" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Saturday, May 31, 2008

TAHNIAH - LAHIRNYA BAKAL MUJAHID

Berita Pendek


Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan merakamkan ucapan Tahniah diatas lahirnya anak kedua Ustaz Mohd Fadhilnor Abdul Karim pada 5.13pagi 24hb Mei 2008. Anak pertama beliau juga adalah lelaki. Zaujah beliau juga dikatakan berada didalam keadaan sihat walafiat.
Gambar Hiasan :

Sesiapa yang ingin mengucapkan tahniah, boleh mengunjungi bahagian nukilan tetamu didalam blog ini.


Salam,


Lajnah IT.


Tuesday, May 27, 2008

Selangor haramkan Islam Hadhari - Dr Hassan Ali

Sumber ;

Harakahdaily Tue May 27, 08 9:55:44 am MYT

SHAH ALAM, 27 Mei (Hrkh) - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu. -->-->
"Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

"Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato' Dr Hassan Mohamed Ali semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang DUN itu di Shah Alam Isnin.
Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.
Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin PAS, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.
"Jika ada yang mendakwa saya atau pemimpin PAS yang membuat dasar janji ini, sila tunjukkan bukti, " katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu berkata, PAS yang bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat mahu mentadbir Selangor dengan menegakkan prinsip sama rata dan keadilan.

"Kita tidak mahu mengamalkan pentadbiran 30 peratus komisen, 50 peratus komisen atau memberi tender kepada kroni.
"Malah kita ubah tender yang diberi secara runding terus kepada tender terbuka kerana tidak mahu membuat dosa," katanya seperti dilapor Agendadaily. - mr

ISLAM HADHARI HARAM DI SELANGOR?

Selasa : 27hb MAY, 2008 (21 Jamadil awal 1429Hijrah)
Islam Hadhari yang baru berkampung di Pekan, Pahang kini telah diharamkan di negeri Selangor pula. Ini patut menjadi kebimbangan oleh semua penganut agama Islam di seluruh negara apabila sebuah kerajaan sebuah negeri yang dipimpin sebahagiannya adalah berlatar belangkangkan ulama, memilih untuk mengharamkan ISLAM HADHARI dan menyarankan ISLAM YANG SYUMUL yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W untuk ummat manusia selurusnya.

Perkampungan Hadhari baru 2 hari berkendara di Pekan. 2 hari di Pekan diselitkan program seperti jualan barangan, malam dengan konsert dengan lagu-lagu nasyid dan sedikit pop, halaqah, pameran islam dan sebagainya. Perkampungan ini nampak tidak janggal dan ia cuma sekadar expo rakyat aje. Tetapi kenapakah Islam Hadhari di haramkan oleh kerajaan Selangor?

Kita tunggu penjelasan YB Dr. Hassan Hj Ali, exco Agama Kerajaan Negeri Selngor nanti.


Tuesday, May 20, 2008

Kenyataan Media Presiden PAS berkaitan Tun Mahathir

Posting by : Songkok Putih @ tranungkite.net
Oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi AwangTindakan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan keluar dari Umno hari ini merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya. PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan samada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua

4. Proses prubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini. PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.

PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara. Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi AwangPresiden PAS

Monday, May 19, 2008

TUN MAHATHIR KELUAR AMENO

GEMPAR..GEMPAR...
Wah gempar betul cuti hari ni. Berita gempar melanda parti UMNO apabila seefuu diaorang dah keluar UMNO serta merta. Tapi paling memeningkan kepada taiko-taiko di singgahsana ni, Si Seefuu siap ngajak pulak anak buah dan pendekar-pendekar keluar sama dari Perguruan UMNO ni.

Tu lah dia, keberanian SEEFUU Tun Mahadhir, orangnya memang berani..jenis tak makan saman ni.

Biar lantakkan lah diorang ni, tapi kita nak tengok pengaruh Seefuu ni!! berapa ramai anak murid perguruan UMNO akan meninggalkan bangsal perguruan mereka.

Ana secara peribadi memang tak suka sangat kat Seefuu ni, mulut dia Ya Rabbi macam pisau parang kalau mengata kat Ulama PAS. Presiden PAS lah yang paling dia anti.

Najib, Atlantuya & Kementerian Pertahanan

Posted at tranungkite.net on Monday, May 19 @ 12:39:44 MYT


"Najib tidak Kenal Atlantuya". Beliau tidak pernah mengenali dan tidak pernah bertemu dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh pada Oktober 2006."Biarlah pihak mahkamah menjalankan tugasnya untuk menegakkan keadilan. Dalam waktu yang sama, saya berdoa bahawa kebenaran akhirnya akan terserlah"Datuk Seri Najib Tun RazakBegitulah yang tertera pada muka depan akhbar Sinar Harian - Khamis 15mei,2008 bersamaan 9jamadilawal,1429.Hampir 2 tahun selepas tohmahan demi tohmahan dihambur kepada Najib, baru kini Najib mendapat "ilham" untuk membuat pengakuan dan penafian kepada umum.Namun bagi saya persoalan masih belum terjawab dan tidak ada apa-apa sebenarnya yang dijawab oleh Najib merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.
Bukan isu Najib kenal atau tidak anak gadis Shaariibuu yang sepatutnya dijawab oleh Najib, tetapi sesuatu yang lebih penting lagi. Sesuatu yang menyentuh soal keselamatan negara ini & seluruh rakyat Malaysia. Kalau benar pun Najib ada hubungan dengan anak gadis Shaariibuu rasanya ia tidak menjadi masalah dalam hal keselamatan negara. Lagipun seorang lelaki Islam dibenarkan mempunyai sehingga 4 orang isteri & saya yakin Najib mampu untuk itu. Itu bukan masalahnya. Kalau dah jodoh apa salahnya? Tak jadi masalah...Masalahnya ialah kebocoran pada sistem pertahanan negara.
Persoalan yang masih belum terjawab ialah kebocoran pada sistem pertahanan & apakah langkah yang diambil oleh Najib atau Najib tak perasan kebocoran ini? Setelah hampir 2 tahun
Atlantuya mati dibunuh kemudian mayatnya cuba dilupuskan dengan bahan letupan jenis C4 kita lihat tiada langsung tindakan yang diambil oleh kementerian pertahanan samada siasatan atau apa2 kenyataan berhubung bahan letupan tersebut....Entah..."kebijaksanaan" Najib tidak terserlah langsung didalam menyelesaikan masalah tersebut.
Lain yang dipersoalkan,lain yang dijawab...Inilah menteriku...Sekali lagi menjadi teka-teki...Bagaimana agaknya bahan letupan sekuat C4 boleh terlepas dari simpanan kementerian pertahanan dan tiada siasatan mahupun kenyataan rasmi dari badan berkenaan seolah ianya hanya perkara biasa bagi mereka...tak mustahil satu hari nanti akan ada senjata yang lebih berbahaya diseludup keluar dari kawalan kementerian berkenaan dan membawa lebih musibah tetapi kemungkinan mereka yang bertanggungjawab sekadar tunggu dan lihat...tunggulah sehingga lebih ramai menjadi mangsa ujian dan lihatlah betapa rapuhnya sistem pertahanan negaraku Malaysia...

NAJIB SEBARKAN ISLAM HADHARI DI PEKAN

PERKAMPUNGAN ISLAM HADHARI DI PEKAN, itulah yang diiklankan didalam TV sejak beberapa hari yang lalu. Nampaknya mereka nak memperkenalkan Islam Hadhari yang sangat mereka yakini kepada umat Islam di Pekan pulak..agaknya mereka fikir kubu kuat UMNO mesti diperkemaskan lagi dengan menerapkan prinsip dan nilai Islam Hadhari yang mereka imani. Program ini akan berlangsung bermula 24hb May, 2008 di Padang MDP.

Imam Hadhari, Pak Lah Badawi al Hadhari pasti akan turun merasmikan Islam Hadhari yang beliau ilhamkan. Maka ramai pulak wanita-wanita dan anak gadis Pekan yang akan dijamah tangannya apabila bersalam nanti. Itu antara perlakuan yang selalu dilakukan oleh pemimpin Islam Hadhari apabila bertemu dengan rakyat yang bukan muhrim.

Mufti Perlis, Dr. Asri atau MAZA baru-baru ini mengkritik secara terang-terangan tentang kesilapan Kerajaan memperkenalkan Islam Hadhari. Beliau menolak Islam Hadhari ini seperti yang pernah dilakukan sebelumnya oleh Ulama PAS, Mufti Perak dan mereka yang bukan berlatar belakang agama seperti Tun Mahadhir.

Dewan Pemuda PAS kawasan Pekan akan memantau program Perkampungan Hadhari ini. Kami akan melapor dan membentangkan pengisian program ini yang boleh mencemar agama dan merosakan akidah muda-mudi dan masyarakat amnya.





Monday, May 12, 2008

BENARKAH PEKAN KUBU KUAT UMNO?


10 Mei 2008, Pekan. TPM yang juga ahli Parlimen PEKAN mendakwa Pekan adalah kubu kuat UMNO apabila beliau membuktikan kemenangan dengan majoriti besar lebih 26ribu undi. Benarkah undi majoriti itu datang dari pengundi daerah Pekan??

Bagaimana persempadanan semula selepas PRU 11 menyaksikan kawasan penduduk di daerah kuantan telah dimasukkan sebagai kawasan Parlimen Pekan. Kem Batu 10, kawasan dimana apabila kita mula sampai ke Bandar Kuantan, maka kita akan terpaksa menempuh kawasan Parlimen Pekan dahulu iaitu Jaya Gading, Seri Damai, Kem Batu 10 dan sekitarnya adalah kawasan Parlimen Pekan. Sedangkan perjalanan untuk sampai ke Pekan sejauh 1 jam perjalanan lagi dan ketika itu anda telah berada pun di daerah Kuantan.

Pelikkan? Persempadanan semula selepas PRU11 telah memasukkan kem batu 10 di Kuantan ke Parlimen Pekan dan memperolehi undi POS lebih daripada 5 ribu undi.

Begitu juga isu penduduk luar dari Utara yang berkampong di Kg Sungai Miang yang wujud secara tiba-tiba dan dijanjikan tanah dan masa depan yang baik. Mereka ini dikawal rapi, perkampungan mereka haram dimasuki oleh orang luar. Seperti ada udang disebalik batu.

Kemengan dalam bantahan kepada rang daftar pemilih setiap kali dipamirkan membuktikan pengundi yang wujud di Kg Sungai Miang boleh dipertikaikan. Ada maklamat yang diberitahu, ramai golongan tua mereka ini mempunyai kad pengenalan tetapi tiada no kad pengenalan lama, mereka cuma ada no kad pengenalan baru sahaja. Pelik kan?

Itulah dia kubu kuat UMNO di Pekan sebenarnya. Ia hanya kuat di KEM Batu 10, Kem Sungai Miang. Tetapi pengundi dan rakyat Pekan bukanlah pengundi sejati UMNO sebenarnya kerana pada PRU 11 Najib hampir tewas dengan 240 undi. Kemenangan Najib ketika itu dengan bantuan talian hayat undi POS.

Rakyat PEKAN pernah menolak kempimpinan Najib dan ia juga boleh berulang lagi...

Monday, May 5, 2008

KUNJUNGAN Y.B HJ MAHFUZ OMAR KE PEKAN


Sabtu, 3hb. Mei 2008, Y.B Hj Mahfuz Omar Ketua Penerangan PAS Pusat telah berkunjung ke Pekan dalam tugasan beliau sebagai Perasmi Mesyuarat Agong PAS Kawasan Pekan bagi kali ke 40.

Malam sebelum kunjungan beliau bagi merasmikan mesyuarat Agong PAS kawasan Pekan, satu ceramah umum bersama Ketua Muslimat PAS Pusat yang merupakan anak jati Pekan Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh diadakan di Madrasah Darul Husna, Pekan.

Dalam ucapan perasmian Y.B Mahfuz, beliau sempang mengupas tentang suana negara yang kini menghadapi krisis kekurangan bekalan makanan terutama makanan utama rakyat iaitu beras. Kenaikan harga beras yang begitu tinggi hari ini benar-benar mengejutkan ramai pihak terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan bekerja sendiri. Negara mengistiharkan masih memiliki rezab 3 bulan beras tetapi dalam masa yang sama kementerian yang bertanggungjawab telah membuat kenyataan bahawa negara akan memperuntukan 2.5 bilion ringgit untuk menangani isu ini. Dan RM1 billion akan digunakan untuk memastikan negara mempunyai rezab beras selama 3 billion.

Pada zaman Allayarham Tun Abdul Razak, negara diwajibkan mempunyai stok beras sehingga 1 tahun. Ini bermakna jika negara berada dalam krisis makanan maka negara akan mempunyai stok makanan utama selama 1 tahun. Bagaimana sekarang? Adakah tempoh stok 3 bulan adalah selamat?

Krisis makanan yang berlaku secara global ini telah menyebabkan negara pengeluar beras dunia seperti Kemboja, Vietnam dan Thailand menutup pengeskportan beras atau mengurangkan eksport beras mereka. Ini pasti menjejaskan stok beras negara kerana bergantung 40% stok beras dari negara yang disebutkan tadi.

Kerajaan dilihat tidak begitu serius menangani isu yang amat penting ini. Ini pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat apabila keadakan ini tidak boleh dikawal nanti. Isu ini sangat penting dan merupakan isu utama yang boleh menjejaskan kestabilan negara.


IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH