" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Tuesday, April 27, 2010

Pengarah JPMK jadi ‘tukang cat’ di pejabat UMNO Luar Negara – Presiden SUARA

"Rumah Kelantan Baru, 24 April - Dianggarkan lebih 800 orang telah hadir di dalam program ‘ceramah perdana’ anjuran Gerakan Suara Rakyat (SUARA). Program tersebut dihadiri oleh dua orang tokoh tanahair dari Parti Islam SeMalaysia (PAS), Ustaz Yusuf bin Embong, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang dan juga Ustaz Fadhil Noor, EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang.


Program pada awalnya dirancang sebagai wacana ilmiah, membincangkan topik ‘Mahasiswa Melayu Timur Tengah, Peranan dan Cabaran’ bakal mempertemukan minda dan hujjah wakil-wakil parti kerajaan antara PAS dan juga UMNO. Namun, wacana tersebut terpaksa diganti kepada program ceramah, gara-gara wakil dari parti UMNO tidak menyambut baik jemputan wacana ilmiah tersebut daripada SUARA.



Pihak SUARA juga mendapat makluman dan tekanan, sekiranya program wacana tersebut dijalankan di dataran, pihak polis Arab Mesir akan dilibatkan untuk mengekang aktiviti SUARA.



Antara panel jemputan SUARA pada program wacana tersebut ialah Khairi Jalaluddin, seorang wakil khas JASA yang bekerja menguruskan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Khairi bagaimanapun telah menolak jemputan SUARA kerana menyifatkan pertubuhan tersebut bukanlah pertubuhan kebajikan.



Presiden SUARA iaitu Ustaz Mohd Farhan Madzlan membenarkan kenyataan Khairi, SUARA memang bukan pertubuhan kebajikan. Akan tetapi beliau yang juga mewakili SUARA kembali menjelaskan bahawa pertubuhannya merupakan wadah yang untuk memandu pemikiran mahasiswa memahami isu-isu politik dan kenegaraan secara matang.



“Oleh sebab itu, SUARA memohon pendaftaran diselesaikan di bawah KBMK (Kedutaan Besar Malaysia Kaherah) bukannya JPMK! Malangnya, usaha pendaftaran SUARA mengambil masa berbulan-bulan dan sehingga ke hari ini masih belum diputuskan, bahkan sebenarnya tidakpun diluluskan oleh mereka.



Hal ini tidak sama seperti layanan baik JPMK terhadap Kelab UMNO Luar Negara. Adakah Kelab UMNO Luar Negara merupakan pertubuhan kebajikan kepada JPMK, sehingga tiada polisi rumit yang dikenakan ke atas pertubuhan tersebut sebagaimana yang dilakukan terhadap SUARA?



Presiden SUARA turut memaklumkan bahawa penubuhan SUARA bukanlah seperti Kelab UMNO. SUARA ditubuhkan sebagai wadah mahasiswa menilai isu-isu kenegaraan dan memahami politik Islam yang syumul. Tidak kira apa jua aliran pemikiran yang difahami oleh warga Malaysia di Mesir, mereka berhak mengikuti program yang dianjurkan oleh SUARA.



Presiden SUARA turut menyatakan perasaan kesal apabila JPMK tidak berfungsi dengan baik di tengah-tengah komuniti pelajar. JPMK sepatutnya berperanan sebagai jabatan kebajikan, bukannya berselindung di bawah tabir politik UMNO. Menurut beliau, Pengarah JPMK sanggup menjadi tukang cat di bilik pejabat Kelab UMNO Luar Negara, Raba’ah yang dijadikan sebagai pusat khidmat pelajar.



“Saya kecewa apabila ada pihak JPMK seperti ini yang berselindung di sebalik dasar politik kerajaan UMNO. JPMK sepatutnya bertindak sebagai jabatan kebajikan pelajar, bukannya sibuk dengan urusan membuat provokasi dengan pelajar.



“Kita mendapat maklumat, pelajar-pelajar Perubatan dari Tanta, Ain Syam dan Mansurah masih tidak diuruskan dengan baik oleh JPMK. Sehingga ke hari ini, pelajar-pelajar Perubatan dari cawangan-cawangan tersebut masih tidak mendapat hak sebenarnya sebagai seorang mahasiswa. Di mana peranan JPMK sebagai jabatan kebajikan pelajar? Katanya sambil memperkenalkan Ustaz Fadhil Mohd Nor, salah seorang bekas mahasiswa Tanta yang pernah dizalimi oleh pihak Kedutaan Malaysia.



Program pada malam itu juga turut mendedahkan ‘Isu Pembatalan Wacana Ilmiah’ . Permohonan SUARA untuk mengadakan program di Dataran Hayyu Asyir telah dibatalkan oleh pegawai HEP Selangor kerana alasan peperiksaan. Kaedah pegawai menggunakan alasan ‘peperiksaan’ tidak munasabah kerana SUARA tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk terlibat sama dalam program anjurannya.



“Jika alasan kerana ‘periksa’, pelajar Perubatan setiap bulan periksa. Sehingga ke hari ini kita masih cuba mengesan identiti sebenar pegawai Selangor yang mereka-reka cerita bahawa Dato’ Dr.Hassan Ali membenarkan program JASA di rumah Selangor.



“Mungkin Pegawai Selangor tidak tahu bahawa hubungan saya dengan Dato’ Hassan cukup baik. Saya telah menghubungi Dato’ Hassan dan beliau sendiri menegaskan bahawa, ‘Demi Allah, sekiranya dia (JASA) nak masuk rumah Selangor saya tidak akan benarkan dan saya menafikan bahawa saya membenarkan program tersebut di rumah Selangor’, menafikan dakwaan pegawai HEP tersebut.



“Dato’ Dr.Hassan Ali ketika lawatannya di Mesir, saya dan pegawai HEP Selangor telah bertemu dengannya, dan beliau menyatakan supaya pegawai memberikan kerjasama yang baik terhadap SUARA.



“Bagaimanapun saya amat kesal apabila terbukti pegawai Selangor tidak memberikan perhatian yang memuaskan kepada dasar-dasar kerajaan negeri. Kita kecewa apabila seorang pegawai yang dipilih oleh kerajaan negeri, tetapi memberi layanan lebih kepada dasar-dasar berat sebelah kerajaan persekutuan!

kredit : http://www.tranungkite.net/

Thursday, April 15, 2010

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR

KISAR BENAR..Dari email yang ana terima..

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..


Monday, April 12, 2010

MUKTAMAR AGONG PAS KAWASAN PEKAN

11 April 2010, PAS Kawasan Pekan telah selamat Bermuktamar. Program bermula sekitar jam 8.30 pagi bagi sessi pendaftaran perwakilan cawangan=cawangan PAS Kawasan Pekan dan juga pendaftaran pemerhati yang datang dari cawangan-cawangan PAS yang ingin sama-sama bermuktamar pada hari tersebut.
Kehadiran AJK PAS Pusat, yang juga ahli parlimen PAS Dr. Mujahid bin Haji Yusoh Rawa sebagai perasmi Muktamar memeriahkan lagi program tersebut.

Kehadiran beliau sejak petang 10 April 2010 sempat bersama-sama dalam program Ceramah Umum di Kampung Pelangkah yang hanya 3 km dari kediaman PM di Pekan. Kehadiran POLIS dengan road block telah menjadi perkara biasa apabila ada Ceramah Umum diadakan dikawasan Pekan.

Pada ucapan Perasmian, YB Dr. Mujahid Yusof Rawa sempat mengimbau sejarah perjuangan Ayahanda beliau yang begitu gigih berjuang bersama rakan seperjuangan mereka pada zaman itu. Beliau mengingatkan generasi beliau dan perwakilan yang adalah zaman yang sangat bertuah apabila menyertai perjuangan PAS dimasa PAS berada di hampir punjak kejayaan.







Perwakilan Menyanyikan Lagu Rasmi PAS















Ucapan Aluan Ketua Umla PAS Pahang merangkap YDP PAS Kawasan Pekan, Al Fadhil Ustaz Abu Kassim Manaf
















Ucapan Perasmian oleh AJK PAS Pusat merangkap Ahli Perlimen PAS pda Muktamar Agong PAS Kawasan Pekan














JASA MU DIKENANG..

Tuan Haji Abdul Malik menerima penghargaan diatas sumbangan peribadi beliau kepada Pembangunan PAS Kawasan Pekan dan cawangan Shahbandar.


Tuesday, April 6, 2010

KAMI SELAMAT BERMUKTAMAR KALI KE 24

Alhamdulillah, Syukur kami kehadrat Allah S.W.T kerana Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan untuk kali ke 24 telah berjaya mengadakan Muktamar Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan. Program bermula seawal 8.30 pagi pada tanggal 4hb. April 2010 untuk sessi pendaftaran Perwakilan, pemerhati serta dif-dif Jemputan.




Sekitar Jam 9.00 pagi mengikut jadual, seramai 38 orang perwakilan dari cawangan-cawangan PAS dalam kawasan Pekan telah hadir bermuktamar. Kehadiran Dif Jemputan juga tidak kurang ramainya, YDP PAS Kawasan Pekan yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Al fadhil Ustaz Abu Kassim bin Manaf bersama AJK PAS Kawasan juga hadir bersama pada majlis perasmian Muktamar DewanPemuda PAS Kawasan Pekan. Mantan AJK Dewan Pemuda Kawasan Pekan juga turut hadir bersama pada hari tersebut. Hampir 60 orang berada bersama pada sessi perasmian Muktamar kali ini.






















Muktamar kali ini sangat bertuah kerana telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Azman Shapawi bin Abd Rani. Sudutan ucapan beliau boleh sama-sama diikuti disini..

Wakil dari Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang juga Ketua Pemuda PAS Rompin Ustaz Nazri memantau muktamar Agung sehingga selesai sekitar jam 12.00 tengahari.



Pencatat minit sedang menjalankan tugas merekodkan perjalanan muktamar.

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH