" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Wednesday, April 30, 2008

GEMPAR!!!


CERAMAH MAHFUZ DI PEKAN !!!!!!

Semua dijemput hadir mendengar live dari Sdr. Mahfuz Omar, cerita PARLIMEN Malaysia yang baru bersidang.

Tarikh : 3hb. Mei 2008
Masa : 9.30 malam

Tempat : Markas PAS Ketapang Hilir, Pekan

Turut serta : Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Muslimat PAS Malaysia. (Anak Jati Pekan)

Tuesday, April 29, 2008

AL FATHIHAH - ANAK SULONG SETIAUSAHA PAS KAWASAN KEMBALI KERAHMATULLAH

Isnin, 28hb. April 2008, Anak sulong kepada Setiausaha PAS Kawasan Pekan Kapten (B) Ahiayatuddin bin Zakaria telah meninggal dunia di Hosptital Besar Kuala Lumpur jam 9.00 malam 27hb. April 2008. Kapten (B) Ahiatuddin merupakan bekas calon PAS di DUN BEBAR pada PRU 12 baru-baru ini.
Allahyarham Salihudin adalah anak sulong beliau dan berumur 18 tahun. Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke kampong halamannya di Kg. Padang Polo, Pekan. Rombongan jenazah bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 8.00 pagi dan sampai ke Pekan pada jam 12.15 tengahari. Jenazah terus dibawa ke Surau Kg. Padang Polo, Pekan dimana semua ahli PAS, saudaara-mara dan masyarakat kampong telah menunggu disitu sejak pagi lagi.

Solat Jenazah diketuai oleh YDP PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Kassim bin Manaf dan jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Padang Polo sekitar jam 1.15 tengahari.










Monday, April 28, 2008

KAMI TELAH SELAMAT BERMUKTAMAR

Ahad, 27 April 2008, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan telah selamat bermuktamar dengan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Suhaimi bin Md Saad. Muktamar kali diadakan di Bangunan PASTI At Taufiq iaitu di Madarasah As Siddiq, Kg. Pulau Serai Pekan.

Antara mereka yang turut hadir pada muktamar tersebut ialah YDP Pas Kawasan Pekan merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Abu Kassim Manaf dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Cikgu Abu Kassim bin Abdul Ghani dan AJK PAS Kawasan.

Mesyuarat bermula sekitar jam 9.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12.45 tengahari.










IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH