" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Friday, November 28, 2008

PROGRAM QURBAN PAS KAWASAN PEKAN

HARI RAYA EIDUL ADHA bakal menjelang tiba. PAS Kawasan Pekan akan mengadakan Majlis Qurban 6 ekor lembu pada hari raya Qurban ini iaitu pada 10hb. Disember 2008 iaitu pada hari raya ke 3 Eidul Adha.

Lokasi terpilih untuk melaksanakan majlis ini ada di Surau Al Ehsan Sepekan Jaya. 2 ekor Lembu disembelih di perkarangan Surau, 4 ekor pula akan disembelih di Pulau Manis Pekan. Seekor daripada lembu tersebut akan diserahkan kepada wakil Ketua cawangan PAS dari Chini.

YDP Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf menjemput semua ahli PAS dari kawasan Pekan ke majlis tersebut seawal 9 pagi dan membawa peralatan yang sesuai pada majlis tersebut.



Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan juga memohon semua ahli Pemuda PAS Pekan dapat bersama membantu dalam kerja-kerja pengagihan daging korban pada hari tersebut. Bagi mereka yang bekerja pada hari tersebut disarankan melakukan Qurban dengan mengambil cuti untuk sama-sama membantu pada majlis tersebut.

Pada malamnya, Ceramah Agama oleh Ustaz Moktar Senik Mudir Pondok Moden Annur, Penor akan diadakan selepas solat Maghrib.



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA




IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH