" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Monday, August 31, 2009

MERDEKA 2009 !



Buat kali ke 3, berturut-turut PAS Kawasan Pekan dijemput bersama-sama menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos di dataran Merdeka Pekan. Sambutan hari kemerdekaan peringkat daerah Pekan kali ini dibuat secara sederhana dengan majlis disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pekan Tuan Hj Abdul Basik.

PAS Kawasan Pekan bagi tahun ke 3 telah dijemput untuk sama-sama menghantar kontigen perbarisan bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Deerah Pekan disini. Seawal jam 7.30 pagi kontigen PAS seramai 21 orang peserta telah berada diperbarisan dengan berpakaian lengkap vest berwarna hitam. Kontigen PAS Kawasan Pekan diketuai oleh Sdr. Nazhar dan Sdr. Nazri bekas anggota angkatan tentera.

Kebanyakan kontigen PAS yang hadir merasa gembira kerana mereka dapat membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bukanlah penderhaka kepada negara. Pakatan Rakyat diwakili PAS di Pekan juga cintakan negara, tetapi CINTA PAS kepada Agama mengatasi segalanya.

PAS Kawasan Pekan bersedia pada bila-bila masa untuk bersama dengan masyarakat dan pihak pentadbiran bagi menjayakan apa sahaja program peringkat Daerah, Negeri dan Negara asalkan ianya tidak melibatkan unsur maksiat dan mencarik adat.




posted by ; Lajnah IT, DPP Pekan

Friday, August 28, 2009

Kenyataan Dewan Pemuda PAS Pahang Berhubung Isu Hukuman Sebat Ke Atas Kartika

Saya selaku mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dengan segala sukacitanya merujuk kepada polemik yang timbul hasil daripada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman denda dan juga enam (6) kali sebatan terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno atas kesalahan meminum arak.

1.Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) melihat segala polemik, terutamanya bantahan dan kritikan yang dilemparkan oleh kalangan tertentu, seperti Majlis Peguam dan juga NGO-NGO wanita, adalah timbul disebabkan mereka melihat dan mengukur undang-undang jenayah Islam dari kacamata undang-undang sivil.

2.Inilah masalahnya apabila peruntukan-peruntuk an di dalam Kanun Acara Jenayah yang dikuatkuasakan di mahkamah sivil, dijadikan kayu pengukur dalam menilai perlaksanaan undang-undang jenayah Islam. Sedangkan adalah jelas dengan berdasarkan semangat dari Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, apa jua keputusan dan perjalanan prosiding di Mahkamah Syariah adalah tidak tertakluk kepada mahkamah sivil.

3.Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Yang Arif Dato’ Haji Abd Rahman Yunos pada 20hb Julai 2009 yang lalu adalah satu hukuman yang sah yang berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa, iaitulah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pantadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (pindaan 1987) yang memperuntukkan bahawa bagi sesiapa yang didapati bersalah meminum minuman yang memabukkan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak melebihi 6 kali sebatan.

4.Bagi sesiapa yang menyatakan hukuman ini sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan atau mendikskriminasikan wanita seperti yang cuba dibayangkan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, maka pihak-pihak yang berkenaan bolehlah memberikan cadangan kepada Kerajaan Negeri Pahang yang dikuasai Barisan Nasional supaya meminda atau memansuhkan peruntukan tersebut dengan cara membentangkan usul berkaitan dengannya di Dewan Undangan Negeri Pahang. Namun, selagi peruntukan berkaitan dengan keslahan meinum arak tersebut dan juga hukumannya tidak dipinda atau dimansuhkan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang, maka peruntukan di dalam enakmen tersebut adalah kekal menjadi undang-undang yang sah yang boleh dikuatkuasakan.

5.Begitu juga dengan hujah yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan juga beberapa NGO, bahawa hukuman sebat ke atas Kartika adalah berlawanan dengan peruntukan di bawah Seksyen 289 (a) Kanun Acara Jenayah yang melarang hukuman sebat dijatuhkan ke atas wanita. Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa peruntukan Seksyen 289 (a) tersebut hanya terpakai dan berkuatkuasa di dalam kes jenayah yang dibawah bidangkuasa mahkamah sivil dan peruntukan tersebut tidal mengikat mahkamah syariah disebabkan peruntukan sedemikian tidak terdapat di dalam enakmen undang-undang Islam.

6.Kebimbangan pihak-pihak tertentu kononnya hukuman sebat ini adalah zalim serta tidak berperikemanusiaan adalah tidak berasas sama sekali memandangkan cara perlaksanaan (mode of execution) hukuman tersebut telah diperincikan dengan jelas sekali di dalam Seksyen 125 (2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 yang antara lain memperuntukkan bahawa :

i. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

ii. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

iii. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan sebelum hukuman tersebut boleh dijalankan.

iv. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.

v. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

vi. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk

vii. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

viii.Jika semasa perlaksanaan hukuman sebab itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan Kerajaan itu memperakukan bahawa pesalah itu sihat tubuh badannya untuk menjalani baki sebatan yang tinggal.

ix. Selepas mengenakan satu sebatan, tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.

x. Semasa disebat, pesalah hendaklah memakai pakaian menurut Hukum Syarak.


7. Berdasarkan kepada peruntukan terperinci di dalam Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002 tersebut, jelas menunjukkan hukuman sebat yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah adalah berbeza dengan hukuman sebat di Mahkamah Sivil. Bahkan peruntukan Seksyen 125 di atas jauh lebih mendalam dan terperinci berbanding dengan peruntukan berkaitan dengan cara perlaksanaan hukuman sebat yang terdapat di dalam Kanun Acara Jenayah.

8. DPPNP selanjutnya juga berpendapat segala kritikan dan kecaman yang dihamburkan kepada Mahkamah Syariah Kuantan dan juga Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersabit dengan isu Kartika ini adalah lahir daripada sikap prejudis dan buruk sangka terhadap apa jua perkara yang berkait dengan perlaksanaan hukum Islam, meskipun hukuman yang dijatuhkan ke atas Kartika bukanlah hukuman yang menurut hukum Islam sebenar yang berkait dengan minum arak sebagaimana yang diperuntukkan di dalam hukum hudud. Sikap prejudis dan buruk sangka ini telah lama tertanam di dalam minda mereka yang anti kepada perlaksanaan hukum Islam ke atas umat Islam di negara ini dan pelbagai alasan dikemukakan bagi menggambarkan betapa zalim dan buruknya hukuman yang dibuat atas nama Islam.

9. Saranan Perdana Menteri supaya Kartika merayu di atas hukuman yang dijatuhkan adalah satu saranan yang melucukan dan ill advised. Bagaimana Perdana Menteri boleh memberikan saranan sedemikian sedangkan Kartika sendiri memilih untuk tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah di atas hukuman yang dijatuhkan ke atasnya di dalam tempoh masa yang dibenarkan iaitulah dalam tempoh 14 hari dari tarikh hukuman dijatuhkan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 153 Kanun Tatacara Jenayah Pahang 2002. Kartika yang diwakili Peguam Syarie di Mahkamah Tinggi sudah tentulah mengetahui akan haknya untuk mengemukakan rayuan. Namun, jika beliau sendiri memutuskan untuk tidak merayu, maka kenapa Perdana Menteri pula yang sibuk-sibuk ?

10. Justeru, DPPNP dengan ini menyeru kepada Mahkamah Syariah dan Hakim-Hakim Syarie supaya menjalankan tugas dengan adil dan amanah serta tidak tunduk dengan ‘serangan psikologi’ yang dibuat oleh pihak-pihak yang memang sentiasa bersikap prejudis terhadap apa jua perkara yang berkait dengan perlaksanaan hukum Islam dengan memberikan pelbagai gambaran negatif. Pada masa yang sama, usaha dakwah bagi memberi penerangan berkaitan dengan hukum Islam harus terus dijalankan bagi mendidik masayarakat dan menghapuskan sebarang kesangsian dan pandangan buruk mereka terhadap undang-undang Islam.

11. DPPNP juga menyokong titah KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang yang menyeru semua pihak bersabar dan menyerahkan kes ini untuk diselesaikan oleh Mahkamah Syariah sendiri. Bagi DPPNP, ini adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan polemik yang timbul.


