" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Saturday, September 19, 2009

Sunday, September 13, 2009

IFTAR JAMAIE & QIAMULLAIL DI Kuala Pahang


22hb Sept 2009 / 22 Ramadhan 1430 Hijrah, Program Iftar Jamaei Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan telah berjaya diadakan bertempat di Surau Mutiara, Kg Kuala Pahang di kawasan Dun Peramu Jaya Parlimen Pekan.

Program bermula seawal selepas zohor dengan gotong royong menyediakan jamuan berbuka puasa bersama Qariah surau Mutiara.

Program kemudian diteruskan dengan tazkirah menjelang iftar dan penyampaian sumbangan ramadhan kepada golongan kurang bernasib baik sekitar Kuala Pahang. Tazkiran dan sumbangan disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf yang juga tetamu utama undangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan pada hari tersebut.



Dalam menyampaikan tazkiran beliau, YDP sempat mengingatkan para tetamu tentang peri pentingnya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia ini memperbaiki diri dan berusaha menjadi insan yang patuh kepada Agama dan sentiasa merebut peluang mendapat keampunan didalam Ramadhan Al Mubarak ini. Lebih 40 orang tetamu muslimat dari penduduk sekitar Kuala Pahang hadir mendengar Tazkiran dan menerima sumbangan ramdhan dari Pemuda PAS Pekan.

Majlis berbuka puasa agak meriah dengan kehadiran hampir 80 orang ahli jemaah sekitar Surau Mutiara dan program diteruskan dengan solat maghrib dan tahlil arwah. Selepas solat sunat tarawikh diadkaan Tazkirah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ketua Pemuda PAS Kawasan Pekan iaitu Ustaz Mohd Fadhilnor bin Abdul Karim.

Beliau menyentuh tentang peri penting merebut peluang ibadah dibulan ramadhan yang hanya datang sekali dalam setahun dan dalam suasana di penghujung ramadhan ini, beliau menyeru diri sendiri dan para jemaah supaya merebut peluang mendapat malam yang dikatakan malam seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. Untuk mendapatkan cita-cita tersebut, perlu usaha dikeluarkan dengan mula berjaga malam dengan Qiamullail dan banyak membaca Al Quran.

Beliau merasa pelik dengan sikap masyarakat yang melakukan kebaikan tidak kena dengan tempatnya. Sebagai contoh, ketika bersolat jemaah, makmun biasa memberi laluan kepada orang lain untuk mengambil Saf hadapan sedang pada zaman Rasullulah sahabat berebut-rebut mengambil Saf paling hadapan kerana ingin mendapatkan kemulian bersolat dibelakang Nabi.

Program Qiamullail pula bermula sekitar jam 3.20 pagi dengan diadakan solat sunat Tasbih, solat sunat Taubat, Hajat dan berakhir dengan Solat sunat Witir 3 rakaat. Kemudian semua peserta program bersahur bersama-sama dan bersolat subuh secara berjamaah. Kuliah Subuh pada pagi tersebut pula telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Khairul Anuar yang juga Pengarah Unit Amal PAS Kawasan Pekan.

Program berakhir dengan gotong royong membersihkan sekitar Surau Mutiara. Para Jemaah dan Qariah Surau Mutiara rata-rata berpuas hati dengan progrma kunjungan pemuda ke kawasan mereka dan berharap ia dapat dilakukan dengan lebih kerap.


penulis ; Lajnah IT

Sunday, September 6, 2009

JOM BERBUKA PUASA BERSAMA PEMUDA


IFTAR JAMAIE PAS KAWASAN PEKAN HARI INI

Program Iftar Jamaie PAS Kawasan Pekan diadakan pada hari ini 6hb. September 2009, 16 Ramadhan 1430Hijrah. Program bermula seawal jam 9 pagi dengan kerja-kerja gotong royong persiapan tempat dan penyediaan makanan berbuka puasa.
Selepas solat asar akan diadakan program Khatam Al Quran dan bermula 6ptg akan diadakan sumbangan kepada fakir miskin bagi sekitar Parlimen Pekan. Program disempurkan oleh YDP Pas Kawasan Pekan dan pimpinan PAS peringkat kawasan.
Pada malamnya selepas berbuka puasa semua ahli jemaah dan jemputan akan mengadakan solat maghrib dan Isya' berjamaah dan solat sunat tarawikh secara berjamaah.
Tazkirah Tarawikh pada malam ini akan disampaikan oleh Ustaz Rosli bin Abdul Jabbar YDP PAS Kawasan Kuantan yang juga mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Pekan.
Pada keesokan harinya, bermula jam 3.00 pagi jemaah akan mengadakan Qiamullail yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ketua Pemuda PAS Kawasan Pekan iaitu Ustaz Mohd Fadhilnor bin Abdul Karim.


IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH