliau di Peramu Jaya sebagai tempat pemindahan mangsa banjir, adakah Rosmah sanggup memberi layanan kepada mangsa banjir seumpama tetamu yang bertandang kerumah? Najib perlu buktikan ambil berat beliau kepada pengundi di Pekan kerana telah banyak membantu mengekalkan kedudukan beliau sekarang. Sekalipun majoriti hampir 7ribu datangnya dari Kem Batu 10, Kuantan dan kem orang Kedah di Sungai Miang.
Ramai yang merasa hairan, kurangnya penglibatan NGO dan sektor korporat ketika banjir di Pekan dan Pahang amnya. Adakah Pahang bukan lubuk projek berbanding Johor yang jauh lebih maju dan banyak peluang perniagaan? Langsung takde publisiti, berbeza sungguh ketika Johor banjir besar...itu semua Najib kena selidik kenapa dan bagaimanan silapnya.
Ayuh kita lihat..adakah pengundi Pekan akan bersabar dengan ujian ini. Perihal banjir membawa 3 makna iaitu ;
1. Ujian Allah bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Menjadi kemenangan bagi mereka yang sabar.
2. Penghapus dosa bagi mereka yang sabar.
3. Bala bagi mereka yang ingkar dan kekal melalukan dosa.
bersambung nanti dengan photo menarik...

Sunday, December 9, 2007

CUBAAN PENAHANAN MAT SABU - NAJIB & MUSARAF 2 X 5

Penangkapan Mohamad Sabu adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada dunia kafir bahawa Malaysia sanggup menahgkap semua orang termasuk pejuang Islam . Ini telah di sebut dalam interview Najib semalam di mana beliau berjanji akan bertindak kepada semua termasuk pejuang Islam di Malaysia. Mungkin dengan mempenjara dan menzalimi pejuang islam , Malaysia dapat simpati masyarakat Kafir antarabangsa. Ini pernah dilakukan oleh Musharaff , pemimpin terkutuk ajen USA di Pakistan. Adakah Najib mahu menjadi Musyaraf celaka itu ?

Berita penangkapan Muhammad Sabu adalah pengishtihar penentangan terhadap inspirasi
Ummat Islam di Malaysia ini untuk mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan islamik di Malaysia. Muhammad Saboo hanya melaksanakan tugas pemimpin ummat Islam untuk memastikan negara ini adil , islamik dan bertanggunjawab dalam semua hal samaada pilihanraya bersih , kes kecurian duit rakyat atau menipu ummah. Kalau beliau di tangkap bermakna kerajaan BN dan UMNO telah menangkap dan mengkhianati semua ahli keluarga ummah Islam.Penangkapan Mohamad Sabu adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada dunia kafir bahawa Malaysia sanggup menahgkap semua orang termasuk pejuang Islam . Ini telah di sebut dalam interview Najib semalam di mana beliau berjanji akan bertindak kepada semua termasuk pejuang Islam di Malaysia. Mungkin dengan mempenjara dan menzalimi pejuang islam , Malaysia dapat simpati masyarakat Kafir antarabangsa. Ini pernah dilakukan oleh musharaff , pemimpin terkutuk ajen usa di Pakistan. Adakah Najib mahu menjadi Musyaraf celaka itu ?Inilah dasar keparat UMNO yang sentiasa menzalimi ummat Islam untuk menunjukkan kepada dunia , kehebatan mereka di mata orang kafir antarabangsa. Mereka tidak berdaya untuk menghadapi ancaman Hindu Militan dan sekarang beralih kepada mendera pejuang islam sebagai tempat menunjukkan kekuatan. Ini pernah berlaku berulang kali dalam sejarah kerajaaan BN keparat yang menangkap pejuang Islam dalam operasi Lalang dan menembak mati orang PAS di Memali. Pengkhianatan Memali belum pun di beri pengadilan yang adil , datang pula siri penankapan 2007.Jika UMNO memang berani dan handal menghadapi ancaman Hindu militan maka silakan dengan syarat ia tidak menzalimi orang India yang menjadi rakyat yang baik. Penangkapan pemimpin PAS Mohamad Sabu bertujuan untuk menunjuk kepada kerajaaan kafir India dan USA bahawa , look , kita juga menangkap dan menzalimi anak bangsa sendiri. Kalau Bersih adalah isu nya maka di tegaskan disini bahawa BERSIH tidak ada kena mengena dengan Hindraf. Kebangkitan rakyat untuk menegakkan sistem piliharaya yang telus tidak perlu kepada kebenaran UMNO atau BN untuk berdemonstrasi. Rakyat lmeaksanakan tugas mereka sebagai mengawal negara ini tanpa perlu mendapat kebenaran dari kerajaan yang zalim.Ummat Islam akan meneliti perkembangan penangkapan pimpinan PAS Mohamad Sabu dan akan melihat adakah ia akan merebak kepada pimpinan yang lain. Jika penangkapan Mohamad Sabu ada lah bermulanya tiupan trumpet perang satu penindasan besar besaran terhadap ummat Islam di Malaysia maka kita mahu memberitahu segelintir mereka yang ingin memperhambakan ummat islam di bawah keganasan mereka dengan satu ungkapan yang ringkas' Allah lah yang menjatuhkan dan menaikkan sesuatu kerajaan dengan tangan mereka mereka yang beriman' Allah Hu AkbarPijak NGO Islam Al Muslimin menentang keras usaha kerajaan BN menggunakan ummat Islam untuk mendapat pengiktirafan masyarakat Kafir Dunia bagi justifikasi tindaktanduk zalim mereka terhadap rakyat

Friday, December 7, 2007

MALAM KESENIAN ISLAM

5hb. Disember, Rabu Malam Kesenian Islam anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan dengan kerjasama Surau Al Ehsan Sepekan Jaya dan Adnin Consultant telah berjaya diadakan. Kehadiran artis Nazrey Johani ( X-Raihan) dan Ustaz Akwan telah berjaya menghidupkan program yang julung kali diadakan oleh PAS Kawasan Pekan. Kehadiran anak kecil Nazrey Johani yang sama-sama bernasyid bersama ayahnya telah memikat lebih 1,000 penonton pada malam itu.

Dalam keadaaan cuaca yang agak mendung dari pagi Rabu tersebut dan pada malamnya hujan sekejap-sekejap namun kehadiran amat dibanggakan. Program dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kassim bin Abdul Manaf.

IKUT KAMI DISINI..