Yang benar,


ABDULLAH ABDUL KARIM
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang

Monday, August 17, 2009

CABAR DEBAT - PEMUDA PAS Vs PEMUDA UMNO PAHANG

SAYA CABAR KETUA PEMUDA UMNO PAHANG BERDEBAT

Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mula mengumpulkan tanda tangan untuk menyokong Tan Sri Muhyidin dalam isu Pengkhianat Melayu. Abu Jimi Samad juga bersedia bertindak sebagai saksi untuk membela tuannya.Saya tercari cari hujah dan fakta pengkhianatan terhadap Melayu sebagaimana tuduhan itu.
Saya cuma jumpa 2 fakta yang langsung tak relevan. Menurut Abu Jimi sebagaimana dipetik oleh Utusan, Pemimpin pembangkang itu (DSAI) katanya1. Bertanggung jawab cuba untuk menghapuskan hak orang Melayu2. Menganjur demonstarsi jalanan.Namun ada baiknya setiap apa yang kita ucapkan berlandaskan pada Fakta dan bukti.
Beliau seharusnya membuktikan pengkhianatan itu terlebih dahulu sebelum mengutip 100,000 tanda tangan.Pengkhianat sebenar kepada bangsa Melayu dan Islam adalah UMNO.
Justeru itu selaku Ketua dewan Pemuda PAS Pahang, bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, saya mencabar rakan sejawat saya Saudara Abu Jimi Samad untuk berdebat atas tajuk "52 tahun Merdeka: Siapa Sebenarnya Pengkhianat Melayu"Saya sangat mengharapkan Saudara Abu Jimi tak menjadi manusia pengecut sebagaimana ketuanya Khairi Jamaluddin. Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang akan menghantar surat rasmi mencabar beliau berdebat.

Diposting oleh Najmi di http://ilhamnajmi.blogspot.com

Tuesday, August 11, 2009

Kemenangan awal PAS di Permatang Pasir

Permatang Pasir milik PAS! Kehadiran bulan Ramadan bakal memberikan kemenangan kepada PAS dalam mempertahankan Dun Permatang Pasir kelak. Bulan Ramadan tidak akan melemahkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat sebaliknya akan memberikan kekuatan dan kemenangan.

"Ramadan adalah bulan jihad dan bulan kemenangan yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa besar di sepanjang sejarah dan tamadun Islam khasnya perang atau Ghazwatul Badr al-Kubra yang berlangsung pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah,"kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, saf para pejuang Islam akan lebih kemas, bergaya dan perkasa terutama dalam menghadapi pilihan raya kecil kelak. "Bulan Ramadhan akan mendisiplinkan mereka dengan akhlak mulia , semangat kemanusiaan yang tinggi berpaksikan fitrah yang suci dan kesabaran yang mantap melepasi ujian yang dipraktis. "Disiplin menjadikan saf para pejuang Islam akan kelihatan lebih kukuh dan mantap serta sukar untuk digugat,"jelasnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadan, dan penamaan calon pula 17 Ogos. Pengerusi SPR, Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dalam bulan puasa kerana, "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".

"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi tadi. Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian Dato' Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Friday, August 7, 2009

Foto-Foto Di Sekitar Himpunan Mansuhkan ISA


Kelihatan Polis Raja Di Malaysia sedang menyelongkar beg
orang awam yang lalu lalang di berdekatan Pasar
Seni


Para 'student' IPTA sedang berehat di tepi Daya Bumi sementara
menunggu masa yang sesuai untuk pergi ke Masjid Negara


SB tengah makan aiskrim, berlakon konon! Ingat kitaorang tak kenal !


Sediakan payung sebelum hujan


Polis menangkap pelajar IPTA yang berkumpul di tepi Daya Bumi. Di percayai pihak polis
membuat tangkapan awal bagi menggagalkan perhimpunan t
ersebut


Ketibaan rombongan Mat Sabu di Masjid Negara



Helikopter polis berlegar-legar di sekitar KL, di perhatikan 2 buah yang membuat rondaan dan provokasi. Agaknya berapalah kos minyak untuk 2 buah helikopter yang berlegar-legar dari pagi sampai ke petang ?
Duit rakyat habis untuk survivol politik U
MNO BN.

Dr. Hatta Ramli dan peserta demo mula keluar dari Masjid Negara pada jam 2.00 petang


Peserta demo mula berarak ke jalan Kuching menuju bulatan Sultan Sulaiman


Peserta demo tengah berarak menuju ke peserta demo di Sogo tetapi di halang oleh FRU


Peserta demo di halang oleh polis


FRU telah melepaskan gas pemedih mata terhadap peserta demo


'Water cannon' telah memancutkan air asid kepada peserta demo dari arah Royal Selangor Club


FRU tengah mengejar peserta demo dan menembaknya dengan
gas pemedih mata.....sungguh kejam !!


FRU tengah 'reloading air' asid pada trak 'water cannon' nya. Siapa mangsanya selepas ini ?


Sekatan polis di dataran Merdeka, sekatan-sekatan begini sebenarnya menyumbang kepada
kesusahan pada orang awam, bukannya peserta demo mendatang kesusahan
.

Tuesday, August 4, 2009

Jambori Amal DPPN Pahang Di Cameron Highlands (17-19 Julai 09)

Rombongan DPPK Pekan tiba di Brinchang, C. Highlands


Para peserta Jambori Amal


Menyertai pertandingan menyumpit


Peserta Jambori Amal dari DPPK Pekan


DPPK Pekan menjuarai pertandingan Paramedik yang di sampaikan
oleh Ustaz Suhaimi Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang)

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH