" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Thursday, December 30, 2010

FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA

26 DISEMBER 2010 - FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN menjadi program penutup Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan bagi tahun 2010. Kejohanan kali ini berjaya mengumpul 32 pasukan Futsal dan melibatkan hampir 250 orang anak-anak muda sekitar Pekan.

Antara nama Pasukan FUTSAL yang menyertai kejohanan ini adalah AMBU (Anak Muda Benci UMNO), Arisa FC, Frame FC, Hicom Logistik, Al Ehsan FC, Sepekan Jaya FC, Kalah Sokmo dan banyak lagi nama-nama pelik dan menarik sebagai simbol kekuatan kumpulan mereka.

Peserta-peserta pada awalnya sempat diberi penerangan tentang mesej Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan menganjurkan FUTSAL kali ini. Mesej tersebut dibawa didalam ucapan perasmian Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Mohd Fadhilnoor bin Abdul Karim. Antara mesej yang sempat disampaikan adalah tentang kepentingan sukan dalam Islam dimana sukan amat baik untuk kecerdasan fizikal dan mental. Namun begitu, peserta diingatkan untuk menjaga adab-adab dalam Islam seperti larangan memakai seluar pendek, bercampur gaul lelaki dan perempuan, merokok dan menghisap dadah.

Antara AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan yang telah menjayakan program tersebut adalah ;
Wan Zabidi ( Pengarah Program ), Hamdan, Jamsari, Azmi Teh, Naim, Ustaz Aziz, Ustaz Fadhillah, Affendi, Astra Asmidas dan beberapa AJK lain dari Chini. Ketua Pemuda PAS terlibat sebagai penasihat program.

Photo Program ;




KEM MOTIVASI SOLAT REMAJA 2010

25 Disember 2010 - Antara aktiviti penutup Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan dibawah Lajnah Tarbiah yang diterajui oleh Ustaz Haris bin Abdul Karim berjaya menganjurkan program motivasi solat untuk remaja dan berjaya mengumpulkan hampir 120 peserta terdiri dari remaja sekolah sekitar Chini selama 2 hari di Pusat Tarbiah MTD Dun Chini Timur 02.

Program yang sangat baik ini telah diisi dengan Solat 5 waktu berjamaah, qiamullail, bersenam pagi, Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib, Praktikal solat dan program munajat.

Antara AJK Pemuda yang terlibat sepenuhnya menjayakan program ini adalah Ustaz Khairul Anuar, Ustaz Haris, Ustaz Mohd Fadhillah, Astra Asmidas dan beberapa tenaga pemuda di sekitar Chini. Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan Ustaz Mohd Fadhilnoor Abdul Karim bertindak sebagai penasihat program.

Berikut antara memorial program tersebut untuk dikongsi bersama ;




Saturday, December 25, 2010

KEJOHANAN FUTSAL 2010 - PIALA KETUA PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

TARIKH : 26 HB DISEMBER 2010
LOKASI : DEWAN FUTSAL, PERAMU JAYA (SEBELAH KILANG DRB-HICOM)
MASA : MULA 8.45 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

PENYERTAAN : 32 TEAM FUTSAL ANAK MUDA PEKAN

PERASMIAN : KETUA PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Thursday, December 23, 2010

SAJAK - KETUA PEMUDA PAS PUSAT

SAJAK PAKATAN RAKYAT

Oleh: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi)
Yang dibacakan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember lalu:

Pakatan Rakyat Namanya hebat
Gelombangnya dahsyat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat Berjuang membawa berkat

Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat
Menentang pemimpin yang jahat
Agar generasi kita selamat Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat Walau mereka halang dan sekat Namun pejuangnya tidak pernah penat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat
Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat

Pakatan Rakyat Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat Saf – saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat
Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat

Pakatan Rakyat Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat

Pakatan Rakyat Kini menjadi harapan masyarakat bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat.




Monday, December 13, 2010

Tabung Buluh Untuk PAS

Tabung Buluh Untuk PAS
Harakahdaily

TEMERLOH, 13 Dis: Semua peminpin dan ahli PAS di seluruh negara di cadangkan agar membuka 'Tabung Buluh Untuk PAS' bagi mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.

Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.

Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.

"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.

"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.

"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim yakin, semua orang mempunyai wang syiling yang berlebihan ketika pulang ke rumah atau sampai ke pejabat.

(Gambar: Memecahkan tabung buluh di Padang Luas, Besut..Foto blog Pemuda Besut)

"Dari memberatkan poket, baik kita masukkan ke dalam tabung buluh ini dan kita dapat pahala yang besar," kata beliau.


Padang Luas

Sementara itu, amalan mengumpulkan dana untuk parti melalui tabung buluh sudah diamalkan oleh PAS Padang Luas, Besut, Terengganu.

Pada 4 Disember lepas, mereka mengadakan majlis pecah tabung yang telah mereka edarkan kepada ahli-ahli mereka sejak Jun lalu.

Di majlis itu, berpuluh-puluh tabung buluh dipecahkan untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas yang dikumpulkan oleh ahli-ahli mereka.

Menurut Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, program menabung ini akan diteruskan lagi selepas ini.

Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Bandar Tasik Puteri


Di Selayang, PAS cawangan Bandar Tasik Puteri telah menggunakan pendekatan yang sama untuk mengumpulkan dana sejak setahun yang lalu.

(Gambar: Membilang hasil tabungan di Padang Luas, Besut...Foto blog Pemuda Besut)

Memandangkan buluh sukar diperolehi di kawasan mereka, AJK cawangan telah membeli tabung-tabung besi yang dijual di kedai-kedai dan diedarkan kepada AJK dan ahli-ahli mereka.

Dengan kos tabung RM5 setiap satu, mereka boleh mengumpulkan antara RM15 ke RM30 setiap tabung pada setiap bulan dari tabung itu.

"Pada setiap kali mesyuarat, semua AJK akan membawa tabung masing-masing. Sebelum memulakan mesyuarat kita buka tabung itu dan kira isinya. Kami akan perolehi kira-kira RM200 hingga RM300 setiap bulan dari tabung-tabung ini," kata Bendahari PAS cawangan itu, Saudara Anuar.

Wang dari tabung inilah, kata Anuar, membiayai banyak aktiviti PAS di cawangan itu.

Bookmark and Share

No Iframes

Sunday, December 12, 2010

Pemuda PAS anjur Umrah Tarbawi

AMPANG, 12 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat Al Quds Travel Sdn Bhd dalam usaha menganjurkan Umrah Tarbawi.

DPPP diwakili bendaharinya, Adram Musa manakala Al Quds diwakili Mohd Helmi Ibrahim.

Umrah Tarbawi adalah satu program menunaikan ibadah Umrah bersama pimpinan DPPP termasuk ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dan Exco, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut Nasrudin, penganjuran program itu adalah kesinambungan amal tarbawi pemuda PAS selepas penganjuran Ijtima' Tarbawi di Rusila baru-baru ini.

"Kita mensasarkan 400 peserta ke kota suci Mekah bersama Dewan Pemuda.

"Di samping Umrah, kita juga akan ada aktiviti pembinaan tiga elemen utama iaitu pembentukan aqidah perjuangan, fikrah yang jelas dan pembentukan sahsiah yang soleh," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini.

Biarpun anjuran Pemuda PAS, namun program tersebut adalah terbuka kepada umum termasuk muslimat.

Program 12 hari itu dijadualkan pada bulan Mac 2011 iaitu musim cuti sekolah sesi tahun hadapan.

Tiga pakej disediakan iaitu RM5,490, RM5,790 dan RM4,392 untuk kanak-kanak.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2011.

Maklumat lanjut berhubung program tersebut boleh diperolehi dengan mengakses www.umrahtarbawi.com.

"Kita akan cuba bawa Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS bersama dan sekaligus menjadi murabbi kepada aktiviti tarbiyyah kita nanti," katanya.

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH