" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Sunday, July 24, 2011

DEWAN PEMUDA ANJUR LAGI KEJOHANAN FUTSAL



24 Julai 2011 Ahad, PAS Kawasan Pekan dibawah DUN Peramu Jaya sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal PAS Kawasan Pekan bagi kali ke 3 bagi tahun ini. Kejohanan Futsal PAS Kawasan Pekan ini dikendalikan sepenuhnya oleh sayap kanan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan yang diterajui oleh Ustaz Mohd Fadhilnoor Abdul Karim.

Kejohanan yang dianjurkan di Gelanggang FUTSAL Peramu Jaya ini berjaya mengumpul 16 pasukan yang terdiri daripada anak-anak muda sekitar Peramu Jaya dan bandar Pekan. Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan sebelum memang dikenali oleh peminat futsal di daerah Pekan kerana sering menganjurkan kejohanan ini. Pada tahun ini sahaja, Dewan Pemuda PAS kawasan telah berjaya menganjurkan 3 kejohanan FUTSAL.

Kejohanan kali ini menawarkan hadiah Johan sebanyak RM200 bersama medal, tempat kedua RM150 beserta medal, ketiga RM50 beserta medal dan keempat hadiah berupa medal. Program yang amat diminati oleh golongan anak muda ini amat mendapat sambutan.

Kejohanan ini dirasmikan oleh Yang dipertua PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Kasim Manaf. Dalam ucapan perasmian, beliau sempat menyarankan dalam bersukan juga ada adab-adab Islam yang perlu dipatuhi. Antaranya cara berpakaian mestilah menutup aurat, bersolat apabila masuk waktu dan jangan sekali-kali menjadikan gelanggang Futsal tempat pergaduhan. Bersukanlah dengan akhlak Islam kerana Islam amat menggalakan umatnya beriadah dan bersukan untuk kesihatan.

Perasmian Futsal dilaksanakan dengan melakukan 'GIMIK' dimana YDP menendang boleh bagi menjaringkan gol.



No comments:

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH