" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Saturday, February 18, 2012

Umat Islam jangan pandang ringan pilih pemimpin

Harakahdaily, 17 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Seluruh umat Islam digesa melibatkan diri dalam proses Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13)yang bakal berlangsung dengan mendaftar sebagai pengundi dan terlibat secara agresif dalam kempen-kempen bagi memilih pemimpin yang baik menurut Islam.

Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri (gambar) ketika memperkatakan tentang tuntutan agama untuk melibatkan diri dalam politik untuk memilih pemimpin yang berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

"Inilah yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w. secara ijma' dan sepakat sebaik kewafatan baginda s.a.w. pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awal.

“Urusan pengkebumian Rasulullah s.a.w. telah ditangguhkan sehingga dua hari dua malam kerana mendahulukan urusan pemilihan Khalifah yang bakal menggantikan baginda s.a.w. sebagai pemimpin dan pemerintah negara Islam sehingga akhirnya terpilihnya sahabat Nabi s.a.w. bernama Abu Bakar r.a. sebagai Khalifah menggantikan baginda s.a.w.," kata beliau.

Oleh itu, katanya ulama-ulama yang membicarakan tentang politik pemerintahan dalam Islam seperti Abu Ya'la al-Farra' (meninggal 458H) dalam karyanya al-Ahkam al-Sultaniyyah menegaskan bahawa melantik khalifah dan pemerintah adalah satu kewajipan.

Bahkan menurut beliau lagi, Imam Ahmad pengasas Mazhab Hambali menegaskan fitnah akan berlaku sekiranya tiadanya pemerintah menguruskan urusan manusia.

Ujar beliau, atas dasar itulah umat Islam tidak boleh memandang ringan urusan pendaftaran sebagai pengundi yang melayakkan mereka memilih pemimpin dalam PRU13.

"Kegagalan mendaftar sebagai pengundi bererti membiarkan orang lain menentukan siapakah pemerintah negara pada masa akan datang, akhirnya ia memberi kesan secara langsung kepada tertegaknya atau runtuhnya agama," tegas beliau.

Justeru itu, katanya adalah sangat tidak wajar bagi orang beragama membiarkan urusan pemerintahan dikuasai oleh golongan yang jauh daripada agama hingga akhirnya membawa kepada kerosakan dalam pengurusan harta negara dengan polisi-polisi pemerintahan yang songsang dan menyeleweng daripada landasan Islam.

Malah, ujarnya Nabi Yusof alaihissalam telah meminta untuk menjadi pengurus harta negara kerana kebimbangan ianya dikuasai oleh golongan yang rosak akhlak dan tidak berkelayakan sebagaimana tawaran baginda yang dirakamkan oleh al-Quran dalam surah Yusof ayat 55 bermaksud: "Jadikan saya penjaga khazanah bumi kerana saya seorang pemegang amanah (hafiiz) lagi berilmu.

Kata beliau, dalam keadaan dunia akhir zaman yang dipenuhi oleh golongan yang fasiq melanggar perintah Allah, orang-orang beragama perlu tampil menawarkan diri menjadi pemerintah untuk mengelakkan negara dikuasai oleh golongan yang rakus untuk menjadi pemerintah tetapi dalam masa yang sama mempunyai kerosakan akhlak dan perangai.

sumber:

Monday, February 13, 2012

Najib diminta selesai kemiskinan di Pekan

Khairil Abdul Rahim, 10 Feb 2012

PEKAN, 10 Feb: Daripada terus menabur janji merata-rata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar tidak lupa menangani kemiskinan melampau di kawasan parlimennya sendiri.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf berkata, antara kawasan yang paling daif keadaan ekonomi dan sosialnya di sini ialah di Kuala Pahang.

Tambah Abu Kassim, meskipun penduduknya merupakan warga tempatan namun keadaan hidup, ekonomi dan sosial mereka tidak sebaik nasib ‘penduduk import’ orang Kemboja di kampung Tanjong Agas dan orang Myanmar di Sungai Miang.

“Kebanyakan mereka nelayan dengan pendapatan tak tetap dan rezeki menyara keluarga bergantung kepada hasil laut yang tidak menentu, ditambah pula musim tengkujuh selama tiga bulan.

“Sekarang ini tiap-tiap hari orang Kuala Pahang datang minta bantuan di Pusat Khidmat PAS Pekan, ini mumbuktikan kerajaan dan ahli parlimennya sendiri gagal membela nasib mereka.

“Nasib mereka tak terbela sejak berpuluh tahun sedangkan kelompok inilah yang memenangkan Umno dan BN selama ini,” katanya.

Difahamkan, pernah Umno menjalankan program ‘Gempur Kemiskinan’ dengan inisiatif mewujudkan pusat jahitan semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun tiada perubahan yang dicapai dan penduduk terus dibelenggu kemiskinan jauh sekali daripada hidup selesa.

Tinjauan Harakahdaily ke lokasi baru-baru ini mendapati keadaan penempatan penduduk tidak menggambarkan berada di kawasan Perdana Menteri kerana rumah yang buruk dan berhimpit-himpit sehingga menyakitkan mata. (Gambar kiri)

Menurut penduduk, kerajaan telah beberapa kali berjanji terutama menjelang pilihan raya untuk membina kediaman tersusun yang tidak jauh dari sini. Malangnya sehingga hari ini, di lokasi tersebut hanya tapak sahaja yang ada.

Tambah mereka lagi, ketika Tun Razak menjadi Ahli Parlimen Pekan atas usaha beliau telah membina perumahan kos rendah rakyat di Kuala Pahang pada tahun 1969 dengan bayaran sebanyak RM10 sebulan. Manakala rumah pemindahan banjir pula penduduk membayar RM15 sebulan pada tahun 1971.

Apa yang mengecewakan mereka, pada zaman Najib menjadi ahli parlimen dan Perdana Menteri ini tiada usaha serius untuk mengubah nasib mereka.

Bagi menambah pendapatan penduduk, kerajaan juga telah membina kolam simen yang besar untuk mereka memelihara ikan terutama pada musim tengkujuh. Namun setakat ini tiada ikan yang diisi.

Abu Kassim berkata, di Kuala Pahang masyarakatnya tidak tersusun sebab itu selain daripada masalah ekonomi, keadaan sosial di sini juga teruk dengan penagihan dadah dan gejala anak luar nikah.

“Itu yang kami kesal sedangkan Parlimen Pekan sudah melahirkan dua Perdana Menteri, tiga Menteri Besar dan dua Timbalan Menteri Besar. Tetapi nasib penduduk Kuala Pahang tidak berubah,” katanya.

(Sekolah Cina ini majoriti muridnya di kalangan pelajar Melayu.)

Perdana Menteri yang berasal dari Pekan ialah Tun Razak Hussein dan anaknya Najib. Manakala Menteri Besar Pahang yang datang dari daerah ini ialah Datuk Mohamad Jusoh, Najib dan Tun Khalil Yaakob.

Timbalan Menteri Besar pula ialah Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Abdul Jabbar Ibrahim.

Dewan Undangan Negeri Kuala Pahang (kini Peramujaya) pernah dimenangi PAS pada pilihan raya umum (PRU) 1999 melalui Mohd Iqbal Hamdy Rusdi. Sementara Najib pula hanya menang tipis pada tahun tersebut dengan majoriti 241 undi.

“Sekarang ini Najib dan pemimpin Umno lain berjanji di negeri-negeri seperti Selangor dan Kelantan jika pilih BN semua masalah akan selesai. Kami minta selesaikanlah dulu masalah di Kuala Pahang ini,” tegas Abu Kassim.

SUMBER:

Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1432 Hijrah


Allah SWT Berfirman : “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian dan Aku redha Islam sebagai agama kalian.” (Al-Ma'idah: 3)

Saat turunnya ayat ini bergenanglah air mata para sahabat nabi kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan nabi. Ketiadaan dan kehilangan baginda sentiasa dirasai sehingga kini. Kami merinduimu ya Rasulullah!!

Sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan." (Al-Ahzab: 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH