" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Tuesday, January 29, 2008

KUNJUNGAN MU MENYUNTIK SEMANGAT !

Sabtu, 19 Januari 2008 / 10 Muharam 1428 Hijrah, satu program Jelajah presiden PAS Keseluruh Negara peringkat negeri Pahang telah diadakan di Dataran MTD Peramu Jaya, Pekan Pahang. Rombongan Presiden terdiri daripada Presiden Tuan Guru Dato' Hj Abdul Hadi bin Awang diiringi oleh Timbalan Presiden Ustaz Nasarudin bin Mat Isa juga sdr. Mahfuz Omar. Barisan Pimpinan negeri terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Pahang, Al Fadhil Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Ustaz Abu Kassim Manaf YDP PAS Kawasan Pekan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasarudin dan barisan exco PAS Negeri dan Pemuda Negeri dan AJK PAS Kawasan-kawasan dan rombongan mereka yang dianggarkan lebih 2,000 pada petang tersebut.

Ucapan Sdr. Mahfuz, Timbalan Presiden sangat memanaskan suasana dan diikuti pula ucapan dan amanat Presiden yang penuh semangat dan membuat semua yang ada pada majlis tersebut khusyuk dan terpegun.

Memori kehadiran Presiden ;



Friday, January 25, 2008

Al Fatihah

Sunday, January 13, 2008


Alhamdulillah , sekitar jam 10.10 mlm ( 12. January . 08 / sabtu ) jenazah al Marhumah Azizah bt Mat Zin ( bonda kepada Ustaz Fadhil Mohd Noor bin Abdul Karim al Yamani ) selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Chini Timur.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas al Marhumah dan menggolongkannya dikalangan hamba-hambaNya yang soleh .

Al Marhumah adalah antara muslimat yang gigih berjuang bersama gerakan Islam ini demi mendaulatkan syariat Allah swt. di bumi tercinta. Malah beliau juga sangat dikenali dikalangan masyarakat setempat dengan sikap ramah dan mudah mesranya.

Al Marhumah kembali ke rahmatillah di atas pangkuan anak lelakinya yang sulong Al Fadhil Ustaz Ariff ( bekas AJK DPP Kawasan Rompin ) sedang beliau menerima rawatan kecemasan di klinik yang berdekatan dengan tempat kejadian ( kemalangan ) sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar.

Al Marhumah dalam perjalanan pulang ke Kedah bersama anaknya ( ustaz Ariff ) dengan menaiki Bas Ekspres . Mereka singgah di sebuah Masjid berhampiran Bagan Serai untuk menunaikan solat subuh . Sejurus selesai solat subuh , al Marhumah kembali untuk menaiki Bas Ekspres bagi meneruskan perjalanan. Secara kebetulan beliau singgah di sebuah gerai untuk membeli kuih sebagai bekal sarapan pagi tersebut.

Sewaktu memilih kuih , al Marhumah teringat cermin matanya tertinggal di Masjid lantas beliau terus kembali ke Masjid untuk mengambil cermin matanya dan pada masa itulah datang sebuah kereta dan terus melanggar al Marhumah sehingga al marhumah yang masih dalam keadaan berwudhu' melambung ke udara dan jatuh dalam keadaan yang sangat parah. Sementara kereta tersebut terus memecut laju dan menghilangkan diri .

Al Marhumah yang mengalami pendarahan yang teruk dibahagian kepala , menghembuskan nafasnya yang terakhir sejam kemudian di klinik sebelum di bawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani prosuder biasa .

Jenazah kemudiannya diuruskan serta dibawa pulang ke Felda Chini Timur dan sampai sekitar jam 6 petang.

Sewaktu insiden ini berlaku , saya berada di Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai persiapan untuk meeting bulanan pada jam 10 pagi sementara Ustaz Fadhil Noor pula sedang menyampaikan kuliah subuh di Ampang .

Kami berdua , sebaik sahaja menerima berita kemalangan tersebut , terus berkejar ke Parit Buntar , tetapi alhamdulillah tidak lama kemudian kami dapat berita bahawa jenazah telah dibenarkan untuk dibawa pulang ke Chini Timur ,
lalu kami patah balik dan menunggu mereka di hentian Genting Sempah .

Alhamdulillah , Kami bagi pihak keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat memudahkan urusan kami dan memberi sokongan kepada kami menghadapi saat seperti ini.

Terima kasih Dewan Pemuda PAS Perak , Parit Buntar dan semua yang hadhir menyempurnakan solat jenazah pada malam tersebut.

Kami adik beradik juga alhamdulilah , dapat membuat pembaharuan dalam keluarga dan masyarakat apabila majlis pengebumian yang biasanya berakhir dengan talqin tetapi kini formatnya ditukar secara perlahan - lahan tanpa menyentuh sentimen masyarakat dengan kami membahagikan majlis kepada tiga.

Pertama ialah Tazkirah dan ianya disampaikan oleh saya sendiri guna mengingatkan semua yang hadhir dan masih hidup agar membuat persiapan dan persediaan menghadapi satu peristiwa yang pasti akan dihadapi oleh setiap insan iaitu mati.

Kedua ialah Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Ariff dan ketiga majlis berakhir dengan doa dari Ustaz Fadhil Noor untuk memohon kesejahteraan buat al Marhumah dan semua muslimin dan muslimat yang bersama dengan perjuangan Islam ini.

Amin . Semoga Allah golongkan kita dalam golongan mereka yang yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat kelak .

Friday, January 18, 2008

GELOMBANG KUNING SEMARAK HIJAU

LAWATAN TUAN GURU PRESIDENT KE PEKAN PADA SABTU 19.01.2007 BERMULA DENGAN PROGRAM HI-TEA DI PERKARANGAN PEJABAT MTD PERAMU JAYA, PARLIMEN PEKAN. PROGRAM AKAN BERMULA SEKITAR JAM 2.00 PETANG DENGAN KETIBAAN JEMPUTAN DARI SELURUH PAS KAWASAN DALAM NEGERI PAHANG. JANGKAAN KEHADIRAN ADALAH SERAMAI 1500 HINGGA 2000 ORANG. DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG JUGA MEMBERI KOMITMEN UNTUK MENGHANTAR PESERTA SERAMAI 1,000 ORANG.

TURUT HADIR ROMBONGAN MENGIRINGI TUAN GURU PRESIDEN IALAH USTAZ NASARUDDIN MAN ISA, HAJI MAHFUZ OMAR, DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN DAN RAMAI LAGI PIMPINAN NEGERI DAN KAWASAN-KAWASAN.

PROGRAM INI AKAN DISEMARAKKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN JEMPUTAN BERPAKAIAN KUNING BAGI MENYEMARAKKAN TUNTUTAN BERSIH DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.

SEMUA AHLI, PENYOKONG DAN RAKYAT DIJEMPUT HADIR..

Monday, January 14, 2008

AL FATIHAH..

12hb. Januari 2008, Bonda kepada Ketua Pemuda PAS Kawasan Pekan Ustaz Fadhilnor telah kembali kerahmatullah dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chini Timur 3. Kepulangan Bonda tercinta diredhai seluruh keluarga.

2 hari sebelum kejadian, kami AJK Pemuda PAS Kawasan sempat berkunjung kerumah beliau di Chini dan Allahyarhamah sempat memasak makan malam untuk kami AJK Kawasan seramai 12 orang sekalipun beliau baru pulau dari Johor dan sampai pada maghrib tersebut.

Semua Allah mencucuri rahmat keatas rohnya..dan termasuk dari golongan mereka berjaya dunia dan akhirat.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan mengucapkan takziah kepada Ustaz Fadhilnor dan Ustaz Haris atas kepulangan bonda tercinta ke Rahmatullah.

IKUT KAMI DISINI..