" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Monday, January 16, 2012

Siswa UMP Pekan dakwa hadapi masalah air lagi.



Maklum balas yang diterima daripada pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang rentetan isu krisis gangguan air ini antara lain menyatakan bahawa:

(1) Masalah bekalan air yang tidak stabil di UMP (Universiti Malaysia Pahang), Pekan akan berpanjangan sehinggalah suatu sistem bekalan air yang sempurna disiapkan untuk kampus berkenaan.

(2) Bagi mengatasi masalah tekanan air rendah adalah dengan menyalurkan bekalan air secara terus ke kampus dari Loji Air Peramu.

(3) Pihak kami menjangkakan kerja-kerja pemasangan paip ini siap di akhir tahun 2012.

Berikut adalah antara petikan maklum balas yang diberikan oleh pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dalam menjawab krisis air yang dialami oleh mahasiswa UMP Pekan.

Berdasarkan maklum balas yang diterima, krisis gangguan ini akan berterusan dalam satu tempoh jangka masa yang panjang.

Pihak kami mendesak dan menggesa agar projek pembinaan bekalan air secara terus dari Loji Air Peramu ke Kampus UMP Pekan dipercepatkan bagi menyelesaikan kemelut yang dialami.

Usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan universiti dalam menangani krisis ini sewajarnya diberikan pujian seperti menggunakan khidmat lori tangki air bagi penghantaran air ke kampus sebagai satu langkah sementara dalam meredakan permasalahan ini.

Namun sewajarnya hal tersebut dimainkan secara serius oleh pihak JBA Pahang yang berfungsi dan dipertanggungjawabkan dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan tersebut.

Pihak kami bimbang krisis ini akan bertambah serius apabila beberapa bangunan baru seperti perpustakaan, pusat aktiviti pelajar dan bangunan fakulti pembuatan yang dijangka beroperasi secara penuh pada awal semesta hadapan, yang secara umumnya menyebabkan tekanan air menjadi lebih rendah.

Melihat kepada keadaan semasa yang mana kebanyakan kelewatan projek berlaku dalam proses pembangunan kampus Pekan, pihak kami kurang berkeyakinan projek tersebut akan disiapkan dalam tempoh jangka masa yang ditetapkan.

Oleh hal sedemikian pelbagai pihak yang akan terjejas akibat permasalahan tersebut seperti mahasiswa, pensyarah, pengusaha kafeteria dan pengurusan universiti sendiri.

Masyarakat setempat turut terjejas


Krisis gangguan air ini bukan hanya menjejaskan warga UMP Pekan tetapi turut menjejaskan masyarakat sekitar kampus.

Untuk makluman UMP Pekan serta masyarakat sekitar berkongsi sumber air yang sama iaitu sumber air daripada Loji Air Kuala Pahang.

Apabila terdapat banyak aduan yang diterima akibat gangguan air di UMP maka air akan disalurkan lebih ke UMP yang dalam masa yang sama masyarakat sekitar pula akan mengalami gangguan. Begitulah yang berlaku seterusnya.

Oleh hal sedemikian pihak kami menuntut pihak yang bertanggungjawab dalam menangani krisis ini mengambil tindakan yang sewajarnya agar kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

Pihak kami mengharapkan pihak JBA Pahang bersedia menjawab permasalahan ini secara terbuka agar segala keraguan dapat diatasi dengan segera.

Sekiranya pihak JBA Pahang gagal mengatasi permasalahan tersebut saya memohon agar pihak kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob campur tangan agar kemelut dan permasalahan ini dapat diselesaikan dengan segera.


Penulis merupakan yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang dan pengerusi Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (GEMPAK).
SUMBER:
http://www.malaysiakini.com/bm

Wednesday, January 11, 2012

KALAU ADE YANG MASIH KELIRU.

Ulasan Harun Din berkaitan betulkah PAS sudah melencong perjuangan asal?

Oleh DATO’ HARON DIN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_Wdf3PB9A37Z1sW6qxSn06h1XIISvR_18TUtJdvqdM06_SIovsz4F59MbYyqG3APNmmaRpDrHml3vgo_wwT8YzaytIlu9HI3gnUqtX6CYuwF8I-6jyICPl9AFOKiTykGcjHeOylCxQSeB/s400/Prof+Dato+Dr+Harun+Din.jpg

Akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburukburukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat . Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburukburukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas ( Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita donggeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.
SUMBER:
http://www.kedahlanie.info/

Sunday, January 8, 2012

BUAT MU H...

1. SAYANG....Semangat Islamnya tinggi tp kurang memahami fiqh politik..Nak bawa Islam mesti penuh strategi...

2. PAS memecat dr Hassan Ali bukan kerana DAP, bukan kerana 901, bukan kerana soal Anwar, tetap beliau telah membelakangi 'manhaj' dan disiplin parti, beberapa kali membuat kenyataan terbuka yg mengkritik pandangan dan dasar parti walaupun sudah diberi amarah berkali2.....NAMUN PAS teta
p beri peluang utk membuat rayuan...kalau beliau ikhlas bersama jemaah, beliau akan kembali membuat rayuan..jika tidak??...faham2lah sendiri...

3. Syeikh Qaradhawi, Muhd Al Ghazali, Syd Sabiq dll pernah diambil tindakan oleh Ikhwan Muslimin. Namun mereka menunjukkan keikhlasan dan kekal bersama pjuangan Islam hingga penghujung usia...Ketika Muhd Al Ghazali dipecat, Hasan Hudhaibi berkata:

"Kami memecat beliau bkn sebagai menafikan ilmu dan tawadhu'nya, tetapi kepentingan menjaga disiplin dalam kerja jamaah adalah diutamakan."

4. Barbalik persoalan pemecatan keahlian ini, PAS tak pernah gugurkan perjuangan Islam. Tp hanyalah strategi seperti mana strateginya Nabi Saw membawa Islam sehingga terpaksa gugurkan Kalimah Bismillah dan Rasulullah dlm Perjanjian Hudaibiyah.

5. Gugur kalimah bukan bererti gugur perjuangan...Gugur kalimah 'islamic State' dan swing kpd 'welfare state' hanya semata2 strategi yg langsung tak bercanggah dgn Islam..

6. Insyaallah, Majlis Syura Ulama' dipenuhi tokoh agama dan orang2 alim, mereka pastinya arif dan sudah melakukan 'istikharah' sebelum membuat keputusan..

7. Pada HASSAN ALI, anda boleh perjuangkan perjuangan dan cita2 anda melalui NGO, luar drpada PAS...sbb PAS ada perlembagaan, PAS bukan milik individu, tapi jemaah, kena faham fiqh politik dan adab jemaah kalau nk sertai haraki PAS...lepas ni kalau nak pakai tv3, Utusan Malaysia hari2 pun xpa...=)

Selamat berjuang diucapkan kepada Hassan Ali...kpd harakah islamiah (PAS), teruskan perjuangan!..ALLAHUAKBAR!!

SUMBER:

http://www.facebook.com/pages/Dewan-Pemuda-Pas-Pekan/158224037531210

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH