" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Thursday, October 23, 2008

TERIMA KASIH DAUN KELADI





18 SYAWAL 1429 H - PEKAN

Bertempat di Madrasah Al Husna Jalan Rompin lama Pekan , Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan yang ditunjangi oleh Ust. Fadhil Nor Abd Karim telah berjaya melaksanakan amanah PASTI Negeri dalam menjayakan pertandingan ilmiah sempena majlis ihtifal PASTI Negeri.

Dengan kehadiran dan penyertaan dari 8 PASTI Kawasan seluruh Pahang , suasana meriah tersebut telah berjaya menghilangkan rasa penat jawatankuasa pelaksana walaupun dalam keadaan yang cukup terhad tenaga kerjanya.

Program pertandingan yang diatur dengan 7 acara atau kategori yang disertai oleh pelajar PASTI lelaki dan perempuan telah menyerlahkan bakat serta potensi yang tinggi di kalangan anak-anak PASTI yang telah dididik oleh pengajar yang cukup berinisiatif dan mempunyai komitmen tinggi dalam pendidikakan anak-anak.

Acara ini turut menyaksikan PASTI kawasan Kuantan telah berjaya mengungguli 4 acara lelaki perempuan selain dari memperolehi markah tertinggi bagi kategori khutbah dengan 98 markah.

Pengadilan yang diketuai oleh Ust Rashdan, telah berpuashati dengan kualiti serta bakat yang ditunjukkan oleh pelajar.

Pengarah program,Ust Fadhil Nor turut menunjukkan rasa puashati dengan kerjasama,sokongan serta komitmen berterusan jawatankuasa pelaksana dalam menjayakan acara besar ini. Beliau turut mengucapkan berbanyak terima kasih terutama kepada Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ust Suhaimi Saad selaku perasmi serta ALP PASTI Negeri Pahang yang turut memeriahkan lagi program ini.

Harapan yang tinggi agar anak-anak kita dididik dengan cara sebenar pengamalan Islam patut diambil berat oleh semua ibu bapa dengan menghantar dan mendedahkan anak-anak dengan pra sekolah seperti PASTI, menjadi kata kunci penting ucapan penutup oleh perasmi program Ust Suhaimi Saad .

Ucapan terima kasih turut dirakamkan atas kerjasama NISA` Pekan dalam menyediakan para hakim bagi acara yang dipertandingkan.

Sekian...

Saturday, October 18, 2008

SELAMAT DATANG KE IHTIFAL PASTI PAHANG

9.29 am 18 okt 2008 Ihtifal pasti peringkat negeri pahang.Darul husna telah menjadi tuan rumah pada kali ini.Di kesempatan ini saya selaku tuan rumah mengucapkan AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM kepada seluruh muslimin dan muslimat para ibu bapa guru guru dan pelajar pelajar.

Dan saya mengucapkan ribuan terima kepada semua exco DPP PEKAN, PAS Kawasan Pekan dan semua ahli PAS Kawasan dan penderma-penderma yang sudi membantu menjayakan program ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima-kasih juga kepada Pimpinan PASTI Negeri kerana juga telah memberi kepercayaan kepada Dewan Pemuda PAS Kawsan Pekan menjadi tuan rumah pada kali ini.

9.40 am - Kehadiran peserta telah membanjiri kawasan perkarangan Madrasah Darul Husna Pekan dan perserta-peserta dan tenaga pelajar PASTI kawasan-kawasan. Kehadiran dianggarkan kini seramai 150 sehingga kini, dan dijangka lebih ramai lagi peserta yang berada jauh sedang dalam perjalanan ke sini.




Thursday, October 9, 2008

SAMBUTAN PERTANDINGAN ILMIAH SEMPENA IHTIFAL PASTII MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PAHANG

SAMBUTAN PERTANDINGAN ILMIAH SEMPENA IHTIFAL PASTI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PAHANG akan diadakan di Pekan pada 18hb. Oktober 2008. Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan sebagai tuan rumah akan mengendalikan sepenuhnya program tersebut dan kami Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan mengalu-alukan rombongan 13 wakil PASTI kawasan-kawasan ke majlis tersebut.

InsyaAllah kami akan menjalankan tanggungjawab sebagai tuan rumah sebaiknya,

INSYAALLAH.

Tentatif akan dimaklumkan tidak lama lagi..


ISA : Makan Makanan Anjing VS makan tahi dan air kencing

sumber : http://www.najwasuhaimi.blogspot.com/


Semua org gempar bila YB Teresa Kok mendakwa di beri makanan anjing... Bila di siasat dakwaan itu tak benar.. akhirnya teresa mohon maaf. Kenapa isu makanan anjing ini besar..? kerana Teresa Kok bertaraf VVIP.

Pimpinan tertinggi mana-mana parti samaada parti pemerintah atau parti pembangkang kalau ditahan dibawah ISA ianya menjadi isu besar sebab VVIP dianggap rakyat kelas pertama
Saya sangat tak bersetuju kalau perjuang hanya untuk membebaskan dua tiga org sahaja dalam ISA. Kita boleh menceritakan penderitaan dua tiga orang tahahan secara terpilih tetapi apabila kita berjuang untuk pembebasan mangsa ISA, tak seharusnya dibuat secara terpilih. Seharusnya kita perjuangkan semua insan tanpa mengira agama dan latar belakang pemikiran mereka. Tak kira apa sahaja salah yg menyebabkan mereka di tahan... Kalau betul mereka bersalah bawa ke muka pengadilan

Tapi bila rakyat marhein dalam tananan ISA diberi minum air kencing dan diberi makan tahi. sapa yang nak ambil kisah... Akhbar mana sudi melaporkan.. timbalan menteri mana yg bersedia siasat. Kenapa jadi begitu... Kerana mereka rakyat kelas ke 2 pada pandangan kita.
Gambaran masa soal siasat dan soal siat-siat. Ilistrasi salah seorang tahanan ISA. Untuk Baca dengan jelas sila klik pada gambar
Sedutan Artikel kak Laila GMI bertajuk
TAHANAN ISA 2002(Mat Sah) VS ISA DETAINEE 2008(YB Teresa Kok)
YB Teresa hanya ditahan 7 hari. Mungkin belum sempat beliau diperlakukan oleh SB @ penyiasat sepertimana tahanan ISA lain yang ditahan sebelum itu. Namun, bagaimana dengan nasib tahanan ISA yang didakwa ahli Jemaah Islamiyyah (JI) yang ditahan pada tahun 2002?
Semua orang tidak tahu, apakah yang dilakukan oleh SB @ pegawai penyiasat kepada tahanan ketika itu. Tahanan dan keluarga juga tidak tahu, apakah nasib mereka. Lebih memburukkan keadaan, tahanan serta keluarga juga tidak tahu hak-hak mereka, tidak mendapat kemudahan berhubung dengan peguam dsb. Mereka dan keluarga dalam kegelapan.

Menurut Abah Suhaib, jika YB Teresa diberi makanan yang beliau dakwa teruk dan menjemukan, tahanan ISA "JI" dulu diberi makanan yang lebih dahsyat lagi teruknya. Abah kata, beliau pernah diberi nasi goreng yang sudah basi untuk sarapan pagi, air teh yang sudah berbau, lauk kari basi yang disiramkan keatas nasi dan ikan goreng yang disimpan beberapa hari untuk dijadikan makanan tengahari.
Ini belum lagi kisah nasi di siram dengan air kencing, yang dipaksa dimakan oleh tahanan dihadapan beberapa pegawai Penyisat @ SB . Tidak dinafikan, mungkin deraan dan penghinaan yang dilakukan keatas mereka terlalu dahsyat, hingga mereka tidak sanggup mengingati saat-saat hitam itu lagi.

Siapakah yang melakukan semua ini? Siapa yang memberi arahan kepada semua perlakuan jahat ini? Siapa yang masih meneruskan kerja-kerja jahat yang mendera dan menghina sesama manusia ini?

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH