" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Monday, July 6, 2009

Tamrin AJK Dewan Pemuda PAS Pekan

Tamrin AJK DPP Pekan ini diadakan pada 3 Julai dan berakhir pada 4 Julai 09 . Ia di hadiri seramai 13 orang AJK. Tujuan program ini dijalankan ialah bagi memantapkan Siyasah Islamiah di kalangan AJK. Pentarbiah di kalangan ahli PAS perlu diperkukuhkan lagi bagi memantapkan jemaah dalam menyusuri arus perjuangan yang dipenuhi pelbagai mehnah dan tribulasi.

Pelbagai segmen dan slot dijalankan sepanjang program ini. Di antara pimpinan yang hadir untuk memberi kuliah dan ceramah ini seperti Ustaz Abu Kassim(YDP PAS Pekan), Ustaz Suhaimi Saad ( Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang), Ustaz Shahril Azman (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang) dan Ustaz Azmi Dibok (Pengerusi Lajnah Tarbiah DPPN Pahang). Semoga program yang berilmu ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Thursday, July 2, 2009

Pemimpin Di Dunia, Pemimpin Di Akhirat

Firman ALLAH yang bermaksud:
"Dan (wahai Tuhan) jadikanlah kami imam (pemimpin) kepada orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-Furqan (25:74)

Apa yang berlaku di Perak telah mengajar kita semua umat Islam, bahawa pemilihan pemimpin perlulah kepada orang yang bertakwa. Dalam hal memilih pemimpin, Islam menetapkan garis panduannya dengan jelas. Oleh kerana Al-Quran itu adalah panduan dan peraturan, maka pemimpin yang patuh kepada kehendak Al-Quran yang memimpin ke arah ketaqwaan. Orang-orang beriman tidak wajar memilih pemimpin semata-mata kerana mereka itu ada pangkat, kekayaan dan juga kekuasaan. Dengan harta, pangkat dan kekuasaan belum pasti pemimpin itu layak dituruti kerana belum pasti mereka dapat membawa pengikutnya kepada keredhaan Allah. Orang-orang yang menjadi pemimpin biarlah orang yang tahu halal dan haram, dosa dan pahala. Tegasnya pemimpin itu mestilah mereka yang celik Al-Quran supaya bukan sahaja pemimpin itu bertaqwa, tetapi juga menjadi pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.

Selain itu janganlah pula orang-orang yang beriman menjadi pengikut kepada pemimpin yang tidak menghiraukan halal dan haram, sesungguhnya sikap pemimpin yang demikian itu adalah melampaui batas-batas Allah (taghut). Janganlah di akhirat kelak orang-orang yang tergolong celik agama tetapi berada dalam barisan yang menuju kepada neraka, iaitu di bawah pimpinan manusia yang bertaraf taghut. Sesungguhnya akan diseru manusia di akhirat kelak supaya mengikut di belakang pemimpin yang mereka taati. Justeru itu janganlah sampai tersalah memilih pemimpin, kerana pemimpin itu mempunyai tanggungjawab bukan sahaja di dunia tetapi juga menjadi pemimpin di akhirat. Adakah pemimpin negara masakini menepati ciri-ciri pemimpin di dunia dan pemimpin di akhirat. Tepuk dada tanyalah iman..

Wednesday, July 1, 2009

PERHATIAN SEMUA AJK DPP PEKAN

(photo hiasan)

TAMRIN DEWAN PEMUDA PAS

KAWASAN PEKAN

TARIKH :
3 JULY 2009 - 4 JULY 2009

TEMPAT :
MADRASAH DARUL HUSNA , PEKAN

PENDAFTARAN :
5.00 PETANG


PENGLIBATAN SEMUA AJK SESSI 2009/2011

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH