" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Sunday, September 28, 2008

IFTAR JAMAEI DPP KAWASAN PEKAN

17 Ramadhan 1429 Hijrah, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan telah berjaya mengadakan program Iftar Jamaei bersama PAS kawasan Pekan bertempat di Surau Al Ehsan Sepekan Jaya Pekan.

Program bermula pagi dengan gotong royong memasak jamuan berbuka dengan kehadiran ramai ahli Pemuda dan ahli PAS kawasan Pekan. Seekor lembu sumbangan ahli telah dikorbankan untuk jamuan pada malam tersebut.

Pada jam5.30 petang, majlis ini diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada golongan kurang upaya dan miskin. Sumbangan ini datang dari tabung PAS Kawasan Pekan dan Nisa' Pekan. Lebih 40 keluarga menerima sumbangan tersebut.

Sekitar Jam7.00 malam, kehadiran peserta iftar jamaei menjangkau lebih 30o orang dan keadaan agak sesak ketika pengambilan makanan. Namun Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan yang bertanggungjawab kepada urusan jamuan berjaya mengawal keadaan dan jamuan berbuka puasa tersebut berjalan dengan lancar dan teratur.

Pada sebelah malamnya, solat magrib dan isya' serta sunat terawikh diadakankan. Dan majlis berakhir dengan Tazkirah Ramadhan yang sangat menarik disampaikan oleh Pemangku Dewan Pemuda PAS Negeri Ustaz Suhaimi Saad. Penyampaian dalam bentuk LCD dan slide sungguh menarik dan memaku ramai ahli jemaah yang pernah melihat pembentangan kuliah atau tazkirah dalam bentuk lebih moden dan canggih. Ustaz Suhaimi berjaya membawa ahli jemaah membuka minda ahli Jemaah yang terdiri dari pelbagai kumpulan masyarakat tentang kerja buat kerajaan BN yang terpesong dalam pentadbiran negara kita.






No comments:

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH