" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Wednesday, April 29, 2009

IJTIMA' TARBAWI BERSAMA USTAZ NIK ZAWAWI NIK SALLEH


PADA 28HB MEI 2009 (SELASA) PROGRAM RUTIN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN IAITU IJTIMA' TARBAWI PERINGAKAT KAWASAN PEKAN TELAH DIADAKAN DI MADRASAH DARUL HUSNA PEKAN.


PENCARAMAH JEMPUTAN PADA MALAM TERSEBUT DIBAWA KHAS DARI NEGERI KELANTAN IAITU AL FADHIL USTAZ NIK ZAWAWI NIK SALLEH.
PROGRAM DALAM ANJURAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN DISERTAI OLEH AJK PAS KAWASAN, DEWAN PEMUDA DAN MUSLIMAT SERTA AHLI-AHLI PAS SELURUH KAWASAN PEKAN.
SEMUA PROGRAM IJTIMA' TARBAWI INI TERUS ISTIQAMAH DAN MENDAPAT MANAFAAT KEPADA MENINGKATKAN KEFAHAMAN AJK DAN AHLI TENTANG PENJUANGAN DALAM JAMAAH ISLAM PAS.


Saturday, April 11, 2009

MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS KALI 23


Sabtu, 11 April 2009 Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan telah selamat bermuktamar dengan kehadiran pemuda seramai lebih 29 orang perwakilan dan pemerhati seramai 15 orang. Muktamar yang sepatutnya dirasmikan oleh Ustaz Nazri Ahmad, Ketua Pemuda PAS Kawasan Rompin namun pada saat akhir dan keuzuran syarie beliau telah digantikan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang iaitu Abu Amirah.
Dalam Ucapan Perasmian Mesyuarat oleh Al Fhadil Ustaz Abu Amirah , beliau sempat membawa kisah perjuangan Ikwanul Muslimin iaitu dimana As Syahid Hassan Al Banna ketika dicadangkan oleh rakan seperjuangan Ikwanul Muslimin supaya mengadakan mesyuarat pertama mereka, hati As Syahid Hassan Al Banna datang berdebar-debar dek kerana bimbang perjuangan mereka menjadi suatu retorik dan medan berhujah dalam mesyuarat sedangkan kerja buat dan praktikal perjuangan yang selama ini didokong akan menjadi terus lemah dan meleset.


Keadaan ini sedang berlaku dikebanyakan organisasi dalam diperingkat Pemuda dan Kawasan dimana begitu ramai mereka yang handal berhujah dan mencadangkan pelbagai perkara didalam mesyuarat dan perjumpaan tetapi apabila mengajak mereka yang lantang berkata-kata ini , mereka akan memberi pelbagai alasan dan hujah untuk tidak melibatkan dalam kerja buat dan aktiviti bagi memperbaiki Jemaah.


Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan kerana dianugerahkan seorang Ketua Pemuda yang hebat dan diibaratkan sebagai sebuah bintang sedang bergemerlapan dalam Jemaah PAS. Dengan dianugerahkan dengan suara yang hebat, pandai berhujah dan bijak mengatur kerja organisasi pasti tentu Dewan Pemuda PAS Pekan mampu menyahut cabaran Najib yang telah dinobatkan sebagai Gergasi BN ketika ini.


Beliau juga mengingatkan perwakilan agar dapat memilih dengan baik AJK yang baru bagi sessi 2009/2011 dan bagi mereka yang dipilih sebagai AJK jadikanlah ia sebagai amanah dari Allah S.W.T .


Beliau akhirnya merasmikan mesyuarat tersebut dengan mengajak semua perwakilan bersama-sama membaca Ummul Kitab.
Photo muktamar akan dikemaskini nanti...

Oleh ; Mantan - Lajnah IT,



IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH