" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Thursday, December 25, 2008

Majlis Perasmian Penutupan Kelas Intensif Fardhu 'Ain di Akademi Ar Rasyidin

BismiLlahirrahmanirrahim........




Pada 25 Disember 2008, telah diadakan satu majlis perasmian penutupan kelas Pengajian Intensif Fardhu 'Ain yang bertempat di Akademi Ar Rasyidin, Jalan Beserah Kuantan.

Dalam majlis yang telah diadakan ini, pihak Akademi Ar Rasyidin telah menjemput Al Fadhil Ustaz Mohd Fadhil Noor bin Abdul Karim selaku perasmi. Sepertimana yang sudah sedia maklum, Al Fadhil ustaz adalah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ar Rasyidin salah sebuah NGO.

Dalam ucapan perasmian tersebut,ustaz ada menyentuh 3 perkara di dalam melahirkan anak-anak yang bertaqwa kepada Allah



1) Taat kepada Allah & Rasul

2) Taat kepada Ibu Bapa

3) Taat kepada guru-guru


3 perkara ini merupakan asas di dalam mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.



dan berkenaan peranan para ibu bapa dalam didikan agama kepada anak-anak. Ianya sangat penting kerana fenomena yang berlaku di mutaakhir ini sangat membimbangkan.






Jika ketiga-tiga asas ini tidak dititik beratkan oleh para ibu bapa dibimbangkan akan berlaku gejala-gejala yang tidak sihat kerana anak-anak mudah mengikut atau meniru gaya hidup pada masa ini yang secara umum sudah diketahui dalam media televisyen,akhbar dan majalah-majalah yang sering menghebahkan gejala-gejala kuning di kalangan para remaja khususnya.



Sempena Maal Hijrah pada tahun ini, marilah kita membuat perubahan dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan menyusun waktu-waktu kita supaya ada ruang masa dengan Allah SWT. Mudah-mudahan kita diberi kebaikan oleh Allah SWT.

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH