" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Thursday, February 28, 2008

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN MENDOAKAN KEJAYAAN KETUA PEMUDA KAMI AL FADHIL USTAZ MOHD FADHIL NOOR BIN ABDUL KARIM BERTANDING DI N23 DUN CHINI PADA PRU12 INI. KAMI YAKIN KEMENANGAN PASTI MENJELMA...DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN MEMBERI SOKONGAN SEPENUHNYA.

Monday, February 25, 2008

SEKITAR PENAMAAN CALON PRU12 PEKAN

Penamaan Calon PRU12 Parlimen Pekan dan 4 Dun menyaksikan pertembungan musuh tradisi PAS dan UMNO diperingkat DUN dan PKR dan UMNO diperingkat PARLIMEN.

Penyokong PAS dianggarkan hampir 1,000 orang namun TV3 yang jahat dan penipu itu melaporkan didalam berita terkini jam 11pagi bahawa penyokong PAS hanya sekitar 200 orang sahaja. Sokongan kepada calon PAS dan PKR digamatkan lagi apabila penyokong sempat membawa bendera besar berukuran 15' X 30' yang terus menenggelamkan bendera dacing yang biru karat itu.

Berikut adalah nama penuh calon yang bertanding di Parlimen dan 4 Dun di Pekan ;

P085 PEKAN - Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (PKR)
Datuk Seri Najib Tun Razak (BN)


N20 Pulau Manis - Ustaz Othman Bakar (PAS)
Khairudin Mahmud (BN)

N21 Peramu Jaya - Ustaz Abu Kassim Abdul Manaf (PAS)
Ibrahim Awang Ismail (BN)

N22 Bebar - Kepten (b) Ahiatuddin bin Daud (PAS)
Dato' Ishak Muhammad (BN)

N23 Chini - Mohd Fadhil Noor Abd Karim (PAS)
Abu Bakar Harun (BN)


















Saturday, February 23, 2008

CALON PAS PEKAN BERWIBAWA

Parti Islam Semalaysia (PAS) kawasan Pekan mengistiharkan calon yang akan bertanding pada PRU 12 di 4 Dun dalamParlimen Pekan. Pengistiharan dibuat oleh Timbalan YangDipertua PAS Kawasan PEKAN Al-Fadhil Cikgu Abu Kassim bin Abdul Ghani.

N22 -Bebar -Ustaz Othman Bakar
N20 -PulauManis - Kapten (B) Athaayuddin bin Zakaria
N21 - Peramu Jaya - Ustaz AbuKassim binAbdul Manaf

Dun Chini N23 telah diserahkan kepada PAS untuk meletakkan calon apabila pihak PKR melepaskan kerusi Dun tersebut. PAS meletakkan calondari Dewan Pemuda PAS iaitu Ustaz Mohd Fadhilnoor bin Abdul Karim.

ParlimenPekan, TPM akan ditentang satu lawan satu oleh PKR yang akan meletakkan calon yang hebat dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

DUN CHINI MILIK PAS

Parti Islam Semalaysia (PAS) akan bertanding merebut kerusi DUN Chini pada pilihanraya ke12 apabila Parti Keadilan Rakyat telah menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS. Ini adalah merupakan berita yang sangat menggembirakan jentera PAS di DUN CHINIyang sangat dahagakan calon YB dari Parti Islam Semalaysia (PAS).

Kini, jentera pilihanraya dun Chini telah dibuka serta merta dan persiapan untuk penamaan calon akan diadakanpada hari esok di Majlis Daerah Pekan.

Yang lebih menggembirakan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan ialah apabila Ketua Pemuda PAS Kawasan Pekan akan dicalonkan di Chini nanti.

Friday, February 22, 2008




UNDILAH CALON PARTI ISLAM SEMALAYSIA PADA PILHANRAYA KE 12 NANTI.

MASA UNTUK PERUBAHAN DAN MEWUJUDKAN PEMBANGKANG YANG KUAT DI PAHANG DAN MALAYSIA

AL FATIHAH - KEPULANGAN KETUA PEMUDA PAS CAWANGAN PULAU JAWA, PEKAN

22hb Februari 2008, Seawal pagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan kehilangan salah seorang daripada ahlinya apabila Emy Junaidy bin Osman telah kembali kerahmatullah pada awal pagi 22hb. Februari 2008 ( Jumaat ). Beliau meninggalkan 4 orang anak dan seorang yang masih didalam kandungan yang dijangkakan akan lahir pada bulan Mei 2008 nanti.
Allahyarham adalah merupakan anakanda kepada Bendahari PAS Kawasan Pekan, Sdr. Cikgu Othman bin Buyuk. Anakanda Emy Junaidi adalah seorang anak yang baik dan agak rapat dengan Ayahandanya. Pada mesyuarat di MTD Peramu Jaya, Cikgu Othman dan Allahyarham akan hadir mewakili UPU Kg. Pulau Jawa. Semuga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
TAKBIR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR....

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH