" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Tuesday, June 24, 2008

TERKINI : HARAKAH TERBIT 2 KALI SEMINGGU

Berita Terkini :
malaysiakini melaporkan:

Harakah dibenar keluar dua kali seminggu
Abdul Rahim Sabri Jun 24, 08 11:10am
Kerajaan telah meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu, seperti sebelumnya.
Lembaga pengarah Harakah telah mengemukakan permohonan tersebut sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Pada masa ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.
Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang menarik.
Ahmad Lutfi juga menyambutkan keputusan kerajaan meluluskan permohonan Harakah untuk dikeluarkan dua kali seminggu.
AKHBAR HARAKAH dah 2 kali seminggu ; Ahli PAS kena rajin membelilah pulouk...

Monday, June 23, 2008

RM625.00 - GULA-GULA UNTUK RAKYAT

RM625.00 - GULA-GULA UNTUK RAKYAT, Itulah ungkapan dari Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam komen beliau tentang kenaikan harga minyak dan rebat tunai yang diberikan.

Kami rakyat bukan semut untuk diumpan dengan gula-gula, Hei! Pemimpin yang angkuh...tuNGGULAH, kamu akan jatuh tergolek September nanti.

Wednesday, June 4, 2008

PETROL NAIK, HADIAH DARI "PM YANG TERLAMPAU"

Sekali lagi BN, membenarkan gelaran yang sinonim dengannya sejak dulu, kini dan selamanya iaitu BN = BARANG NAIK.

Kini, hadiah yang tidak terhingga nilainya sehingga akan terpahat didalam sejarah minda rakyat Malaysia. Ini berlaku selepas BN menerima penangan rakyat dalam PRU12 baru-baru ini dan hari ini kerajaan Barang Naik telah menaikkan harga minyak petrol dan diesel pada harga paling mengejutkan semua pihak iaitu Petrol naik kepada RM2.70 seliter dan Diesel RM2.50 seliter.

Tahniah kepada pengundi setia Barisan Nasional. Apa lagi nak dikata???

Lu Pikir Lah Sendiri...


IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH